Tuesday, 4 September 2012

SEMAKIN HAMPIR PAKATAN HARAM DALAM USAHA MENGHAPUSKAN SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN !!!


Ramai yang berang dengan sikap keterlaluan puak-puak Pakatan Rakyat yang bukannya meraikan Hari Kemerdekaan, tetapi memperlekeh dan menghina sambutan tersebut. 

Dalam himpunan ‘Janji Demokrasi’ yang diadakan pada malam Merdeka, penyokong-penyokong PR telah bertindak mengenepikan Jalur Gemilang dan sebaliknya sebuah bendera baru mirip Indonesia dan Singapura ‘diperkenalkan’

Terdapat juga risalah yang diedarkan untuk mengajak rakyat mengubah Jalur Gemilang kepada bendera baru itu. 

Jelas, puak-puak Pakatan Rakyat sudah tidak lagi dapat menyembunyikan pendirian mereka yang selama ini menafikan atau menolak sejarah kemerdekaan negara ini. 

Walaubagaimanapun, setelah dicemuh secara meluas, pemimpin-pemimpin PR telah terpaksa menafikan adanya niat untuk menukar bendera Malaysia di pihak mereka. 

Namun, penafian semata-mata tidak membawa makna. 

Sebaliknya, tindakan PR yang sering berupa ‘khianat’ terhadap negara ini menjadi bukti pupusnya patriotisme di dalam diri mereka. 

PR, terutamanya PKR dan DAP banyak berkongsi pendirian yang sama terutama mengenai menghapuskan Institusi Raja-raja atau menubuhkan Republik Malaysia. 

PAS, walaubagaimanapun, hanyalah pak turut yang bingung, dungu dan tidak tahu apa-apa yang masih beretorik konon ingin membina Negara Islam. 

Di kalangan mereka yang celik politik, siapa tidak tahu akan niat Anwar untuk menjadikan negara ini negara Republik. 

Perkara ini telah pun didedahkan oleh Ummi Hafilda dalam siri-siri ceramahnya dan juga sidang akhbar. 

Selain itu, Raja Petra Kamaruddin, yang satu ketika dahulu adalah penulis upahan Anwar, sebelum membuat U-turn dan membelasah Anwar, pernah beberapa kali menulis secara berkias mengkritik sistem Beraja, iaitu satu usaha dari pihak Anwar menghasut rakyat mempersoalkan sistem tersebut. 

Penentangan DAP terhadap Institusi Raja pula bukanlah sesuatu yang baru. 

DAP yang selamanya anti Melayu, Islam amat memusuhi Institusi Raja-raja kerana disitulah terdapatnya benteng pertahanan Melayu dan Islam. 

Beberapa kali, DAP mempergunakan PKR dan PAS untuk mempersoal atau memperleceh titah Sultan dalam memperkatakan isu mengenai Islam. 

Kemuncaknya, dalam sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Negeri Selangor, PR telah bertindak membelakangkan terus Sultan Selangor. 

Inilah bukti kukuh bahawa PR benar-benar ingin menukar negara ini menjadi Republik. 

Mencadangkan bentuk bendera yang menyerupai negara-negara jiran kita yang merupakan Republik menunjukkan yang agenda ini telah pun lama berjalan. 

Jika kita menyusuri usaha puak-puak ini, kita akan mendapati bahawa mereka ada mewujudkan blog dan portal, buku dan risalah yang bertujuan mengubah sejarah negara ini, terutama mengenai Kemerdekaan. 

Matlamat mereka ialah mempertikai peranan pejuang-pejuang UMNO/Melayu serta mengiktiraf peranan komunis dalam perjuangan kemerdekaan. 

Untuk itu, mereka telah menghina askar-askar Melayu, Cina dan India serta orang-orang awam yang telah terkorban dalam pertempuran atau dibunuh kejam oleh komunis. 

Tidak sukar untuk kita memahami kenapa pihak PR, terutamanya DAP, cuba membela komunis iaitu kerana generasi dari darah komunis itu enggan menerima hakikat bahawa nenek-moyang mereka adalah petualang dan pembunuh kejam. 

Sebaliknya, mereka ingin mengubah sejarah menjadikan nenek-moyang mereka yang kejam itu, sebagai wira. 

Bukan sejarah mengenai komunis dan kemerdekaan sahaja yang ingin diubah mereka, tetapi juga semua sejarah yang memaparkan pengkhianatan dan kekejaman mereka, contohnya 13 Mei juga, cuba diubah atau dipadam terus. 

Masalah tidak dapat menerima hakikat sejarah ini diwarisi atau dipelajari DAP dari PAP Singapura. 

Kita sedia maklum bahawa Singapura telah pun memadamkan terus sejarah negara itu sebelum kedatangan Sir Stamford Raffles. 

Secara teknikalnya, sejarah Singapura ditulis kembali seolah-olah ia adalah sebuah pulau yang tidak bertuan, tidak pernah ditemui atau dihuni oleh sesiapa sebelum Raffles. 

Kisah bagaimana Temasek, iaitu nama lama Singapura, telah menjadi pelabuhan penting sejak kurun ke 14 ditutup, mungkin kerana ingin memadamkan terus nama-nama yang menunjukkan bangsa penduduk asal seperti Sang Nila Utama, Parameswara atau Iskandar Shah, iaitu Raja terakhir Temasek. 

Adalah penting bagi PAP untuk menghapuskan nama-nama atau jejak-jejak peradaban atau ketamadunan Melayu lama bagi memberi mereka ‘tapak’ dan alasan untuk ‘menjajah’ dan menindas kaum Melayu. 

Bagi PAP, imbasan sejarah silam dikhuatiri akan menaikkan semangat cintakan negara yang membawa kepada pemberontakan atau perjuangan ke arah kemerdekaan bagi menuntut kembali tanahair yang telah tergadai. 

Atas tujuan yang sama, PR cuba menanam sifat memandang remeh terhadap kemerdekaan negara di kalangan rakyat di Malaysia. 

Himpunan Janji Demokrasi yang diadakan mereka sebenarnya membawa matlamat ini. 

Sedarlah bahawa matlamat mereka untuk mengikut jejak langkah Singapura dengan menenggelamkan sejarah Melayu lama bukanlah cakap-cakap kosong. 

Sesungguhnya, mereka telah lama berusaha ke arah itu, dengan dibantu oleh Melayu-melayu pengkhianat di dalam PKR dan Melayu-melayu dungu di dalam PAS. 

Justeru, bendera ‘baru’ Malaysia yang dikibarkan PR bukan isu remeh, ia sebenarnya membawa agenda yang jauh lebih besar dan bahaya, jika kita semua sanggup mengambil sedikit masa untuk memikir dan mengkaji sejarah, sikap dan tindakan DAP/PKR selama ini. 

PAS ??? 

Abaikan saja… parti ini akan menurut apa saja, asalkan dapat bergandingan bersama ke Putrajaya.

1 comment:

  1. lihat pada ucapan mat sabu berkaitan dengan bukit kepong.. bukankah itu kenyataan dari berbaur komunis?

    ReplyDelete