Saturday, 28 July 2012

ZIP SELUAR SIAPA YANG TERBUKA KANTOI DENGAN BLOGGER ?!! NURUL IZAH PUN KETAWA MALU ?!!


Hehehe...

Hari ni, aku nak cerita kat korang pasal seluar.

Namun kalau yang lebih spesifik lagi la kan, tentang zip seluar.

Kalau zip jenis tak elok, sure lah senang terbuka sendiri kan ???

Bayangkan kejadian tu terjadi depan mata korang pulak kan, pasti korang sama ada coverline tahan ketawa atau kalau yang baik sikit ni pelan-pelan bagitau pada empunya  diri tu "bro, lu punya zip seluar terbukak la".

Apa pun kalau situasi berkenaan jadi depan korang sure la gelak sakan.

Macam mana kalau kena diri sendiri  pulak ???

Confirm, once korang dah notice korang akan coverline malu kan ???

Hahaha...

Cuba Tengok Zip Seluar Korang Sekarang !!!

Tertera huruf YKK. 

YKK bermakna 'Yoshida Kogyo Kabushibibaisha' iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia berasal dari Jepun yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni.

YKK dibangunkan ketika sebelum Perang Dunia ke-2 lagi. 

Semasa perang, aktiviti kilang ini terpaksa diperlahan sehingga tamat perang iaitu pada 1946 mereka mula giat beroperasi. 

Selepas Hirosihima dan Nagasaki di Bom dan dengan pendedahan serta kemasukan budaya dan teknologi dari Amerika ke Jepun, telah membuatkan YKK membeli 'chain machine' dari Amerika. 

Perubahan teknologi telah berlaku dan pengeluaran semakin meningkat dengan adanya teknologi baru dari US ini. 

Sebelum ini zip yang dihasilkan semuanya 'handmade'.

Kita juga tertanya-tanya bagaimana YKK menjadi sebuah syarikat yang utama dan berpengaruh dalam pembuatan zip ini. 

Ini adalah kerana pengasas syarikat ini berpegang kepada satu prinsip 'Kitaran Kebaikan' yang bermaksud, 'tidak berjaya seseorang itu melainkan jika dia menjadikan manfaat kepada orang lain'.

Menggunakan prinsip ini, beliau berusaha untuk mewujudkan produk terbaik dan paling berkualiti. 

Secara keseluruhan, syarikat ini mempunyai lebih 206 kilang di lebih 70 buah negara. 

Di Malaysia Head Officenya adalah di Johor Bharu.

Well, itu sikit ilmu pengetahuan am yang dapat aku kongsi dengan korang.

TQ Abg Carlos untuk kiriman hebat ini !!!


1 comment: