Thursday, 1 November 2012

HAMBA SEKS DICEKUP SEDANG ASYIK SERVIS PELANGGAN !!!



Taktik pemilik sebuah rumah urut yang berselindung di sebalik pusat refleksologi berjaya dihidu penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam operasi yang dijalankan sekitar sini, semalam.

Rumah kedai tiga tingkat itu dipercayai turut menawarkan urutan batin melalui penemuan empat bekas cecair pelincir yang digunakan.

Selain itu, dua pekerja tukang urut berasal dari China turut ditemui di premis berkenaan ketika sedang melayan pelanggan di tingkat tiga.

Manakala di tingkat dua, dua pintu tersembunyi ditemui dipercayai tempat pekerja warga China itu menyorok sekiranya terdapat serbuan daripada pihak berkuasa.

Difahamkan, premis yang beroperasi lebih setahun itu pernah diserbu polis awal tahun ini namun masih beroperasi seperti biasa.

Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPS merangkap Ketua Operasi, Megat Ainul Fadzlil Ainul Fadzil berkata, dua pusat refleksologi di Rawang Sentral disita selepas beroperasi tanpa permit sejak tahun lalu.


Megat Ainul Fadzlil Ainul Fadzil

“Penguatkuasaan dilakukan di bawah Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Kesihatan (2007) dan sebanyak RM1,000 dikenakan atas kesalahan itu.

“Barang rampasan melibatkan 20 tilam, tiga set urut kaki dan cecair urutan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam operasi berasingan, sebanyak tiga pusat kafe siber berunsur judi di Bandar Baru Rawang dan Rawang Mutiara turut dikenakan tindakan sitaan kerana beroperasi tanpa permit.

Satu daripadanya beroperasi selama 24 jam dan menawarkan ganjaran sehingga RM200,000 selain cabutan bertuah maksimum RM1,200 melalui pembelian kupon bernilai RM10.

Seorang pekerja yang dikenali sebagai Soh berkata, premis tersebut beroperasi selama enam bulan dan baru bertukar pengurusan tiga bulan lalu.

Soh yang juga warga Myanmar dipertanggungjawab mengurus premis itu dan diberikan tempat tinggal di situ.

Katanya, kebanyakan yang datang di premis terdiri daripada orang dewasa dan mendakwa tiada pelajar sekolah memasuki kawasan itu.

- Sinar -


No comments:

Post a Comment