Tuesday 7 August 2012

MAYAT NIK AZIZ AKAN DIGANTUNG KAKI KEATAS KEPALA KEBAWAH !!!


CRYONICS (menghidupkan semula si mati)

Ramai orang takut mati. 

Kalau boleh nak hidup selama-lamanya. 

Sesiapa pun teringin untuk melihat masa hadapan. 

Mungkin itu cuma impian. 

Tapi dengan CRYONICS mungkin ini akan menjadi kenyataan. 

CRYONICS adalah satu proses mengelakkan kematian iaitu dengan membekukan manusia sehingga ke satu masa yang akan datang sehingga ada ubat untuk menyembuhkan penyakit yg dihidapi, mengembalikan keremajaan, dan juga mengekalkan kesihatan.

Setakat sekarang, cryonics hanya boleh dilakukan ke atas Haiwan Peliharaan, bahagian-bahagian anggota badan manusia seperti jantung, paru-paru, buah pinggang, otak dan sebagainya. 

Mengikut undang-undang, cryonics boleh dilakukan ke atas manusia sekiranya seseorang itu telah "diisytiharkan mati"

Di Cryonics Institute, mereka yang mati ini tidak diistilahkan sebagai mati, tetapi sebagai "pesakit".

Cerita Contoh:

1: Katakan seorang pakcik tua berasal dari New York yang bernama Nik Aziz menghidapi kanser yang kronik. 

Dan doktor menjangkakan dia hanya sempat hidup sehingga April 2013 tahun depan. 

Lalu Nik Aziz bersetuju untuk melakukan prosedur cryonics. 

Semasa Nik Aziz nazak, pakar-pakar cryonics akan standby disisinya dan “Jika” ditakdirkan Nik Aziz meninggal dalam masa yang telah ditetapkan, pakar-pakar cryonics akan memulakan prosedur cryonics ke atas mayatnya.

2: Prosedur ini perlu dilakukan dalam masa yang segera iaitu sekitar sejam hingga tiga jam selepas hembusan nafas yang terakhir. 

Ini kerana mengikut kejian perubatan, walaupun seseorang itu menghembuskan nafasnya yang terakhir, sel-sel darah mahupun sel-sel otak dan juga yang lain masih belum lagi mati dalam masa beberapa hari jika mengikut suhu bilik. 

Ini terbukti pada tahun 1950, teknik yang glamour iaitu CPR telah berjaya mengembalikan nyawa seseorang yang baru sahaja ‘mati’

Tetapi dengan cryonics, CPR tidak dilakukan. 

Nik Aziz (mayat) akan disuntik satu bahan kimia dan dibekukan sehingga ke paras bawah takat beku iaitu -192 darjah celcious. 

Walaupun Nik Aziz dibekukan ke paras itu, darah dan sel-sel di dalam badan Nik Aziz berjalan seperti biasa dan tidak membeku kerana telah tindak balas dari bahan kimia tersebut.

3: Mayat Nik Aziz yang telah beku itu disimpan kedalam kebuk khas dengan secara kepala ke bawah dan kaki ke atas dan menunggu sehingga satu masa yang belum pasti untuk ‘dihidupkan’ semula sekiranya ada ubat yg berkesan untuk menyembuh penyakit kansernya. 

Mungkin pada 2020, 3030... tiada siapa yang tahu.

(cerita contoh rekaan ini tiada kena mengena dengan orang yg masih hidup dan dah mati. Jika ada nama sama itu hanya kebetulan sahaja) 

TAMAT CERITA.

Pakar-pakar cryonics di Cryonics Institute amat yakin iaitu pada masa hadapan akan ada ubat untuk menyembuhkan penyakit-penyakit kronik, dan juga ada ubat untuk megembalikan keremajaan dan mengekalkan kesihatan. 

Mereka percaya dengan adanya Nano Technology, ubat-ubat untuk penyakit kritikal ini akan berjaya dihasilkan. 

Dan proses cryonics ini hanyalah sebagai “kapal” untuk pesakit mereka “ditidurkan” sehingga sampai ke masa itu dan ia bukan untuk melawan takdir Tuhan. 

Itu kata mereka.

Setakat sekarang masih belum ada ‘pesakit’ cryonics ini yang dihidupkan semula. 

Tetapi mereka amat optimis. 

Hampir 200 orang telah dibekukan di Cryonics Institute yang ditubuhkan di Amerika Syarikat. 

Dan manusia pertama yang telah dibekukan adalah orang yang membiayai Cryonics Institut ini sendiri. 

Kos untuk menjadi pesakit cryonics ini adalah begitu mahal sekali iaitu sehingga hampir USD100,000. 

Sebab itu ramai yang tak mampu untuk buat dan ramai juga tidak yakin.

Kalau kita tengok dari segi kebaikan, mungkin cryonics ini dapat menyelamatkan banyak nyawa jika berjaya. 

Katakan jika Micheal Jackson menggunakan khidmat cryonics ini, mungkin penghibur kesayangan kita akan dapat ‘hidup’ semula di masa akan datang. 

Begitu juga ia boleh dilakukan kepada Pemimpin kesayangan kita bilamana jika kita masih tak sanggup untuk lihat dia melepaskan jawatan dan mahu dia menjadi ketua sampai kita pula yang tua.

Benda ini mungkin amat baru dan janggal kepada kita yang berada di Malaysia ini. 

Mungkin ada yang menolak benda ini dan mungkin ada juga yang menerima. 

Pendapat dari para ulama juga mungkin ada yang bercanggah. 

Apapun kita manusia hanya mampu merancang, dan Allah jua yang menentukan. 

Nak tau lebih lanjut sila google “cryonics”.

Hahaha... Thanks Abang Carlos untuk titipan berinformasi dengan contoh yang gila kelakar.


3 comments:

  1. Aku tertarik betul dgn kisah ni..yg plg syok tu pasal cerita contoh tu..pakcik dari new york tu tak bley blah kan.. Hahaha..apa nama tah..ambo dak tawu..

    ReplyDelete
  2. Huwarghhh hahaha...lawak la contoh yang diberikan tu. Tajuk posting pun dah buat orang seram sejuk. Hahaha!!! Sape penulis citer ni... anoharom toii..lawak gila..

    ReplyDelete