Saturday, 27 October 2012

SAMBUTAN MENGGALAKKAN KAD KOMUTER 1MALAYSIA TANDA WARGA KOTA HARGAI BN !!!




Sambutan untuk Kad Komuter 1Malaysia amat menggalakkan apabila lebih 10,000 kad dikeluarkan sejak pendaftaran dibuka Isnin lalu.

Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter KTMB, Mohd Hider Yusoff berkata para pengguna membanjiri kaunter-kaunter yang dibuka KTMB di stesen-stesen Tanjung Malim, Kepong Sentral, Sentul, KL Sentral, Subang Jaya, Bangi, Sungai Gadut dan Bank Negara.

"Buat masa ini, dianggarkan kira-kira 100,000 pengguna Komuter dalam sehari, dan dengan pengenalan Kad Komuter 1Malaysia, jumlah ini dianggarkan berganda menjadi 200,000," katanya kepada Bernama TV baru-baru ini.

Kad Komuter 1Malaysia diperkenalkan oleh bahagian komuter KTMB berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2013 pada 28 September lepas.

Mulai Isnin lalu, warganegara Malaysia khususnya pengguna komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang berpendapatan RM3,000 ke bawah berpeluang mendapatkan diskaun 50 peratus. - BERNAMA



No comments:

Post a Comment