Wednesday, 24 October 2012

GRAND FINAL PR SIMBOLIK UNTUK GAY PARADE !!! TAMATNYA RIWAYAT PAKATAN HARAM !!!


Pakatan Pembangkang atau PR nampaknya sedang berusaha untuk terus menggugat keutuhan Kerajaan Barisan Nasional apabila sedang merancang untuk melakukan satu lagi perhimpunan yang katanya akan dibuat secara besar-besaran yang dikenali sebagai Grand Final PR.

Menurut kata Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, para peserta yang akan menyertai perhimpunan itu diwajibkan memakai empat warna baju sama ada kuning, merah, hijau dan oren yang setiap satunya mewakili tuntutan berbeza.

Warna kuning mewakili Bersih 3.0 yang berkaitan dengan tuntutan pilihanraya, merah pula mewakili tuntutan royalti minyak Kelantan oleh NGO Royalti, warna hijau mewakili NGO alam sekitar yang anti Lynas dan Rapid Pengerang, manakala warna oren merupakan gerakan anti FELDA dan anti FGVH.

Melihat pada kesungguhan PR untuk terus mempropagandakan isu-isu di atas, jelas sekali ia menuntut jentera BN untuk sentiasa siap siaga bagi menepis polemik dan propaganda tersebut.

Satu-satunya perkara yang sering menyeronokkan PR bila mereka memainkan sesuatu isu ialah kelambatan jentera penerangan dan pemimpin BN sendiri turun ke padang menjawab tohmahan pembangkang.

Seperti ramai kalangan kita sudah maklum, hidup mati PR banyak bergantung pada isu yang sengaja diputarbelitkan, sama seperti mereka memutar belit isu Lynas kononnya bakal menghasilkan sisa radioaktif sedangkan pakar nuklear dari kalangan pemimpin PAS sendiri mengakui Lynas bukannya loji nuklear.

Walhal, jika benar Lynas yang menghasilkan bahan nadir bumi untuk kegunaan banyak barangan elektronik itu betul-betul berbahaya, bukankah lebih elok untuk para pemimpin PR menasihatkan penyokong mereka mencampakkan saja semua alatan gadget eletronik seperti Iphone, Ipad atau Galaxy Tab yang mereka miliki.

Begitu jua dalam isu Rapid Pengerang, jika benar dakwaan pembangkang konon pembangunan projek tersebut bakal membahayakan nyawa rakyat dan alam sekitar, kenapa pula PR tidak membantah ura-ura kerajaan PAS Kelantan untuk membangunkan kompleks petrokimia di Pantai Senok, Kelantan ???

Demikian halnya dalam isu SPR, jika benar badan tersebut bias atau tidak bebas, bukankah lebih baik semua 4 kerajaan negeri PR sekarang ini melucutkan segera penguasaan mereka di negeri terbabit ??? 

Namun mereka tidak berbuat demikian, kerajaan adil dan saksama mengikut tafsiran mereka hanya bila sesuatu keputusan pilihanraya itu memihak pada puak sendiri sahaja.

Jelas sekali, polemik dan propaganda PR dalam isu Lynas, Rapid Pengerang mahupun SPR, bukanlah atas niat baik untuk kepentingan rakyat sebaliknya mereka mempolitikkannya semata-mata untuk kepentingan hawa nafsu sendiri semata-mata.

Bersabit isu royalti Kelantan pula, dalam riuh rendah PAS mempolitikkan isu yang bukan isu ini, semua pun sudah maklum bahawa Kerajaan PAS Kelantan atas nasihat Husam Musa telah membawanya ke pengetahuan mahkamah.

Sepatutnya jika PAS serius dan berniat ikhlas mahu mencari penyelesaian isu tersebut, mereka sewajarnya menyerahkan saja kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

Namun ia tidak berlaku sedemikian. 

Jelas nampak wujudnya gerakan politik untuk menyemarakkan semangat kenegerian demi mengaut keuntungan kepartian, kerana PAS tahu secara perundangannya tuntutan royalti itu tidak mampu direalisasikan selagi pelantar minyak atau gas wujud jauh dari lingkungan 3 batu nautika.

Tapi pemimpin PAS lupa, jika jalan perundingan diambil, Perdana Menteri masih boleh menggunakan budi bicara dan kuasanya untuk mengarahkan Petronas memberi wang ehsan. 

Namun PAS menolaknya kerana tidak mahu penyokong mereka termakan budi dan jasa dengan Kerajaan Pusat.

Bersabit isu FGV dan Felda, PAS dan PKR cukup ke depan memanipulasi sentimen para peneroka, namun bila FGV diapungkan terbukti tiada tanah peneroka yang tergadai, tiada rumah peneroka yang dijual sebaliknya para peneroka mendapat keuntungan durian runtuh malah kebajikan mereka tetap terbela.

Berbeza sekali dengan isu para peserta Ladang Rakyat anjuran Kerajaan PAS Kelantan yang hingga kini nasibnya terumbang ambing, tiada rumah diperolehi sebaliknya tanah yang diusahakan kini menjadi milik syarikat dari luar Kelantan.

Seandainya benar penyenaraian FGV di BSKL merugikan dan tidak berdaya maju, kenapa pula berebut-rebut anak syarikat kerajaan negeri PR membeli sahamnya ??? 

Apa perlunya untuk pemimpin PAS Kelantan dan Kedah terbabit memiliki saham dan mengambil untung dari urus niaga saham FGV ??? 

Bukankah itu hipokrit namanya.

Empat isu diatas, walaupun dari segi kepercayaan umum, orang ramai sudah semakin muak dengan teknik propaganda PR yang kerap kali memutar belitkan isu mengikut selera politik mereka, namun BN tetap tidak boleh memandang mudah.

Penjelasan dan majlis penerangan baik secara bersemuka atau berkelompok tetap perlu diperhebatkan, propaganda sedemikian perlu diperangi, lebih ramai yang memahami hujung pangkal sesuatu isu lebih baik untuk BN. 

Senario penolakkan ramai terhadap PR perlu dimanfaatkan segera.

Jika pihak BN bijak memanfaatkan peluang yang sedang terbentang tika ini, Grand Final PR akhirnya akan menjadi panggilan pulau untuk PR sekaligus menjadi paku-paku terakhir untuk pemimpin PR bersemadi dalam keranda politik tanahair.



No comments:

Post a Comment