Friday, 21 September 2012

BERSHIT HILANG "EGG" BILA ISLAM DIHINA TAPI CUKUP JUARA JADI KALDAI BINGAI PEMBANGKANG !!!


Assalamualaikum wbt kepada semua warga Muslim seluruh Malaysia !!!

Sedang ramai pihak dari pelbagai NGO dan parti politik serta orang perseorangan menyuarakan bantahan terbuka terhadap filem Innocence of Muslims yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W, terdetik pula pertanyaan ke mana perginya suara NGO BERSIH dalam isu ini ???

Melihat pada struktur organisasi NGO tersebut yang antara lainnya membariskan beberapa nama terkenal yang beragama Islam seperti Hishamuddin Rais, A. Samad Said, Maria Chin dan lain-lain, patutnya wajar sekali untuk NGO terbabit turut tampil menyuarakan pendirian rasmi mereka.

Sebelum ini asal sahaja timbul perancangan untuk membuat perhimpunan besar berunsur politik dan pro pembangkang di ibukota, berminggu-minggu berbulan-bulan sebelum tarikh perhimpunan sudah beratus-ratus kenyataan sokongan dikeluarkan oleh pemimpin NGO BERSIH yang beragama Islam.

Sekarang dalam isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam yang suci ini, walaupun sudah masuk minggu kedua isu filem Innocence of Muslims riuh rendah diperkatakan oleh masyarakat seluruh negara dan dunia, namun satu patah kenyataan pun tak kedengaran dari geng-geng BERSIH. 

Selaku Pengerusi Bersama NGO BERSIH, patutnya dah lama A.Samad Said menyuarakan pendirian rasmi sama ada bersetuju dengan motif penghinaan yang dipaparkan oleh filem Innocence of Muslims itu atau turut sama membantahnya sama seperti orang Islam yang lain.

Takkanlah nak kena tunggu lampu hijau dari Ambiga Sreenevasan dulu ??? 

Jika demikian tiada gunalah A.Samad Said menjawat kedudukan sebagai pengerusi Bersama NGO BERSIH, tak begitu ???

Atau barangkali isu ini tak memberi keuntungan untuk pakatan pembangkang agaknya. 

Takpun, disebabkan tiada tajaan fulus mulus ratusan ribu RM untuk mereka maka sebab itu pemimpin muslim dalam BERSIH hanya berdiam diri sahaja???

Jika nak dikatakan isu penghinaan oleh filem murahan ini terhadap Islam langsung tiada kena mengena dengan polisi dan dasar NGO BERSIH, orang lain juga akan mempertikaikan apa kaitannya berbaju kuning dan berdemonstrasi di malam sambutan kemerdekaan yang mereka anjurkan tempohari.

Demi untuk melampiaskan nafsu politik kepartian pembangkang A.Samad Said yang juga adalah Sasterawan Negara sanggup bersuara mempromosikan demonstrasi BERSIH 3.0 yang serba ganas sebelum ini, kenapa tidak kali ini ???

Setidak-tidaknya tunjuklah sedikit keprihatinan selaku orang Islam dan rakyat Malaysia dengan membuat kenyataan tegas membantah kebiadapan yang dipaparkan oleh filem tersebut.

Takkanlah tiada sekelumit pun perasaan terguris atau sensitiviti di hati A.Samad Said, Maria Chin dan Hishamuddin Rais untuk bersuara berhubung isu ini. 

Senyap sunyi saja maknanya seperti setuju dengan motif cerita filem Innocence of Muslims yang memperlekeh dan menghina Nabi kita.

Kita harap selepas artikel ini dibaca oleh mana-mana balaci NGO BERSIH, akan terdetiklah idea untuk mereka mengusulkan saranan segera meminta A.Samad Said, Maria Chin dan Hishamuddin Rais hadir ke mana-mana perhimpunan bantahan terhadap filem Innocence of Muslims yang dijadualkan nanti selepas Solat Jumaat.


No comments:

Post a Comment