Monday, 29 October 2012

HUSAM DAN NIK AJIS BERKOMPLOT MENIPU RAKYAT KELANTAN !!!



Sehari dua lepas kita berpeluang menghiburkan diri dengan persembahan silap mata dari Exco kanan Kerajaan PAS Kelantan, Husam Musa yang cuba menonjolkan bajet negeri kali ini kononnya telah mencatat rekod kerana ada lebihan RM45.8 juta.

Walhal, apa yang berlaku ialah kerajaan Kelantan dengan sengaja cuba menyembunyikan hakikat bahawa bajet 2013 bagi negeri itu sebenarnya mengalami defisit sebanyak RM154.18 juta. 

Mereka juga cuba mengabui mata khalayak daripada mengetahui hakikat sebenar bahawa anggaran perolehan negeri pada tahun depan telah berkurangan kepada RM381.77 juta.

Tambahan angka RM200 juta yang kononnya adalah wang perolehan tuntutan royalti hakikatnya tidak wujud pun, ia sekadar satu angka perolehan bersifat halusinasi sahaja malah kes perbicaraan di Mahkamah Putrajaya sehingga sekarang masih belum dimuktamadkan.

Tapi biasalah, Husam itu sendiri adalah anak buah kepada Nik Aziz dan anak didik tersayang Anwar Ibrahim, mahu tak mahu, tetap akan ada bakat menipu sama macam tok guru haprak dan mentornya.

Sementara itu, mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dibentangkan minggu lepas, menunjukkan negeri Kelantan yang telah 22 tahun diurus tadbir oleh PAS itu, kini sedang menanggung hutang yang agak besar mencecah RM1.14 bilion.

Jumlah tersebut menunjukkan sedikit peningkatan berbanding RM1.11 bilion pada tahun sebelumnya. 

Sebahagian besar hutang ini melibatkan pinjaman bagi projek bekalan air yang berjumlah RM639.00 juta termasuk RM30.00 juta datangnya darinya pinjaman untuk projek baikpulih loji rawatan pembetungan.

Dari segi pembayaran pinjaman pula, Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat itu juga sedang menanggung bebanan tunggakan pembayaran balik berjumlah RM179.81 juta. 

Peningkatan lebih RM50 juta berbanding sebelumnya yang cuma tertunggak RM121.57 juta sahaja.

Rupanya dalam pada pemimpin PR sibuk mempertikaikan hutang negara yang kononnya akan memufliskan ekonomi Malaysia, diam tak diam, kerajaan negeri yang diperintah rakan sepakatan mereka pun ada hutang yang besar.

Bezanya, negara kita walaupun menanggung hutang namun dimasa yang sama ekonomi negara berkembang dan rakyat pula tidak perlu merempat mencari peluang pekerjaan di luar negara.

Tapi Kelantan pula yang sudah 22 tahun diperintah oleh PAS, hutangnya bukan sahaja meningkat malah penduduknya sendiri pula makin ramai terpaksa berhijrah demi mendapatkan pendapatan dan kehidupan yang lebih baik di luar dari Kelantan.

Paling menarik, tatkala belanjawan negara terus menunjukkan peningkatan anggaran perolehan pendapatan tapi PAS di Kelantan pula terpaksa menerima hakikat anggaran perolehan untuk kantung negeri untuk tahun depan semakin menyusut. 

Sementara itu, tatkala Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah negara ini tidak perlu pun melakukan silap mata dengan memasukkan anggaran perolehan pendapatan yang tidak wujud atau belum pasti, hanya semata-mata untuk melindungi wujudnya defisit dalam belanjawan.

Jauh bezanya dengan negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS, yang terpaksa bermain silap mata untuk menipu khalayak umum dengan sengaja memasukkan perolehan wang royalti yang tidak pasti hujung pangkalnya semata-mata untuk memberi harapan palsu pada rakyat.

Hutang dahlah meningkat sehingga melebihi RM1 bilion, perolehan untuk negeri pula makin berkurangan dan tunggakan pembayaran pinjaman pula bertambah. 

Entah teori ekonomi jenis apa yang digunapakai oleh pemimpin PAS, memanjang saja tak membawa manfaat untuk rakyat. 

Sia-sia 22 tahun PAS diberi peluang memerintah negeri Kelantan.



No comments:

Post a Comment