Sunday, 17 June 2012

PERGH !!! PENEROKA FELDA PUN MELUAT DENGAN PEMBANGKANG !!!


Majoriti peneroka Felda bersetuju menerima tawaran saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) sebanyak 800 unit, kata Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.

Beliau berkata hanya segelintir daripada 112,635 peneroka yang menolak tawaran saham berkenaan.

"Penyenaraian FGVH dijadual 28 Jun di Bursa Malaysia, dan kami telah menerima maklum balas positif warga Felda walaupun ada yang tidak berpuashati dengan jumlah saham yang ditawarkan kepada mereka.

"Tawaran saham sebanyak 800 unit adalah wajar kerana mereka sebenarnya mempunyai saham sebanyak 20 peratus dalam bentuk tabung amanah dan dividen tahunan sepanjang hayat, manakala kakitangan Felda tidak layak mendapat faedah itu.

"Oleh itu jangan mudah mendengar hasutan pihak-pihak tertentu yang cuba menggagalkan penyenaraian FGVH," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival, Penjenamaan Semula dan Pelancaran E-Alumni Kolej Yayasan Felda di Dataran Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga dekat sini, hari ini.

Beliau berkata penyenaraian FGVH itu bertujuan mengangkat status ekonomi dan sosial masyarakat Felda secara holistik dan tidak ada sebab masyarakat Felda tidak menyokong usaha baik yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohd Isa berkata peneroka Felda adalah golongan bertuah kerana mereka disediakan saham FGVH walaupun tanah milik mereka tidak terbabit dalam penyenaraian itu.

Beliau berkata peneroka mendapat 22.5 peratus saham iaitu 2.5 peratus saham tunai 800 unit, manakala 20 peratus dalam bentuk tabung amanah dan peneroka atau waris mereka akan mendapat dividen pada setiap tahun.

"Felda akan turun padang ke setiap wilayah Felda bagi menerangkan kedudukan sebenar pegangan saham peneroka kerana ramai yang tidak faham akibat hasutan pembangkang yang gemar mengelirukan peneroka," katanya.

Pengerusi Felda itu turut menegur segelintir peneroka yang masih menyokong pembangkang walaupun kerajaan pimpinan perdana menteri telah meletakkan mereka pada kedudukan yang sangat istimewa dalam komuniti masyarakat Malaysia. - BERNAMA


Psssttt... Apsal dengki sangat pembangkang dengan orang-orang Felda ni ??? Yang lebih pelik ada segelintir orang Felda ni yang bengong sesangat nak tolak tuah !!! Tahniah orang-orang Felda yang dapat rezeki lebih yang Allah turunkan kepada korang melalui Felda dan Kerajaan BN !!!!



6 comments:

  1. Apa istimewa peneroka ni??? Mcm2 dapat.... Banyak lagi orang susah di kmpung... Dulu2 pun susah juga... Tebang hutan buka kmpung.. Tanam padi.. getah.... Sesungguhnya byak org kmpung kecewa bukan cemburu dgn peneroka. Kepado atuk2, pakcik2 kat kmpung.... Bersabor je la..... Mungkin ada sobab PM sayang peneroka.... Kito ni sapo?...

    ReplyDelete
  2. Buat anon 21:20,
    Sebenarnya kejayaan Felda hari ini bukanlah datang dgn sendirinya kerana sebagai peneroka dulu kehidupan kami bukanlah semudah spt yg anda lihat pada hari ini. Kami juga adalah orang kampung yg hidupnya susah dahulu dan rasanya amat bertuah dgn jasa kerajaanlah yg membela nasib kami. Secara jujurnya tanpa bantuan kerajaan/UMNO mungkin nasib kami tidak seperti hari ini. Kami membangunkan tanah felda dengan kudrat dan linangan air mata dan kini hasil usaha kami layaklah kami merasainya. Sebagai makluman anon 21:20 bantuan yg diberikanlah oleh kerajaan kepada peneroka bukanlah semuanya dpd peruntukan kerajaan semata-mata tpi kebanyakkannya dpd wang felda sendiri.

    Terima kasih UMNO/BN.

    ReplyDelete
  3. buke semuwo...tapi hok rama dok sokong pas ni buke ore lain..tapi ore kelate jugok

    ReplyDelete
  4. pd anon 21:20
    peneroka yg msuk felda dulu pn org kg jgak..sbab nk ubh traf hdup mereka msuk felda,x peduli dh ape2 yg org duk hsut.dulu LKTP dkatakn Lngkh Kerajn Tipu Peneroka..rmai yg dh msuk felda blik k kg kmbali sbab keadaan pada masa itu yg srba kkurngan.tmbhan pula kbnyakn kwsan felda dbuka bhampiran kwasan hutan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu org kg kata yg masuk felda ni balaci n kuli kerajaan, bila dah siap n bangun nnti tanah diambil.. nah! sekarang baru diorang tahu kan.. yg x bersyukur n tolak dulu tu mmpos meroyan sampai skrg.. aku org felda n aku anak felda, ramai sedara mara aku tolak krn dengar mcm2.. nasib atuk n bapak aku masuk felda.. mmg susah dulu.. xde sape yg pandang.. yela, kat kg dah ade jalan.. kat hutan jln merah aje yg ade.. gajah rimau pun ada.. skrg tgk...!!

      Delete
  5. APABILA DATANG KEPADA MU BERITA DARI ORANG ORANG YANG ADA KEPENTINGAN (ADA CERITA SENDIRI) MAKA HENDAKLAH KAMU SEMAK AKAN DIA.

    ReplyDelete