Friday, 20 July 2012

KHALID GAGAP MAIN WAYANG LAGI !!!


Keputusan kerajaan negeri untuk melantik sebuah firma audit dan akauantan bagi mengkaji proses perlaksanaan kutipan hutang Talam Corporations menimbulkan persoalan.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Soohaimi Shahadan berkata mengapa selepas isu berkenanan didedahkan kepada umum, secara tiba-tiba kerajaan negeri ingin melantik firma audit dan akauntan sedangkan sepatutnya perkara itu dilakukan dari peringkat awal bukannya selepas diketahui umum.

“Mengapa sekarang baru nak panggil juru audit dan akauantan, mengapa tidak dibuat ketika urusan itu dilaksanakan, "dah tergantuk baru nak tergadah", apakah itu semua sekadar hendak mengaburi mata rakyat mengenai perkara itu.

“Dulu cerita nak bentang kertas putih mengenai isu ini, tetapi sehingga kini tiada pun kertas putih yang dibentangkan, kini nak lantik firma audit dan akuantan pula, apakah yang sebenarnya berlaku, jika perkara ini tidak didedahkan sudah pasti semuanya itu akan berlalu begitu sahaja,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Selayang mengesa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berterus terang dan bukannya berdolak dalik dengan pelbagai alasan termasuk untuk firma audit dan akuantan.

“Mengapa sukar sangat Menteri Besar untuk menjelaskan perkara ini, apakah ada cerita tersembunyi sehingga kini mereka tidak mampu memberi jawapan yang jelas, sebaliknya berdolak-dalik dengan pelbagai cerita.

“Kalau dulu mereka kata mereka akan mentadbir secara telus dan tidak akan melindungi apa-apa jua perkara yang berlaku, tetapi mengapa kini banyak sangat alasan yang diberi, ia bukan sahaja membabitkan isu Talam sahaja, malah isu lain seperti masalah pasir juga sehingga kini tiada suatu jawapan konkrit yang diambil terhadap perkara itu,” katanya.

Beliau menggesa kerajaan negeri supaya berani tampil memperjelaskan isu berkenaan dan bukannya membiarkan ia berlanjutan dengan pelbagai jawapan yang berbelit-belit, rakyat Selangor hanya ingin jawapan yang benar mengenainya. -MediaUMNO


No comments:

Post a Comment