Friday, 26 October 2012

PAS KELANTAN DAN NIK AZIZ KANTOI REMBAT DUIT NEGERI (DUIT RAKYAT) !!! PATUTLAH LIAT NAK LETAK JAWATAN !!!



Sudah beberapa hari berlalu sejak Laporan Ketua Audit negara bagi Tahun 2011 selesai dibentangkan, malah ramai yang telah maklum perihal Kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan tanah seluas 716.8 ekar (286.72 hektar) tanpa mengikut prosedur yang betul di Lembah Sireh, Kota Bharu.

Tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri dan tanah milik penduduk, telahpun ditukar hak miliknya kepada Syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd untuk tujuan projek Pembangunan & Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) yang membabitkan keseluruhan nilai pelaburan berjumlah RM2 bilion.

Sebagai balasan, sepatutnya syarikat swasta tersebut perlu memberi sumbangan kepada negeri dalam bentuk menyiapkan keseluruhan projek pembangunan termasuklah sebuah masjid, 130 buah gerai, dua buah jambatan serta banyak lagi projek lain.

Berdasarkan laporan Audit 2011, jelas sekali terlampau banyak kelemahan dalam penganugerahan tender projek ini malah banyak lagi projek yang belum dilaksanakan. 

Sedangkan segala projek-projek di PTSK Lembah Sireh itu sepatutnya sudah siap sejak bertahun-tahun lalu.

Persoalannya, bagaimana mungkin kerajaan negeri sewenang-wenangnya melepaskan hak milik tanah kepada syarikat pemaju tersebut tanpa meminta jaminan yang sepatutnya ??? 

Kenapa Kerajaan PAS Kelantan tidak mengambil tindakan susulan terhadap syarikat swasta terbabit berikutan kelewatan dan kegagalannya menyiapkan projek PTSK ???

Tanah kerajaan negeri dan rakyat sepatutnya hanya boleh ditukar milik kepada syarikat swasta yang terlibat dalam projek pembangunan di atas tanah tersebut, sebaik sahaja keseluruhan projek siap dilaksanakan.

Tapi dalam kes PTSK, Kerajaan PAS Kelantan dan Liziz Standaco Sdn Bhd, prosedur tersebut diabaikan, malah tiada jaminan bon diterima pihak kerajaan negeri. 

Jelas wujud penyelewengan atau salah laku dalam urusan pindah milik tanah-tanah ini.

Apabila hak milik tanah dipindah sesuka hati tanpa melalui saluran dan prosedur yang betul, siapa sebenarnya yang untung ??? 

Tentu sahaja, syarikat swasta itu dan mungkin sahaja ada gerombolan penyangak yang lain dalam kerajaan negeri yang turut senyum lebar melihat poketnya penuh berisi.

Dalam konteks lain pula, sekiranya ada antara projek tersebut telah dibuat oleh pihak kerajaan negeri atau kerajaan pusat, maka syarikat swasta itu perlu membayar sejumlah wang yang setara dengan projek yang telah disiapkan. 

Berikutan itu, memandangkan tanggungjawab membina Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra yang sepatutnya dibina oleh syarikat swasta itu gagal ditepati, sebaliknya tanggungjawab tersebut diambil alih pula oleh Kerajaan Pusat dan mula dibina sejak Jun 2007, bermakna, syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd perlu membayar wang minima sejumlah RM90 juta kepada Kerajaan PAS Kelantan.

Dan bayaran setara RM90 juta ini juga hingga sekarang gagal dilakukan. 

Apakah wang RM90 juta itu juga sudah dibelanjakan oleh segelintir pihak dari kalangan pemimpin negeri ??? 

Atau syarikat tersebut mendapat pelepasan dan pengecualian dari membayarnya disebabkan mempunyai hubungan baik dengan mana-mana pemimpin PAS negeri ???

Sehingga saat ini belum ada satu pun reaksi balas daripada wakil Kerajaan PAS Kelantan bersabit isu ini, masing-masing sedang menikus bersembunyi disebalik jubah dan serban barangkali.

Berdasarkan jaminan dari Kerajaan PAS Kelantan pada Februari lalu ketika isu ini pernah hangat menjadi bualan ramai, Timbalan Menteri Besarnya mengikrarkan pada umum akan memberi jawapan kepada semua persoalan berkaitan PTSK sebaik sahaja Laporan Audit dikeluarkan. 

Kini Laporan Audit sudah terbentang depan apa mata, mana tindakan susulan dari pihak Kerajaan PAS Kelantan ??? 

Masihkah sedang merangka jawapan berbelit tapi bunyinya indah semata-mata untuk menyembunyikan sesuatu ???



No comments:

Post a Comment