Sunday, 2 September 2012

PAKATAN SELANGOR SUDAH BERSEDIA MEMBUANG SULTANNYA !!! MAHCAM SHIYAL INI PAKATAN HARAM !!!


Tindakan kerajaan pembangkang yang dilapor membelakangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri bukan satu perkara mengejutkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ini kerana mereka lebih menghormati Ketua Pembangkang merangkap Penasihat Ekonomi negeri Anwar Ibrahim yang tidak mempunyai ‘locus standi’ tetapi dijemput sebagai tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, pada Khamis malam.

“Kalau ada majlis takkanlah dia (Anwar) lebih besar daripada Sultan. Baginda yang menjadi simbol negeri pun tidak dihormati,” katanya ketika berucap pada Jamuan Aidilfitri Barisan Nasional (BN) Selangor di Pusat Penyelidikan Getah (RRI) Malaysia di Sungai Buluh di sini, Sabtu.

Najib berkata pembangkang mempunyai banyak lagi perkara ‘pelik’ yang ingin dilakukan termasuk menukar bendera Malaysia selain menyatakan manifesto mereka bukan satu perjanjian yang perlu ditunaikan.

“Hari ini ramai rakyat Selangor yang kecewa kerana mereka tidak dapat air percuma seperti yang dijanjikan dalam manifesto (pakatan pembangkang)…janji tidak perlu ditepati rakyat boleh dibohongi, tidak apa asalkan dapat undi. Di mana letaknya maruah pemimpin macam itu,” katanya.

Sehubungan itu, perdana menteri berkata rakyat tidak perlu menyokong pembangkang pada pilihan raya umum akan datang berikutan hak mereka tidak dihormati.

Berbeza dengan Barisan Nasional (BN), Najib berkata sepanjang tiga tahun ini pelbagai janji telah dikotakan oleh kerajaan persekutuan.

Malah, katanya, ada inisiatif yang dilaksanakan BN tidak terkandung dalam manifesto kerajaan persekutuan seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan baucar buku.

Najib mengambil kesempatan untuk mengingatkan rakyat supaya menghormati dan mempertahankan kemerdekaan negara yang tinggi nilainya.

Perdana Menteri berkata: “Dalam sejarah, kemerdekaan hanya mengetuk pintu sekali sahaja. Generasi terdahulu dan berikutnya telah berkorban dan berjaya mendapatkannya (kemerdekaan).

“Generasi kini, iaitu generasi kedua dan ketiga mesti berjuang dan berkorban untuk memberi makna kepada kemerdekaan itu”.

Dalam pada itu, Najib mengingatkan pemimpin dan anggota BN supaya meneruskan perjuangan sehingga tiba pilihan raya umum ke-13.

“Jangan rasa letih, rasa penat, jangan kecewa, teruskan perjuangan sehingga semboyan dibunyikan.

“Kita akan terus ke depan, jangan toleh belakang. Kita BN akan merempuh dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Dataran RRI, lokasi majlis hari ini, dibanjiri pengunjung yang ingin meraikan sambutan Aidilfitri bersama perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta barisan pemimpin BN Selangor. – BERNAMA


No comments:

Post a Comment