Thursday, 14 June 2012

PANAS !!! SELANGOR DAN PULAU PINANG NAK BUBAR DUN DALAM MASA TERDEKAT ?!!


Aku nok sukko la weh !!!

Terbaca 1 article ni dalam portal pembangkang iaitu suarapakatanrakyat.com.

ADA pandangan mengatakan bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak sedang bermain teka teki tentang tarikh pembubaran parlimen yang membuka jalan kepada proses pilihanraya umum yang akan datang.

Sedangkan yang memberi pandangan terlupa, Pakatan Rakyat juga sedang memerintah 4 negeri dan dari jumlah itu, 2 negeri sudah mengumumkan pendirian masing-masing secara terbuka untuk tidak membubarkan DUN bersamaan dengan tarikh pembubaran parlimen.

Malangnya, dua negeri ini (Selangor dan Pulau Pinang), tidak pula menyatakan dengan jelas, bila DUN akan dibubarkan, walaupun dalam masa yang sama, soal mendesak Najib mengumumkan tarikh sebenar pembubaran Dewan Rakyat sedang hebat diperkatakan dikalangan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.

Penulis boleh faham kenapa desakan dibuat, penulis juga boleh faham kenapa tarikh itu dibiarkan terapung di awangan untuk semua orang meneka. 

Tapi penulis juga mahu semua orang tahu, ada soal intergriti dan kredebiliti yang sedang menjadi taruhan sekarang. 

Soal ini penting kerana hanya inilah saja yang membezakan kita dengan BN.

Justeru, penulis dengan ini mendesak kepimpinan negeri Pulau Pinang dan Selangor, mengumumkan dengan segera tarikh sebenar DUN di negeri masing-masing akan dibubarkan supaya satu pilihanraya negeri dapat diadakan.

Selepas itu, penulis rasa baru layak kita mendesak Najib mengumumkan tarikh sebenar pembubaran Parlimen dan penulis yakin rakyat dibawah akan lebih selesa dengan pendekatan sebegini dan menaruh keyakinan yang tinggi terhadap Pakatan Rakyat.

Disitu saja kita sudah membuktikan kelebihan kita dibanding dengan BN yang dipimpin Najib.

Kalau Pakatan Rakyat sendiri pun gemar bermain teka teki berhubung tarikh sebenar pembubaran DUN, kenapa nak dihairankan bila Najib juga menggunakan pendekatan yang sama. 

Lagipun, pada pandangan penulis, ini bukan sangat tentang teka teki, ini tentang strategi dan kelebihan yang ada tapi tidak dipunyai oleh pihak musuh.

Semua perlu ingat, ini bukan tentang Najib, ini tentang polisi. 

Sejak zaman berzaman polisi BN memang begitu, mereka menyimpan tarikh sebenar pilihanraya ini sebagai strategi mereka untuk mengukuhkan kuasa. 

Pakatan Rakyat tidak perlu terikut-ikut dengan polisi BN dan haruslah berani menunjukkan pembaharuan.

Kalau Najib ada kelebihan di peringkat persekutuan, kita ada kelebihan sama di peringkat negeri yang kita kuasai. 

Cuma yang perlu dibuktikan kepada rakyat sekarang ialah, kita tidak menyalahgunakan kelebihan tersebut dan berani mengumumkan tarikh sebenar pembubaran DUN kepada rakyat.

Kita buat dulu, kemudian baru minta orang lain untuk ikut, baru betul.


Psssttt... Buat pertama kalinya... aku bersetuju dengan media pembangkang ni !!! Ada "egg" ka Guang Eng Nenen dengan Khalid Gagap nak bubar DUN ?!!

1 comment:

  1. Artikel Suara PKR telah lupa bidang kuasa Sultan Selangor. Malaysia belum jadi Republik.

    Kemudiannya Suruhanjaya Pilihanraya pun bukan tunggul kerana ada kuasa yang di peruntukkan kepadanya mengenai DUN.

    Mengambil

    PETIKAN PERKARA-PERKARA BERHUBUNGKAIT DENGAN URUSAN PILIHAN RAYA

    LXX. (1) Duli Yang Maha Mulia hendaklah dari semasa ke semasa melalui Proklamasi yang disiarkan dalam Warta memanggil Dewan Negeri bermesyuarat dan tidak boleh membiarkan luput 6 bulan antara persidangan terakhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan
    bagi persidangan pertamanya dalam penggal yang berikutnya.

    (2) Duli Yang Maha Mulia boleh memprorogkan atau membubarkan Dewan Negeri.

    (3) Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Dewan Negeri hendaklah terus berjalan selama 5 tahun dari tarikh persidangan pertamanya dan
    selepas itu adalah terbubar.


    (4) Bilamana Dewan Negeri menjadi bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh ia menjadi bubar itu dan Dewan Negeri yang baru hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 90 hari dari tarikh itu.

    (5) Sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh kekosongan itu berlaku:

    Dengan syarat bahawa jika sesuatu kekosongan luar jangka dipastikan pada suatu tarikh dalam masa 2 tahun dari tarikh Dewan Negeri itu akan terbubar mengikut Fasal (3), maka
    kekosongan luar jangka itu tidak boleh diisi melainkan jika Speaker memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya secara bertulis bahawa kekuatan bilangan parti yang membentuk majoriti semua ahli Dewan Negeri adalah terjejas oleh kekosongan itu, dan dalam keadaan sedemikian kekosongan ini hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh pemberitahuan itu diterima.

    (Petikan http://www.naztech.my/spr.gov.my/images/stories/pdf/SELANGOR.pdf)

    Peruntukan undang undang cukup untuk melindungi keselamatan Negeri Negeri dari di musnahkan oleh orang orang dungu.

    Mereka fikir kita rakyat tak akan baca undang undang.

    Pergi buat cerita merepek ini kepada orang gila.

    ReplyDelete