Sunday, 25 November 2012

HIJRAH KERANA ALLAH DAN HIJRAH KERANA PAS JAUH BERBEZA !!! ABBY ABABI MASIH TAK FAHAM !!!



UCAPAN Pierre Andre saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 menggegarkan banyak jiwa. 

Bermacam persoalan dan andaian juga dibuat. 

Paling utama, kecenderungan anak sulung pelakon handalan Khatijah Tan itu terhadap ilmu agama terbuka jelas.

"Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah," katanya membuka cerita tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.

Jumaat lalu, Pierre membuka mulut di pentas yang disaksikan lebih empat juta penonton dengan kalimah 'Bismillah.'

"Anugerah paling hebat ialah kalimah 'Lailahaillallah,' jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad," ucap Pierre dalam majlis itu.

Menghuraikan lagi mesej sebenar yang ingin disampaikannya, kata Pierre:

"Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya," katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan.

Demi untuk tidak mengelirukan khalayak terhadap perubahan yang berlaku ke atas dirinya, Pierre mengakui bahawa sudah lima bulan dia bergerak aktif dengan mengikuti kumpulan tabligh.

"Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya 'kosong.' Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.

"Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh. Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya," katanya menyertai jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.

Berikut sedikit perbualan Sensasi Bintang bersama Pierre.

Mendalami agama itu banyak jalannya, kenapa pilih tabligh?

Orang selalu salah faham terhadap tabligh, tak kurang juga yang menuding jari masuk tabligh sebagai ikut ajaran sesat. 

Kita kena ingat, tabligh itu sifat Rasulullah. 

Rasulullah berdakwah selama bertahun-tahun sebelum turunnya hukum bersolat, puasa dan menunaikan zakat.

Bagaimana pula dengan kerja-kerja seni anda. 

Dunia hiburan sendiri dilihat lebih banyak mendedahkan seseorang itu ke jalan negatif?

Mulanya saya fikir begitu, tapi sahabat saya larang. 

Saya masih boleh berdakwah dalam bidang filem tapi kena lebih berhati-hati dalam bab agama. 

Paling utama kena masukkan unsur dakwah. 

Sekarang saya tiada karya terbaharu selain filem-filem yang telah dibikin sebelum saya berhijrah, jadi, jangan nilai siapa saya ketika dahulu, tapi nilai siapa saya ketika ini.

Mungkin ada perkembangan terbaharu yang lain?

Sekarang saya terlibat dengan projek filem pendek bersama kawan-kawan, selebihnya (saya) buat kerja-kerja penulisan. 

Saya mahu siapkan novel pertama, mungkin judulnya berbunyi Perjalanan Ke Darul Salam. 

Ia tentang penghijrahan seorang lelaki yang selama ini hidupnya kosong.

Adakah itu kisah sebenar yang berlaku kepada diri sendiri?

Tidak juga. 

Itu pemerhatian yang saya lihat selama ini.

Bagaimana amalan agama anda sebelum ini?

Selama ini pun saya percaya kepada Allah, tapi tahap keyakinan itu tidak seperti sekarang. 

Dahulu, saya Islam kerana dilahirkan sebagai orang Islam, sekarang saya Islam kerana kefahaman dan keyakinan saya terhadap agama Allah ini.

Ada sebarang sasaran?

Saya berminat mahu jadi pendakwah. 

Sebenarnya saya ada azam. 

Jika selama ini saya keluar selama beberapa hari sahaja, selepas ini saya mahu keluar rumah selama 40 hari pula. 

Kalau diizinkan Allah mungkin boleh sampai empat bulan dan kalau ada kekuatan mungkin dipanjangkan lagi selama setahun dan bukan hanya di Malaysia sahaja.

Apa rancangan Pierre dalam tabligh?

Nikah itu sebahagian daripada iman, saya juga mahu ke arah itu. 

Bagi saya, pengisian tabligh tidak boleh dilihat secara luaran sahaja, lihat juga dalaman. 

Ibaratnya, kalau hendak tinggalkan keluarga selama empat hari, bekalan yang ditinggalkan juga harus cukup untuk empat hari.

Apa kata kedua ibu bapa anda setakat ini?

Mummy (Khatijah Tan) sangat menyokong keputusan saya, ayah juga begitu sebab saya bukan buat perkara tidak baik, sebaliknya saya belajar dan mahu mengenal agama. 

Sejak sertai tabligh juga rezeki saya bertambah.

Sumber : MI


No comments:

Post a Comment