Tuesday, 11 September 2012

PEREMPUAN CANTIK AKAN TIDAK LAKU JIKA TIDAK PINTAR !!!


Tinjauan terbaru penyelidik mendapati, lelaki moden kini lebih gemar memilih wanita yang pintar dan mempunyai karakter bernilai sebagai teman hidup berbanding paras rupa yang cantik.

Penyelidik Universiti York, Dr. Marcel Zentner berkata, trend terbaru tersebut sekali gus menyebabkan golongan wanita yang sinonim dengan kemahiran asas seperti memasak dipinggirkan.

Zentner berkata, gaya hidup Barat yang membolehkan golongan lelaki dan wanita mempunyai hak sama rata, menjadi penyebab paras rupa tidak dianggap penting sebagai ukuran untuk menjadi pasangan hidup.

Katanya, dalam kehidupan sosial masyarakat Britain terutamanya di Scandinavia, lelaki lebih mementingkan aspek kepintaran berbanding kecantikan dan kepakaran memasak yang terdapat pada wanita.

Jelasnya, berbeza dengan lelaki, wanita pula lebih suka menilai paras rupa lelaki berbanding kekayaan yang dimiliki disebabkan wanita kini mampu berdikari sendiri dalam soal kewangan.

"Sebelum ini bagi wanita, soal kewangan yang kukuh pada lelaki menjadi nilai penting agar kehidupan mereka terjamin.

"Namun disebabkan hak sama rata, wanita moden tidak lagi mementingkan soal duit, sebaliknya paras rupa lelaki pula menjadi ukuran," katanya.

Pasukan penyelidik Zentner telah menjalankan tinjauan terhadap 12,000 orang di lebih 30 buah negara, dengan menyediakan soalan yang merujuk ciri-ciri pasangan hidup yang diinginkan oleh responden. - AGENSI


No comments:

Post a Comment