Monday, 5 November 2012

PENCACAI PAKATAN HARAM BLOGGER MILOSUAM BASI TERSEPIT LAGI !!!


Kecoh dibuatnya dek kerana pekaknya si Blogger Milosuam. Lain yang YAB PM DS Najib sebut, lain pula yang diedit dalam video.

Milosuam Basi pondan ni sudahlah pekak, labang pulak tu. Kes ni, I4TT dah pernah bangkitkan dalam minggu lepas.

KLIK SINI kalau ada yang terlepas dari entri minggu lepas.

Ada juga cybertrooper Pakatan Haram ni yang cuba menafikan dan mempertikaikan kewujudan tempat tersebut.

Untuk refresh balik kepala hotak pencacai Pakatan Haram ni, kat bawah ni ada satu foto yang dirakam pada tahun 2010.



Kalau berani, bacalah apa yang tertulis pada kain rentang (bunting) tu.

So, sekarang aku nak share pula sikit sejarah tentang Kampung Lachau Ulu.

Menurut sejarah yang diceritakan, penduduk asal Kampung Lachau Ulu sebenarnya berasal dari kawasan Bangkong dan sterusnya berpindah ke kawasan Empelanjau, sebelum memulakan petempatan di Kampung Changkul yang kini dikenali dengan nama Tembawai Changkul. 

Pada ketika itu, rumah panjang dipimpin oleh seorang penduduk tempatan yang bernama En Menjat (mendiang), yang kemudiaannya diganti oleh En Gemong (mendiang). 

Walau bagaimanapun, tarikh sebenar kewujudannya tidak diketahui memandangkan tiada rekod sebagai rujukan masa kini.

Selepas itu, penduduk berpindah ke kawasan baru yang terletak di lembah Sungai Semarung di Keranggas kini dikenali dengan nama Tembawai Keranggas sebelum berpindah ke tempat sekarang iaitu Lachau Ulu. 

Ketika itu Tuai Rumah yang memimpin bernama En Mambu (mendiang), seterusnya En Dimbap (mendinag) dan En Nangai (mendiang). 

Pada masa itu kawasan tersebut masih lagi di bawah Daerah Kecil Sebuyau, dan pekan terdekat yang ada hanyalah Pekan Lingga. 

Bagaimanapun, disebabkan oleh wabak taun yang teruk, telah memaksa penduduk mencari kawasan baru yang lebih selamat dan mereka telah memilih lokasi sekarang iaitu Lachau Ulu.

En Lipih Anak Gemong (mendiang) merupakan Tuai Rumah pertama di Kampung Lachau Ulu. 

Ini kemudiannya diteruskan oleh En Rantai Anak Ijam (1958-1987), seterusnya En Gasing Anak Sureng (mendiang) 1987-2002. 

Kini Rumah panjang ini dipimpin oleh En Radin Anak Suin sejak tahun 2003 sehingga sekarang. 

Kampung Lachau Ulu (sempena nama sejenis buluh lachau), jika dilihat dari segi lokasinya, ia berada dalam Daerah Kecil Pantu, Bahagian Sri Aman. 

Jarak dari pekan terdekat (Pekan Keranggas Gayau / Pekan Lachau) ialah 4 kilometer. 

Berdasarkan maklumat terkini rumah panjang Lachau Ulu panjangnya ialah 47 pintu dan mempunyai seramai 289 orang penduduk (141 orang terdiri daripada lelaki dan 148 orang perempuan).

Berbalik kepada sejarahnya, Kampung Lachau merupakan satu kampung besar dan telah berpecah kepada dua yang utama iaitu Lachau Ulu dan Lachau Ili. 

Ini adalah disebabkan oleh perlunya kawasan yang lebih luas untuk membina rumah serta inginkan kawasan yang lebih selesa.

Informasi sejarah Kampung Lachau Ulu ini telah dikirimkan oleh sahabat dari perkampungan rumah panjang berkenaan.

Itu baru YAB PM kita sebut Ulu Lachau telah diedit jadi 'Hudud Lancau'... agaknya kalau YAB PM kita sebut Ili Lachau agaknya macam mana pula bunyi yang akan diedit oleh Milosuam ye...

Sebelum akhiri entri ni, I4TT nak ucapkan terima kasih kepada pengirim yang menghantar informasi sejarah ini.




No comments:

Post a Comment