Thursday, 2 August 2012

RAFIZI LEMBU GAYAT NAIK LRT !!!


Sebetulnya semua isu berkaitan dengan kontrak pembinaan projek LRT laluan Ampang yang dimulakan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli sudah terjawab dengan sendirinya bila Prasarana Berhad mengesahkan bahawa tidak ada sebarang kontrak pembinaan telah dianugerahkan kepada mana-mana syarikat termasuk syarikat George Kent dari UK seperti didakwa Rafizi.


Laporan polis yang dibuat Rafizi juga lebih kepada mahu polis menyiasat SAMA ADA wujud penyelewengan dalam soal penganugerahan kontrak tersebut, bukan Rafizi menyerahkan apa-apa bukti yang menunjukkan berlakunya penyelewengan. 


Perkataan SAMA ADA itu dibesarkan bagi menunjukkan yang Rafizi pun tidak pasti.


Maklumlah, kontrak tak award pun lagi, nak seleweng macam mana ???


Hakikat ini ramai orang tak tahu sebenarnya. 


Sebetulnya, Rafizi cakap depan polis (semasa buat laporan) lain – minta disiasat, keluar jumpa penyokong cakap lain – bukti dah diserah kepada polis.  


Bijak Rafizi ni bukan dari segi fakta tapi dari segi menyelewengkan persepsi. 


Rafizi pun tau apa hukumannya buat laporan polis palsu.


Jadi tidak hairan kenapa isu itu tidak mendapat sambutan rakyat seperti mana dalam soal NFC dimana Rafizi terlibat sebelum ini. 


Menyedari hal itu, Rafizi cuba cipta pembohongan terbaru, kononnya projek LRT laluan Ampang itu tidak selamat dan boleh mendatangkan bahaya kepada rakyat.


Isu keselamatan ini telah dibangkitkan sebelum ini dalam tuduhan pertama, kononnya kerana Perdana Menteri campur tangan dalam soal penganugerahan projek ini, ia tidak selamat kerana syarikat George Kent itu tidak mempunyai pengalaman membina projek LRT atau yang seumpama dengannya sebelum ini.  


Tapi ia tidak begitu dibesar-besarkan sangat kerana sasaran sebenarnya ialah PM kerana kononnya campur tangan dalam soal penganugerahan kontrak.


Bila isu PM campur tangan terbukti tidak benar, dengan itu tidak dapat sambutan rakyat, Rafizi main isu keselamatan pulak, kononnya projek tidak selamat kerana hampir dengan kolam air, bekas kuari dan sebagainya. 


Semua soal ini tidak muncul pun sebelum ini, hanya dibangkitkan setelah tuduhan tentang wujudnya campur tangan PM tidak mendapat sambutan.


Tidak cukup dengan itu Rafizi minta Kerajaan Selangor halang pembinaan landasan LRT Putra Height dan Taman Subang Alam yang berada dalam negeri Selangor. 


Kalau benar projek itu tidak selamat, kemukakan fakta di Mahkamah supaya keseluruhan projek dibatalkan atau ditangguhkan, kenapa ambil kawasan yang dalam negeri Selangor sahaja ??? 


Sebab disitu Pakatan Rakyat berkuasa ???


Nampak sangat isu ini isu politik. 


Dengan tidak ada siasatan dan pengesahan oleh pakar bertauliah, Rafizi sendiri pun tidak ada latarbelakang pembinaan, dah pandai-pandai nak buat kesimpulan sendiri projek tersebut tidak selamat. 


Nama Prof Madya Dr Tajul Jamaluddin yang disebut Rafizi itu pun belum dipastikan kepakarannya dalam bidang berkaitan. 


Memang pangkal depan namanya Prof Madya, tapi adakah dia layak bercakap tentang soal struktur dan pembinaan serta alam sekitar ???


Jika pun dia layak, bagaimana pula dengan pakar-pakar yang lebih berkelayakan sedang berkhidmat dalam Prasarana dan kerajaan sendiri ??? 


Sudahkah Rafizi mengambil kira pendapat mereka ini semua ???


Jelasnya, semua ini menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat hanya berminat untuk mensabotaj projek kerajaan BN yang mampu memberi manfaat kepada rakyat dengan mempolitikkan isu tersebut. 


Samalah halnya dengan penangguhan projek Loji Langat 2 yang menjadi penyebab kepada krisis air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sekarang, semuanya sebab projek berkepentingan rakyat yang dipolitikkan puak-puak ini.


Pakatan Rakyat tidak mahu kerajaan BN kedepan dalam soal memberi khidmat terbaik kepada rakyat. 


Mereka gagal melakukannya di Selangor, air dan pengurusan sampah adalah beberapa dari banyak kepincangan yang berlaku di sebabkan oleh kegagalan Pakatan Rakyat memimpin. 


Itu baru bercakap di Selangor, belum di 2 negeri yang lain (Kedah dan Pulau Pinang).


Kelantan ??? 


Itu tak payah sebut, memang gagal sokmo !!!



No comments:

Post a Comment