Wednesday, 18 July 2012

DAP SIMPAN WANG KOMISYEN SCORPENE DALAM AKAUN ?!! RASUAH ?!!


Kita sedia maklum bagaimana Pakatan Rakyat, melalui SUARAM telah membuat tuduhan berat terhadap kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri kononnya terlibat dalam rasuah, malah pembunuhan, dalam proses pembelian kapal selam scorpene oleh Kementerian Pertahanan.

Bagi menguatkan tuduhan ini, SUARAM telah mengaitkan kerajaan dan sistem kehakiman Perancis kononnya kes ini sedang dibicarakan di negara tersebut dan beberapa nama, termasuk Perdana Menteri, akan disapina.

Namun, akhir-akhir ini SUARAM telah mengambil sikap berdiam diri apabila pihak kerajaan berjaya membuktikan bahawa tiada perbicaraan yang membabitkan ahli politik atau kerajaan Malaysia yang sedang berlangsung di Perancis sekali gus tidak timbul soal sapina. 


Malah, pihak kedutaan Perancis di Malaysia juga bingung dengan kebiadapan SUARAM yang sanggup mempermainkan Hakim, Mahkamah malah kerajaan Perancis semata-mata untuk ‘mengenakan’ kerajaan Malaysia.

Nama-nama syarikat seperti Thales dan Terasasi langsung tidak terlibat dalam urusniaga scorpene. 

Manakala Perimekar pula jelas bukannya menerima komisen, tetapi bayaran yang sah atas khidmat menyediakan kediaman lengkap, elaun, tambang pulang bercuti, kos latihan kepada pegawai, krew dan staf serta kos pengurusan dan koordinasi selama 6 tahun.

Pihak polis Perancis juga mengesahkan bahawa SUARAM menipu apabila nama Altantuya yang dikaitkan dengan Perdana Menteri dan Abdul Razak Baginda langsung tidak pernah memasuki Perancis pada ketika urusniaga ini berjalan. 

Lebih menarik lagi apabila SUARAM didapati berdaftar sebagai perniagaan dan menerima dana entah dari mana yang menjadikan pertubuhan yang kononnya NGO yang memperjuangkan hak dan keadilan ini, semakin dicurigai. 


Sehingga kini, SUARAM masih belum dapat menjelaskan latarbelakang kewujudan mereka dengan pasti.

Apapun, setelah terkantoi, SUARAM mengambil sikap pasif dan tidak lagi agresif dalam menangani isu.

Enggan mematikan isu ini, DAP mengambil alih membangkitkan semula isu yang sudah semakin padam ini. 

Untuk itu, akhbar TheROCKET 15 Julai 2012, menyiarkan satu carta aliran yang menunjukkan hubungkait kerajaan, Perdana Menteri dan beberapa syarikat yang dikatakan menerima dan mengambil rasuah dalam pembelian kapal selam. 

Kononnya, carta aliran yang dilakarkan mereka itu menjadi bukti kukuh dan rakyat wajib mempercayainya.


Memang mudah untuk melakarkan sebuah carta aliran dengan ‘penerangan atau penjelasan’ tertentu bagi mencipta isu, membuat fitnah atau apa saja. 

Contohnya ialah carta aliran dan tajuk artikel ini sendiri. 

Sesiapa sahaja boleh menuduh sesiapa sahaja mengambil atau memberi rasuah dan kemudian menulis artikel dan mencipta kronologi dan carta aliran sesuka hati serta menyuruh rakyat mempercayainya.

Aku atau pihak yang merangka strategi politik Perdana Menteri juga boleh saja mereka-reka dokumen untuk menunjukkan DAP sememangnya terlibat secara langsung dalam memfitnah kerajaan dan Perdana Menteri dalam isu scorpene dengan mendapat tajaan dan dana dari Singapura dan juga CIA.

Tetapi, bukan semua orang adalah pembohong seperti DAP dan SUARAM. 

Kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan sedia menghadapi musuh (pembangkang) secara professional. 

Kerajaan tidak perlu memfitnah untuk meraih sokongan rakyat. 


Setakat ini, SUARAM, alat pembangkang, sudah pun terkantoi. 

DAP, PKR dan PAS sendiri berhadapan dengan berbagai-bagai skandal salahlaku rasuah dan seks siap dengan bukti dan saksi. 

Malah ada juga kes di mana saksi penting kes rasuah DAP ditemui mati sekali gus menguatkan persepsi rakyat bahawa DAP bukan sahaja korup tetapi samseng. 

Dan semua ini adalah benar, bukan direka-reka oleh kerajaan sepertimana pembangkang mereka-reka isu rasuah scorpene.

Kita sedia maklum bahawa strategi menyerang dengan menggunakan fitnah dan kisah-kisah separuh benar tanpa bukti dan saksi sudah terbukti memakan diri pembangkang. 

Kemuncaknya ialah apabila ‘penulis cereka fiksyen tersohor’ mereka sendiri, iaitu Raja Petra Kamaruddin terpaksa mengangkat tangan mengaku kalah setelah memulakan fitnah terhadap kerajaan dalam isu scorpene ini.

Dan kini SUARAM telah menyerah kalah juga. 

Hanya DAP sahaja yang tinggal yang beria-ia sekali ingin menghangatkan kembali isu yang tiada isu ini. 

Sekali gus, membuat kita tertanya-tanya, apakah carta aliran hasil imaginasi aku di atas punya sedikit kebenaran ???


No comments:

Post a Comment