Tuesday, 3 July 2012

KANTOI LAGI SUARA ANAK HARAM NI !!!


Suara Anak Haram (Suaram) yang banyak membuat bising dan giat berusaha memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri telah pun dibuktikan sebagai penipu. 

Beberapa tuduhan mereka berkenaan isu kapal selam scorpene telah pun dikantoikan dengan jelas sekali di mana perbicaraan langsung tidak berlaku di Mahkamah Perancis. 

Namun, SUARAM sudah begitu sebati dengan menipu dan mereka langsung tidak hairan jika penipuan mereka terbongkar. 

Apa nak dihairankan dengan sikap SUARAM ini apabila bukan sahaja aktiviti hariannya adalah menipu, tetapi asas kewujudan SUARAM itu juga adalah satu pembohongan. 

SUARAM, selama ini mewar-warkan diri mereka sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh bekas-bekas tahanan ISA dan keluarga mereka demi memperjuangkan hak asasi dan keadilan. 

Namun, semalam Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah telah mendedahkan bahawa menerusi semakan dokumen awam SSM, beliau mendapati SUARAM adalah sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dengan modal berbayar RM2 dan bukan sebuah NGO seperti yang diwar-warkan mereka. 

Lebih menarik lagi ialah ‘syarikat SUARAM’ ini didapati mempunyai pendapatan lebih RM900,000 pada tempoh 2009 dan 2010. 

Adalah difahamkan bahawa pemegang saham dan pengarah syarikat ini adalah Yeoh Seng Guan dan Kua Kia Soong dengan tarikh pelantikan kedua mereka sebagai pengarah adalah pada 7 Jun 2004.

Perkembangan ini sekali gus menguatkan lagi pendapat ramai bahawa SUARAM adalah talibarut asing yang tugasnya adalah untuk mencipta suasana tidak tenteram dengan membangkitkan keraguan terhadap kerajaan yang memerintah bagi membuka jalan kepada boneka asing, iaitu pihak pembangkang untuk berkuasa sama ada melalui pilihanraya mahupun jalanraya. 

Sudah lama rakyat tertanya-tanya bagaimana sebuah NGO yang tidak berorientasikan keuntungan mendapat wang untuk ke sana ke mari memburukkan kerajaan ??? 

Bagaimana mereka mengupah peguam dari luar negara dan bagaimana mereka menanggung kos perjalanan, penginapan dan makan minum pegawai serta peguam mereka dalam ‘misi’ memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia ??? 

Itu belum termasuk kos dokumentasi dan lain-lain kos pengurusan dan pentadbiran. 

Dengan pendedahan ini, terjawablah sebahagian dari kemusykilan rakyat terhadap SUARAM. 

Sebelum ini SUARAM juga telah didedah sebagai menerima bantuan dari pertubuhan-pertubuhan luar dari rangkaian CIA. 

Berdasarkan pendedahan rekod kewangan ‘syarikat’ mereka ini, tidak mustahil sama sekali bahawa semua pendedahan tersebut adalah benar belaka. 

SUARAM tidak boleh lari lagi kali ini. 

Untuk ke sekian kalinya, selain dari menuduh dan menuntut agar orang lain menjawab persoalan yang dibangkitkan mereka, SUARAM perlu menjawab tuduhan ke atas mereka pula: 

Apakah ia sebuah syarikat perniagaan ??? 

Jika ya, apakah yang mereka perniagakan ??? 

Apakah ia sebuah NGO ??? 

Jika ya, dari mana datangnya sumber kewangan ???

Mungkin SUARAM perlu lupakan sekejap soal kapal selam. 

Lagipun, menurut SUARAM kes tersebut sedang ‘dibicarakan’ bukan ??? 

Jadi, biarlah ‘perbicaraan’ berjalan dengan tenang sementara kita menunggu keputusannya. 

Buat masa ini, SUARAM perlu jelaskan pertuduhan ke atas mereka terlebih dahulu iaitu benarkah mereka ditaja oleh CIA ??? 

Jika tidak, kenapakah SUARAM perlu mencipta publisiti ke atas kes yang kononnya ‘sedang dibicarakan’ ??? 

Apakah yang SUARAM cuba capai sebelum ‘keputusan perbicaraan’ diumumkan ??? 

Jika benar SUARAM adalah sebuah organisasi yang telus dan berniat baik, maka SUARAM tidak harus punya masalah untuk menangani persoalan mudah ini.



No comments:

Post a Comment