Friday, 28 September 2012

DENGARNYA BAJET 2013 @NajibRazak MENZALIMI KAKITANGAN KERAJAAN ?!!


Pembentangan Belanjawan (Bajet) datang lagi dan Bajet 2013 akan dibentangkan secara langsung bermula jam 4 petang 28hb September 2012.

Sebelum aku ulas, aku nak share sikit petikan dari mynewshub.my.

Bajet 2013 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok dijangka akan menjadi ‘Bajet Rakyat Tersenyum’.

Ini kerana, seperti beberapa bajet yang dibentangkan sebelum ini di bawah pentadbiran Najib, Bajet 2013 juga akan padat dengan pelbagai hadiah istimewa kepada rakyat.

Sumber memberitahu Mynewshub, antara yang mungkin diumumkan ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk kali kedua.

Sebelum ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan lebih RM2 bilion untuk mengagihkan BR1M kepada 4.7 juta isi rumah.

Tahun ini, kerajaan Persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah bagi meringankan bebanan mereka menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat di negara ini.

Selain itu, sumber berkenaan memberitahu, bonus untuk kakitangan awam juga berkemungkinan akan turut diumumkan.

“Sekurang-kurangnya setengah bulan bonus mungkin ada, ini tambahan kepada setengah bulan yang sudah pun diberikan sebelum hari raya baru ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber kedua pula memberitahu, kerajaan dijangka akan mengurangkan cukai dan duti ke atas kenderaan dengan kuasa enjin (cc) yang rendah.

Selain itu, Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) akan menerima lonjakan yang amat menarik dengan peruntukan bagi projek berkenaan dijangka dipertingkatkan 5 kali ganda jumlahnya berbanding peruntukan dalam bajet sebelum ini.

“Kami dengar pihak PRIMA mohon peruntukan 1 bilion dan dijangka ia akan diluluskan,” katanya.

Sementara itu, kenyataan Pejabat Perdana Menteri menyebut, Najib akan membentangkan bajet yang memfokuskan kepada usaha untuk mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi negara.

“Perdana Menteri Najib Razak akan membentangkan pelan kewangan kerajaan bagi tahun akan datang, dalam satu bajet yang bertujuan untuk memperkukuhkan pertumbuhan dan memastikan Malaysia berada di landasan kewangan yang bertanggungjawab,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Berucap di Parlimen, Perdana Menteri memberitahu akan mengumumkan polisi yang bertujuan untuk mengekalkan permintaan tempatan di samping memastikan semua rakyat Malaysia mengalami peningkatan dari segi mutu kehidupan.

Dalam pada itu, seorang jurucakap kerajaan berkata, “Di sebalik ketidak-tentuan ekonomi global, langkah-langkah yang diambil kerajaan telah berjaya memastikan ekonomi Malaysia terus berkembang sedikit demi sedikit.

“Untuk meneruskan momentum itu, bajet esok akan terus melabur untuk masa depan jangka panjang – memperkukuhkan pertumbuhan, tetapi pada masa yang sama memperkuatkan komitmen kami ke arah tanggungjawab fiskal,” katanya. - Mynewshub.my

Ok, itulah yang dilaporkan oleh Mynewshub dan andai betul memang best la kan.

Apa yang aku nak cuit cuma bab kakitangan kerajaan sahaja.

Mengikut laporan diatas ini, kakitangan Kerajaan bakal mendapat lagi setengah bulan gaji yang mana setengah bulan telah pun mereka dapat masa perayaan Aidilfitri tempohari.

Sekurang-kurangnya, kita tahu bahawa setiap tahun tanpa ngelat sekalipun, pasti Bajet tahunan memberikan kelebihan dan kebaikan kepada kakitangan Kerajaan.

Bila tiba masa pembentangan Bajet ini, aku akan teringat'apalah nasib kakitangan Kerajaan ni jika Pakatan Haram yang pegang' !

Bukan apa, aku teringat sekitar awal November 2011 yang lalu, Pakatan Haram melalui DAP pernah berhasrat untuk membuang separuh dari kakitangan Kerajaan ni dengan alasan penjimatan !

Entah mana datangnya kebebalan PAS dan PKR yang kemudiannya menyokong hasrat DAP tersebut.

Pandangan peribadi aku yang berbentuk nasihat ini, kakitangan Kerajaan ni patut bersyukur kerana golongan mereka ini menjadi keutamaan kepada pemerintah hari ini semestinya tidak lain adalah Barisan Nasional.

Itulah kebaikan Kerajaan kepada kakitangan Kerajaan, namun ada sebilangan kakitangan Kerajaan pula boleh dan sanggup mengkhianati amanah mereka.

Aku pun tak faham, kenapa Kerajaan masih menyimpan kakitangan yang terang-terang mengkhianti dasar Kerajaan malah ada yang sanggup menjadi balaci dengan menyediakan maklumat dalam kepada puak Pakatan Haram.

Kepada kakitangan haprak ni, cuba tanya diri korang... Halalkah apa yang korang dapat dengan mengkhianati majikan korang sebegitu ???

Sungguhpun begitu, Kerajaan hari ini masih lagi menyimpan kakitangan haprak sebegini.

Ini belum lagi cerita yang berada di kerusi empuk Kementerian !!!

Jika Pakatan Haram berkuasa, dengan lantang mereka telah menyatakan bahawa separuh dari kakitangan akan dibuang !!!

Kepada yang telah khianat, apakah korang rasa jika Pakatan Haram memerintah korang akan selamat ???

Tidak kah korang tahu, bahawa pengkhianatlah yang akan terlebih dahulu dibuang ???

Kalau pengkhianat sebegini boleh khianati amanah kerana upah, jadi tidak mustahil mereka ini juga boleh khianati"majikan baru" jika kena pada upahnya.

Tak begitu ???

Terima Kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia hari ini kerana teramat "zalim" dengan mengekalkan kakitangan haprak siap bagi bonus setiap tahun.

Zalimnya Najib kan...?!!

Sumber : KGC


2 comments:

  1. Saya menyokong 100% saranan DAP untuk mengurangkan kakitangan awam.

    Langkah pertama, buang semua kakitangan haprak terutama yang duduk di kerusi empuk yang saudara katakan itu. :-)

    ReplyDelete
  2. bekerja untuk kerajaan dan bekerja untuk barisan nasional adalah dua perkara yang berbeza..cubelah jadi cerdik sikit wahai blogger bebal

    ReplyDelete