Wednesday 5 September 2012

RM 1 JUTA UNTUK KAKI BONTOT !!! RM 500 RIBU UNTUK RAFIZI LEMBU !!! BERAPA UNTUK RAKYAT ?!!


Sehingga kini pihak polis telah pun mengedarkan 11 keping gambar yang memaparkan wajah 11 peserta Himpunan Janji Demokrasi yang disyaki telah melakukan pelbagai kesalahan semasa perhimpunan haram tersebut pada malam sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka 30 Ogos lalu.

Antara individu yang dikehendaki polis itu termasuklah seorang pemuda yang menunjukkan aksi punggungnya seakan mahu buang air besar di khalayak ramai serta beberapa individu lain yang mengibarkan bendera sang saka Malaya yang dicipta oleh anak buah Anwar Ibrahim.

Menurut laporan terbaru pemuda yang menonjolkan punggung sendiri itu telahpun ditahan oleh polis semalam. 

Sebelum ini di awal kekecohan saat gambarnya tersiar, lelaki tersebut yang juga seorang pelajar kolej swasta telah melarikan diri ke Johor.

Bagaimanapun terdapat berita baik untuk pemuda tersebut dan baki 10 orang lagi soldadu pembangkang merangkap penderhaka negara yang masih bebas.

Melalui sumber dalaman PR yang baru diperolehi, dana bantuan guaman berjumlah sekurang-kurangnya RM 1 juta sudah siap menanti bagi membantu menyelamatkan kesemua 11 orang penderhaka tersebut dari disabitkan dengan kesalahan.

Dengan mengambil kira saiz dana tersebut, bukan satu masalah untuk PR mengupah beberapa orang peguam handalan yang pakar memutar belit fakta kes seterusnya melencongkan fokus perbicaraan mahkamah kepada isu teknikal semata-mata.

Lagipun berdasarkan beberapa sejarah perbicaraan lalu telah terbukti ramai peguam pro pembangkang berupaya memanipulasi undang-undang untuk kepentingan anak guam mereka lebih-lebih lagi jika melibatkan penyokong pembangkang mahupun penjenayah tegar yang lain.

Yang penting bagi mereka jumlah upah yang besar bermakna lebih kuat mereka gigih berusaha mencari kelemahan undang-undang demi manfaat anak guam dan poket mereka sendiri. 

Soal keadilan dan keluhuran undang-undang bukannya satu masalah besar kerana bagi mereka soal bayaran itu yang lebih utama.

Manakala bagi PR pula, soal besar mana saiz dana tidak pernah menjadi persoalan rumit sementelah lagi terlalu banyak sumber kewangan dari dalam dan luar negara yang bila-bila masa sahaja bersedia menyumbangkan bantuan wang ringgit demi menjayakan misi menjahanamkan keharmonian negara ini.

Jadi tidaklah pelik kenapa sejak akhir-akhir ini terlampau banyak tingkah laku bobrok, sumbang dan kelakuan jenayah kerap berlaku saban waktu dan acapkali pihak berkuasa pula yang akhirnya dituding jari sebagai perlu bertanggungjawab.

Dana pembelaan sentiasa tersedia dan peguam bela yang membelakangi undang-undang pun sudah kian ramai, jadinya logiklah makin ramai yang tidak takut membuat kesalahan termasuklah menghina bendera negara, merompak, meragut dan menunjukkan punggung di depan ramai.


No comments:

Post a Comment