Friday, 28 September 2012

RAKYAT DIKELIRUKAN KERANA PAKATAN HARAM INGAT RAKYAT NI BODOH SANGAT !!!


Kerajaan Selangor sengaja mengelirukan orang ramai berhubung isu air di negeri ini demi memenuhi agenda politik tanpa menghiraukan kepentingan pengguna dan ekonomi, kata seorang aktivis pengguna.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata maklum balas yang beliau terima menunjukkan kebanyakan penduduk Selangor keliru pihak mana yang betul dalam isu berkenaan. 

Tarif air naik

Katanya, dalam keadaan yang dibelenggu kekeliruan, kerajaan negeri menimbulkan satu lagi perkara ke dalam isu berkenaan bahawa tarif air akan naik sekiranya Kerajaan Persekutuan meneruskan rancangan membina loji rawatan air Langat 2.

Jacob berkata, beliau kesal apabila mendapati beberapa EXCO Kerajaan Selangor yang sebelum ini aktivis dalam badan bukan kerajaan (NGO), melihat semua perkara secara negatif walaupun Kerajaan Persekutuan berniat baik dalam rancangan untuk memperbaiki keadaan di negara ini.

“Saya terbabit dengan pelbagai NGO selama 37 tahun. Saya dapat melihat permainan mereka (dalam isu air), strategi mereka dan mereka menimbulkan perkara yang tidak relevan, semata-mata untuk menyekat langkah yang cuba dilaksanakan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau mendakwa kerajaan negeri juga menyeret isu antara pihaknya dengan Puncak Niaga Holdings Bhd ke dalam isu air di negeri ini sedangkan ia sepatutnya diselesaikan melalui platform lain.

Tak relevan 

Katanya, masa yang digunakan untuk melayan perkara tidak relevan itu sepatutnya diguna untuk menyelesaikan krisis air yang bakal melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Kenapa kerajaan negeri melakukan semua ini? Janganlah mencampuradukkan semua ini dan meletakkannya ke dalam satu bakul... ini tidak betul. Ia membabitkan masa depan kami, bukan saja penduduk Selangor, tetapi juga jiran kami (di Kuala Lumpur dan Putrajaya) kerana (krisis air) akan memberi kesan serius,” katanya.

Loji Langat 2 perlu 

Mengenai rancangan pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang mendapat tentangan kerajaan negeri, George berkata, semua kajian pakar menunjukkan projek itu perlu dilaksanakan segera memandangkan pengeluaran air yang dirawat menurun dengan ketara walaupun 34 loji sedia ada di Selangor beroperasi pada tahap maksimum.

Dalam hal ini, katanya, kerajaan negeri sekali lagi mengelirukan pengguna apabila berkata semua kawasan takungan dipenuhi air dan krisis air tidak akan berlaku, walaupun perkara yang dihujahkan ialah mengenai bekalan air dirawat yang tidak mencukupi.

- Berita Harian -


No comments:

Post a Comment