Wednesday, 24 October 2012

WAJIB BACA !!! DEMI UNDI ANWAR NEKAD MENGHAPUSKAN HAK MELAYU DAN BUMIPUTRA YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN !!!

Semua telah maklum bahawa DAP telah lama mengidamkan untuk menghapuskan hak-hak orang Melayu dan Bumiputra yang termaktub didalam Perlembagaan Malaysia.

Itu... Tidak pelik sama sekali kerana DAP memang dikenali sebagai sebuah parti yang anti-Melayu dan anti-Islam.

Namun, agak sedikit pelik jika yang beria-ia mahukan hak Melayu dan Bumiputra dihapuskan adalah orang Melayu itu sendiri.

Agenda Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semakin terserlah menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 apabila pelbagai desakan dan tuntutan dibuat oleh pertubuhan-pertubuhan minoriti sebagai pertukaran undi kepada Pakatan Rakyat.

Terbaru kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Sahabat Suaram Johor dan Hindraf Makkal Sakti telah merangka tuntutan kepada Pakatan Rakyat yang dikenali sebagai Tuntutan Johor.

Secara ringkasnya jika Anwar dan pemimpin pembangkang menyetujui untuk mendokong tuntutan kumpulan tersebut, mereka menjanjikan undi untuk blok Pakatan Rakyat di dalam pilihan raya kelak.

Antara desakan yang paling menonjol di dalam Tuntutan Johor ialah desakan memansuhkan  Artikle 153 Perlembagaan Persekutuan, dasar pro-Bumiputera, kuota Bumiputera serta Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996.

Hujah mereka ialah dengan pemansuhan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang Melayu-Bumiputera maka akan mudah untuk mencapai perpaduan, keharmonian sosial dan kemakmuran negara.

Suara-suara sumbang mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu Bumiputera yang sedia termaktub di dalam Perlembagaan Negara semakin lantang kedengaran sejak PRU 2008.

PKR dan DAP terutamanya kian berani mempersoalkan dasar-dasar pro-Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO sejak 1946 lagi.

Malah Presiden PKR, Wan Azizah Ismail tidak merasa bersalah apabila mengisytiharkan untuk menghapuskan Ketuanan Melayu jika parti itu berkuasa.

Pembangkang lupa bahawa pembangunan dan kemajuan yang dikecapi negara sejak 55 tahun mengecapi kemerdekaan adalah hasil daripada dasar serta program untuk meningkatkan taraf sosial-ekonomi orang Melayu-Bumiputera.

Ini dilakukan seiring dengan pembangunan bangsa-bangsa lain yang bermastautin di negara ini tanpa mengurangi sedikit pun hak-hak mereka yang telah dijamin di dalam Perlembagaan.

Hasilnya bukan sahaja orang Melayu diangkat martabat mereka tetapi orang bukan Melayu juga sama-sama menikmati hasil proses transformasi ekonomi dan pentadbiran negara dalam semua ruang merangkumi kehidupan membabitkan setiap lapisan rakyat.

Kini Anwar dan kuncu-kuncu pembangkangnya berusaha untuk menafikan segala kemajuan yang telah dicapai oleh kerajaan Perikatan/Barisan Nasional sejak merdeka dengan menimbulkan pelbagai fitnah dan tohmahan.

Tidakkah mereka yang kini mempersoalan Dasar Ekonomi Baru dahulu pernah menggaut keuntungan dan laba yang melimpah daripada dasar tersebut ???

Maka tidakkah Anwar yang melimpahi kroni-kroninya dengan kekayaan yang tidak dapat dibayangkan pada satu ketika dahulu melalui jawatannya sebagai Menteri Kewangan dengan menggunakan mengeksploitasi DEB sebenarnya mendedahkan sifat munafiknya yang nyata.

Apabila berkuasa perbuatan membina empayar kekayaan peribadi tidak pula menjadi kesalahan tetapi apabila hilang kuasa dan pengaruh, segala apa yang pernah ditunggangi bagi faedah diri dan keluarga serta kroni dijadikan senjata politik untuk menghentam kerajaaan pula.

Begitulah tabiat buruk Anwar yang menganggap dirinya suci dan bersih dari segala kekotoran peribadi dan amalan rasuah ketika berada di pihak pembangkang.

Pembangkang seperti Tuntutan Johor ini tidak boleh dipandang enteng atau dipinggirkan kerana jika dibiarkan berlarutan, ia akan menjadi barah di dalam tubuh badan bangsa Melayu itu sendiri.

Di manakah masa depan anak-anak Melayu dan kedudukan bangsa ini di bumi sendiri jika pembangkang berjaya melaksanakan apa yang mereka lakarkan di dalam tuntutan tersebut ???

Negara akan terjual, orang Melayu akan menjadi bangsa pariah, institusi Melayu hanya akan menjadi kenangan silam malah institusi raja-raja juga tidak dijamin berkekalan dan terus utuh jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya.

Anwar akan menggunakan apa sahaja kaedah yang ada dan ditawarkan kepada beliau daripada golongan anti-Melayu untuk mendapat undi dalam mengejar cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Ramai penyokong tegar Anwar berpendapat beliau seorang nasionalis Melayu yang tidak mudah dipengaruhi untuk melunturkan agenda Melayu tetapi realitinya cakap Ketua Pembangkang tidak serupa bikin.

Sejak menjadi ahli parlimen Permatang Pauh pada 2008, apakah bukti beliau telah menaikkan taraf kemajuan penduduk Melayu di kawasan beliau.

Persoalan yang lebih kepada Anwar, apakah pernah PKR menganjur kongres atau persidangan untuk khusus membincangkan nasib dan masa depan bangsa Melayu dalam kerangka Pakatan Rakyat.

Hakikat bahawa perkara sedemikian tidak pernah berlaku dan tidak akan berlaku di dalam Pakatan Rakyat walaupun PAS berseketu di dalamnya, menunjukkan orang Melayu akan menjadi mangsa pertama sekiranya pembangkang berkuasa.

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi persekutuan akan lenyap, begitu juga Islam sebagai agama persekutuan akan dipinggirkan, malah semua institusi yang banyak berjasa kepada orang Melayu sedikit demi sedikit akan dihapuskan.

Inilah yang dimaksudkan dengan prinsip kesamarataan dan keadilan yang diperjuangkan oleh pembangkang iaitu mengorbankan bangsa Melayu dalam mencapai negara liberal idaman Anwar.

Tuntutan Johor hanya satu titik permulaan dalam perjalanan tersusun pembangkang untuk menjahanamkan negara dan menjadikan Malaysia sebagai negara satelit Barat.



No comments:

Post a Comment