Thursday, 25 October 2012

BAYI TIDAK BERDOSA DIBUNUH DEMI MENUTUP DOSA ZINA !!! APA NAK JADI REMAJA ZAMAN SEKARANG NI !!!


Gambar hiasan dari kejadian kes buang bayi yang lepas...

Polis menahan seorang pelajar berusia 17 tahun kerana dipercayai membuang bayi perempuan yang baru dilahirkannya ke dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat, Kangar, awal hari ini. 

Polis turut menahan tiga lagi individu termasuk teman lelaki pelajar berkenaan selepas mayat bayi itu ditemui mati kira-kira jam 1 pagi dalam tali air yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah pelajar itu. 

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Haron berkata, siasatan masih dijalankan bagi memastikan sama ada bayi itu masih hidup semasa dibuang atau dibunuh sebelum dicampak ke dalam tali air itu. 

Katanya, polis menerima laporan seorang pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang curiga dengan pendarahan seorang pelajar perempuan yang sudah dirujuk ke hospital itu kira-kira jam 9.20 malam tadi. 

Hasil laporan itu, polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat menjalankan gerakan mencari dan menyelamat bayi berkenaan selepas mendapat maklumat bayi itu dibuang ke dalam tali air. 

Zull Aznam berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan. - BERNAMA 



No comments:

Post a Comment