Thursday 6 September 2012

PAKATAN BAHALOL NAK UBAH STATUS DALAM IC !!! SENANG LA NAK MURTAD DAN MENGELAK KENA CEKUP KHALWAT !!!


Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat baru-baru ini dilaporkan telah membuat ketetapan bahawa ruang bangsa dalam semua dokumen rasmi kerajaan seperti kad pengenalan, sijil kelahiran dan sebagainya akan diisi dengan perkataan Malaysia sahaja sekiranya mereka memerintah negara. 

Alasannya ialah untuk memastikan keutuhan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. 

Menurut laman Suara PR, khabarnya juga, PR turut bercadang akan menghapuskan ruangan agama dan jantina bagi memastikan tiada perbezaan atau diskriminasi ke atas mana-mana pihak. 

Kita melihat bahawa rancangan PR ini tidak lain tidak bukan ialah untuk menepati matlamat akhir perjuangan sebenar mereka iaitu menghapuskan status ‘bumiputera’ serta menyebarkan fahaman pluralisme dan liberalisme total. 

Tindakan PR menerima baik malah menjulang para pejuang murtad dan LGBT seperti Ambiga dan yang seangkatan dengannya, sebagai wira dalam menentang kerajaan, adalah buktinya. 

Dengan kad pengenalan baru tersebut, pastinya sukar untuk mengenalpasti pertukaran agama mahupun jantina seseorang. 

Bayangkan masalah yang bakal timbul jika jenazah seorang mualaf mungkin ditanam di perkuburan bukan Islam akibat tiada siapa dapat membuktikan agamanya. 

Atau bagaimana jenazah seorang yang menukar jantina akan disembahyangkan apabila segala-galanya menjadi keliru antara kejadian alam semulajadi dengan peraturan ciptaan manusia. 

Dan bayangkan juga nasib kaum Melayu tanpa status bumiputera. 

Bagaimana agaknya peniaga-peniaga kita akan dapat bersaing dengan peniaga-peniaga Cina yang sedia mengawal ekonomi Malaysia ??? 

Apakah jaminan mereka tidak akan didiskriminasi oleh peniaga, pengedar dan pembekal dari kaum Cina ??? 

Bagaimana dengan anak-anak Melayu kampung yang miskin dapat menyaingi anak-anak bandar dan kaum lain dalam merebut peluang ke menara gading ???  

Bagaimana kita memastikan kaum Melayu yang rata-ratanya dari golongan pekerja dan pegawai kerajaan dapat mengimbangi jumlah penduduk di bandar-bandar besar jika tidak mampu membeli hartanah yang harganya menjulang tinggi ???

Ini belum lagi dibincangkan mengenai senario kuasa politik yang sama kuat atau lebih berat di kalangan bukan Islam di dalam kabinet PR. 

Dengan tekanan dari ‘pejuang hak asasi’ seperti Ambiga dan angkatannya, bagaimana kita memastikan yang pihak yang lemah terbela serta tuntutan Islam terlaksana dalam setiap krisis yang membabitkan Melayu dan Islam ???

Begitu banyak persoalan dan permasalahan yang bakal timbul dengan cadangan kad pengenalan baru PR ini. 

Tetapi, malang dan hairan sekali kerana PAS tidak pula membuat bising atau ‘berjihad’ menentang rancangan ini. 

Walaupun terdapat keraguan dan rungutan dari beberapa pihak di dalam PR tetapi tiada tentangan keras, dan akhirnya tenggelam begitu saja. 

Sewajarnya perkara ini tidak ditenggelamkan kerana ia bakal memberi impak yang besar kepada negara dan rakyat perlu menelitinya supaya tidak terngadah di kemudian hari. 

Begitupun, kita pasti, ramai dari kalangan penyokong PR sendiri yang musykil dan kurang percaya dengan laporan ini. 

Tetapi, inilah yang disebut oleh pemimpin mereka dan ianya dilaporkan oleh laman web pro mereka. 

Oleh itu, ia perlu diambil serius oleh setiap seorang dari rakyat Malaysia. 

Jangan sampai tersilap memberi mandat kepada parti yang bertunjangkan liberalisme dan pluralisme. 

Jangan sampai kita menangis air mata darah andainya generasi kita yang akan datang menghadapi krisis agama, bangsa dan juga jantina. 

Alasan perpaduan yang digunakan oleh PR sebagai asas cadangan kad pengenalan ini tidak boleh dipakai sama sekali. 

Ini kerana Rakyat Malaysia telah pun bersatu sejak berpuluh tahun lalu. 

Kalaupun ada cabaran yang menggoyahkan perpaduan dalam negara sebelum ini, ia tidak lain tidak bukan, datangnya dari parti pembangkang juga, seperti DAP pada 13 Mei dan PAS yang pada satu ketika menganggap kaum bukan Islam itu najis malah UMNO juga sebagai kafir. 

Rakyat Malaysia kekal bersatu di bawah BN hari ini walaupun pihak pembangkang yang bertopengkan NGO terus berusaha menghancurkannya. 

Di bawah slogan 1Malaysia, rakyat Malaysia akan terus bersatu tanpa perlu menghapuskan identiti semulajadi di dalam kad pengenalan kita. 

Penentuan bangsa adalah penting bagi mengenalpasti keturunan, mengenalpasti penyakit dan sebagainya. 

Kepastian agama juga penting, walaupun ia bersifat spiritual dan bukannya fizikal namun ia wajib bagi menentukan struktur kehidupan dan kematian seseorang. 

Jelas, penghapusan ruang agama, bangsa dan jantina dalam kad pengenalan adalah tidak perlu sama sekali kerana ia bukan ramuan kepada perpaduan. 

Ia hanyalah penyamaran yang digunakan untuk pembangkang bagi melindungi matlamat sebenar iaitu sebagai platform kepada fahaman pluralisme dan liberalisme di negara ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??