Saturday, 25 August 2012

BUKTI VIDEO !!! ARTIS MALAYSIA SEORANG MUSLIM DIRAKAM DIDALAM GEREJA !!! DUMC ?!!


Salam and mornink gang...

Aku memang tak suka nak citer pasal artis-artis ni tapi aku rasa ini patut diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam apabila melibatkan sensitiviti agama kita...

Honestly, aku memang suka gak la kat artis ni sebab performance dia ni sempoi gak dan suara dia agak unik.

Arrangement lagu-lagu dia pun best jugak dan memang aku akui dia ni berbakat dan dah pun tembusi level international.

Tetapi baru-baru ni aku ada lah tengok persembahan artis ni dalam gereja melalui laman youtube.

Belum apa-apa dah ada yang kafirkan artis ni sebab perform dalam gereja dan ada pula yang kata artis ni kristian.

Artis ni adalah berketurunan Melayu dan beragama Islam !!!

Namun hanya kerana artis ni masuk ke dalam gereja untuk perform persembahannya, maka tidak adil kita mengkafirkan artis ni dan membuat tuduhan melulu sebaliknya adalah lebih baik jika kita bertanya kepada yang pakar dan ahli tentang hal ni sebelum mengeluarkan komen-komen bodoh dan memperbodohkan diri sendiri !!!

Izyan Ali Rahman atau  lebih dikenali sebagai Zee Avi yang amat popular dengan lagu Kantoi pernah membuat persembahan dalam First Unitarian Church tapi tak pasti la daerah mana maybe Philadelphia, Portland atau mungkin juga Rochester.

Sebab First Unitarian Church ni ada banyak rangkaiannya seluruh US.

So, apa kata kita ketahui dulu apakah hukumnya memasuki Gereja.

Hukum dasar seorang muslim masuk ke gereja adalah mubah atau boleh

Namun bila di dalamnya sedang diadakan upacara keagamaan, maka kita diharamkan hadir di dalamnya. 

Meski pun ada juga yang tidak mengharamkannya.

Namun para fuqoha berbeza pendapat tentang hukum seorang muslim memasuki gereja.

1. Yang Memakruhkan

Ulama di kalangan mazhab Al-Hanafiyah menyatakan bahawa makruh hukumnya seorang muslim memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir.

Sebab tempat tersebut merupakan tempat berkumpulnya syaitan bukan kerana seorang muslim tidak mempunyai hak untuk memasukinya.

2. Yang Membolehkan

Para ulama di kalangan mazhab Malikiyah dan Hanabilah serta sebagian ulama Syafi'iyah berpendapat bahawa seorang muslim diperbolehkan memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir lainnya.

Tapi sebahagian yang lainnya mensyaratkan harus ada izin dari mereka yang menggunakan tempat tersebut.

Keterangan seperti ini boleh kita baca pada kitab Kasyful Qana' jilid 1 halaman 294 serta kitab Hasyiyatul Jamal jilid 3 halaman 572.

Oleh kerana itu hukum memasuki gereja untuk menghadiri perkawinan atau bertugas melakukan pekerjaan tertentu, bukanlah sesuatu yang diharamkan.

Asalkan selama orang muslim tersebut tidak melaksanakan hal-hal yang bertentangan dengan aturan-aturan agama. 

Meskipun demikian, sebaiknya dia tidak melakukannya (masuk ke gereja) kecuali jika perlu dan mendesak.

3. Yang Mutlak Diharamkan

Sedangkan hukum memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka adalah haram. 

Sahabat Umar bin Al-Khattab ra berkata:

"Janganlah kalian memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka, kerana kemarahan Allah akan turun kepada mereka."


Jadi semua orang tahu bahawa penyanyi kerjanya adalah menyanyi kan, tak kan lah memasak pula atau jual karpet.

So, jelas disini yang Zee Avi sedang melakukan perkerjaannya dan berdasarkan penerangan yang aku dah bagi kat atas tu, apa lagi isunya ???

Lainlah jika video tu menunjukkan Zee Avi sedang buat cross-finger (seperti gambar dibawah) atau cross her body didalam gereja.


She is just doing her job.. She is just singing and performing as she is a singer !!!

Bukannya Zee Avi berbuka puasa dalam gereja macam yang terjadi di DUMC tahun lepas atau pegang lilin untuk orang mati.

Jangan lah jadi pendek akal (panggil bodoh nanti marah) dengan terus menjatuhkan hukum kafir kat artis yang memasuki gereja tanpa sebarang usul periksa dan merujuk kepada yang pakar dan ahli.

Manusia tidak bijak dalam semua hal. 

Boleh jadi kita bijak dalam beberapa hal dan bodoh dalam beberapa hal yang lain. 

Itu sebab dalam Islam kita disuruh untuk bertanya kepada orang yang tahu, “Tanyalah kepada pakar, jika kamu tidak tahu.”

Orang-orang yang bijak tahu apa yang mereka tahu dan tahu juga apa yang mereka tidak tahu. 

Salah satu tanda orang yang bijak ialah mengatakan tidak tahu untuk perkara-perkara yang mereka kuasai. 

Atau dijawab dengan “Wallahuaklam”.


2 comments:

  1. Takpe kita tunggu Zee Avi pakai tudung & sertai PAS.. Kompem segala dosa diampunkan..

    ReplyDelete
  2. puteri umno?

    Standard umnoapco

    ReplyDelete