Thursday, 27 September 2012

PANAS !!! TOKEH JET DEDAH RAHSIA ANWAR !!!


Kos menyewa jet eksekutif selama dua hari untuk membawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin pakatan pembangkang ke Labuan, Sabah pada pertengahan bulan ini adalah RM96,000 (AS$30,000).

Menurut sumber, kos tersebut meliputi semua caj termasuk bayaran juruterbang, jurutera dan perkhidmatan lain yang dikenakan Tjets Sdn. Bhd. (Tjets).

Difahamkan juga urusan tempahan jet berkenaan dilakukan oleh seorang individu dari Sarawak.

Sementara itu Pengerusi Tjets, Datuk Mohd. Taufik Omar ketika dihubungi Utusan Malaysia menjelaskan, beliau tiada hubungan persahabatan dengan Anwar, sebaliknya perkhidmatan pengurusan penerbangan jet eksekutif yang dinaiki oleh ketua pembangkang itu dilakukan secara profesional.

Jelasnya beliau tidak mengetahui bahawa Anwar akan menjadi penumpang jet eksklusif berkenaan apabila tempahan dibuat.

"Sehinggalah jet mahu berlepas baru saya tahu yang antara penumpang jet tersebut adalah Anwar dan rakan-rakannya. Saya orang berniaga dan menguruskan tempahan secara profesional. Saya tidak pula memeriksa siapa yang akan menjadi penumpang apabila sesuatu tempahan jet eksekutif dibuat," jelasnya.

Sebelum ini seorang penulis blog, John F. Seademon mendakwa Mohd. Taufik yang menyewakan jet tersebut kepada Anwar.

Kisah mengenai jet tersebut mula tercetus apabila Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua pada laman Twitternya telah memuat turun gambar jet eksekutif yang diberi nama Dassault Falcon pada 15 September lalu yang kemudian telah dipetik oleh beberapa blog antaranya http://mediawangsamaju.blogspot.com.

Selain Anwar, turut menaiki jet eksekutif berkenaan ialah Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw; Ketua Pengarah Pilihanraya Pas, Dr. Hatta Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin.

"Apabila saya melihat Anwar menjadi penumpang jet tersebut, apa yang boleh saya buat? Tidak mungkin saya meminta Anwar dan rakan-rakannya turun. Saya hanya sekadar boleh beristigfar dan tunggu apa yang akan berlaku selepas itu," Kata Mohd Taufik lagi.

Menurutnya, tidak banyak syarikat bumiputera yang terlibat dalam industri pengurusan penyediaan jet eksekutif di negara ini, oleh itu tidak adil bagi mana-mana pihak menunding jari dan menuduhnya ada kaitan dengan Anwar hanya kerana hal itu.

"Saya hanya cari makan dan ini adalah salah satu bidang perniagaan saya. Adakah saya bersalah hanya disebabkan Anwar menjadi salah seorang penumpang dalam jet yang diuruskan oleh syarikat saya.

"Saya amat berharap penjelasan ini menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku," katanya.

- Utusan -


7 comments:

  1. Kalau RM 96,000 tu lebih murah daripada mereka menaiki Air Asia atau MAS ke Sabah Sarawak.Itu kata Anwar Ibrahim.Patutlah negara hampir lingkup bila dia jadi Menteri Kewangan.

    ReplyDelete
  2. 1998 aku kesian kat Anwar. 2012 aku nyampah kat Anwar.

    ReplyDelete
  3. 1998 aku benci anwar ...2012 aku semakin benci dan meluat tgk anwar..

    ReplyDelete
  4. 96K tu lebih murah dari sewa jumbo jet MAS atau Airbus AirAsia untuk ke Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
  5. Puak UMNO tak nak simbah cat merah ke kat jet ni?

    ReplyDelete
  6. Ye ke? Ko dah check ke sewa airbus ke swk or sabah..tak kan lh 7-8 org nak sewa satu airbus?ahahaha... 7-8 org naik busine class pun x sampai 20k la .... Ini baru jdi pembangkang.,kalo jadi kerajaan..memang negara dijualnya...

    ReplyDelete
  7. kalau dia dan rombongan guna flight biasa AirAsia or MAS untuk ke Sabah sebelum ke Labuan sudah tentu akan dihalang dan dihalau balik oleh imegresen di airport KK, Sabah. Sama seperti apa yg berlaku kepada Azmin Ali dan rakan2 beberapa minggu lalu yg mana telah dihalau balik ke KL oleh imegresen Sabah!

    ReplyDelete