Tuesday, 3 July 2012

REFORMASI ?!! KAUM CINA KAT MALAYSIA DAH SEDIA NAK JADI MACAM NI KE DAN KETEPIKAN KEMAKMURAN MALAYSIA ?!!







Sehingga kini rakyat Indonesia khususnya masyarakat Tionghoa masih mengenang dan memperingati kejadian berdarah Mei 1998 sewaktu era permulaan gerakan reformasi yang berlaku di Indonesia 14 tahun lalu.


Detik cemas dan kekalutan yang berlaku semasa kejadian tersebut, agak sukar untuk dilupakan begitu sahaja apatah lagi tatkala jerit pekik meminta tolong dari gadis-gadis Cina yang dirogol kemudian dikelar kulitnya seakan masih tergiang-giang di telinga para saksi yang masih hidup.

Awalnya sebagaimana ramai rakyat Indonesia yang lain, sebahagian besar masyarakat Cina Indonesia turut meraikan gerakan reformasi Indonesia dengan harapan kebebasan dan hak kaum mereka akan lebih terbela sekiranya gerakan jalanan tersebut berjaya menumbangkan Soeharto.

Apatah lagi saat tersebut Indonesia dan beberapa negara jiran lain turut terjebak dalam kegawatan ekonomi dek kerana sang penyangak matawang yang mengakibatkan berlakunya kemelesetan ekonomi.

Dianggarkan hampir 50 juta rakyatnya mengalami kehidupan yang tidak menentu kesan dari kegawatan tersebut, ditambah lagi dengan kenaikan pelbagai harga barangan keperluan harian, lantas ia menjadi salah satu punca gerakan reformasi jalanan disambut dengan harapan baru.

Ahli politik opportunis Indonesia seperti Amien Rais yang juga sahabat baik Anwar Ibrahim adalah antara watak penting yang mengambil kesempatan disebalik keperitan hidup rakyat saat itu.

Dengan memanipulasi kemarahan yang membuak dalam hati nurani khalayak, Amien Rais yang turut didukung oleh sebahagian mahasiswa pro reformasi berjaya menyemarakkan lagi gerakan jalanan tersebut saban hari sehinggalah akhirnya mencetuskan suasana yang tidak terkawal.

Sebagaimana rakaman sejarah, gerakan reformasi jalanan nyata hanya gah secara teori yang tampak mudah saat dilaungkan di jalanan. 

Realiti yang berlaku lebih buruk dari jangkaan ramai. 

Reformasi yang dicanang bukan sahaja gagal mencapai agenda utamanya untuk menguburkan KKN (korupsi, kronisme dan nepostisme), sebaliknya mengundang gejala KKN yang lebih teruk dalam pemerintahan pemimpin-pemimpin selepasnya.

Keganasan jalanan, kebakaran harta benda dan premis berleluasa manakala pemusuhan dan pembunuhan hasil kecurigaan antara pelbagai etnik dan agama menjadi-jadi.

Ribuan nyawa melayang sia-sia samada menjadi mangsa kebakaran ataupun dibunuh kejam dek kerana kekalutan di peringkat pemerintahan sehingga dalam apa jua pertelingkahan antara rakyat hanya undang-undang rimba dititik beratkan.

Tidak cukup dengan Tragedi Mei 98 yang mengorbankan lebih seribu nyawa etnik Tionghoa Indonesia, datang pula Tragedi Semanggi, Polo dan Ambon yang menyaksikan hubungan antara etnik dan agama kian runtuh.

Akhirnya apa yang berjaya dicapai hasil laungan reformasi jalanan itu yang kelihatan hanya api yang marak membakar bangunan, pembunuhan melata di banyak wilayah dan pengangguran kian meningkat.

Kesimpulannya, manfaat yang di kejar jauh dari kesampaian sebaliknya mudarat yang datang bertimpa-timpa sejak 1998 hingga sekarang. 

Melihat pada liku-liku sejarah ini, tepatlah keputusan rakyat Malaysia menolak acuan reformasi yang diciplak oleh Anwar Ibrahim dari Indonesia.

Terbukti, laungan reformasi hanya gah di bibir dengan membawa bersama harapan palsu namun realiti yang terjadi lebih banyak kebinasaan yang terpaksa dilalui.



Ingat... kejadian di Indonesia ini cuma bermula dijalanan dan apabila di satu masa ianya akan berada di luar kawalan maka akan terjadilah seperti yang terjadi di Indonesia tu.


Bersediakah korang semua ???


No comments:

Post a Comment