Wednesday, 7 November 2012

KANAK-KANAK DICABUL !!! SIASATAN KANUN KESEKSAAN SEKSYEN 377E !!!


Seorang doktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, bulan lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Navin Harris George, 40, didakwa melakukan kelucahan melampau ke atas mangsa pada 20 Oktober lalu di antara pukul 2.30 petang hingga 5 petang.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di Poliklinik Navin, Taman Bukit Indah, Nusajaya di sini.

Dalam pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa sengaja merangsang mangsa ketika dalam perjalanan menuju ke Poliklinik Navin pada tarikh dan waktu yang sama semasa menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kelisa.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Afif Ali mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sumber : Kosmo!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??