Friday, 9 November 2012

ZAID BUAT MUKA SEKUPANG MENGEMIS LAGI !!!



Mulanya, kita bertanya, apa kejadahnya Dato’ Seri Hadi Awang ingin bertanding di Pekan ???  

Esoknya, kita tertanya-tanya pula, apa kejadahnya Anwar Ibrahim mencabar Dato’ Seri Najib bertanding di Marang ???  

Kemudian, tidak semena-mena Zaid Ibrahim membuat kenyataan untuk bertanding di Pekan menggantikan Hadi Awang pula.  

Alasannya ialah ingin menyelamatkan kerjaya politik Presiden PAS itu.   

Nampaknya setelah puas Zaid Ibrahim ke sana ke mari mencari tapak dan demi sedikit glamour dengan muncul di akhbar, akhirnya muncul juga peluangnya.  

Untuk Hadi menyatakan kesanggupannya bertanding di Pekan bermakna beliau sudah cukup yakin yang beliau mempunyai pengaruh yang cukup kuat setanding dengan Perdana Menteri di kawasan Perdana Menteri sendiri.   

Jika beliau tidak yakin, bermakna beliau sengaja menempah ‘maut’ dengan menyatakan kesanggupan begitu dan tidak mungkin Hadi ingin ‘membunuh diri’ dengan sengaja.  

Oleh itu, tindakan Zaid menawarkan diri untuk menyelamatkan Hadi menunjukkan yang Zaid percaya yang Hadi akan kalah jika bertanding melawan Dato’ Seri Najib.   

Sekali gus menyerlahkan sikap memandang rendah terhadap pemimpin PAS yang wujud dalam diri Zaid yang terkenal dengan pemikiran liberalnya.  

Sebenarnya, puak-puak liberal yang menyokong pembangkang tidak pernah memandang tinggi pada PAS mahupun pemimpin-pemimpinnya.  

Kita juga tidak menyalahkan mereka, kerana nampak benar yang pemimpin PAS tidak cerdik belaka dan tidak layak dihormati.   

Hadi Awang tidak akan membuat kenyataan akan bertanding di Pekan jika beliau cukup cerdik kerana seandainya kenyataan itu menjadi kebenaran, tamatlah riwayat politiknya.   

Namun, ini bukan soal Hadi atau PAS.  

Lebih-lebih lagi bila parti itu pun hanya ditolak ke tepi saja oleh sekutunya, PKR dan DAP.   

Ini adalah soal Zaid mencari publisiti.  

Zaid tahu, yang beliau tidak mungkin menang bertanding melawan Dato’ Seri Najib tetapi beliau juga tahu yang beliau tidak akan rugi apa-apa.  

Sebaliknya, beliau melihat ini sebagai peluang untuk meletakkan namanya di akhbar-akhbar sekali lagi.  

Selain itu, bayangkan liputan publisiti yang mampu diraihnya ketika berkempen nanti.   

Beliau berharap, rakyat akan kembali ‘teringat’ dan mungkin tertarik kepadanya.  

Zaid yakin yang beliau telah berjaya mengenalpasti di mana silapnya serta telah bersedia menyusun langkah yang lebih bijak agar tidak kecundang lagi dalam politik.  

Zaid adalah seorang yang angkuh juga dan percaya yang beliau lebih layak dan lebih bijak dari semua pemimpin lain.  

Beliau tidak dapat menerima hakikat yang rakyat tidak melihatnya sebagai pemimpin yang layak ataupun bijak, tetapi sebagai seorang yang angkuh, tidak sedar diri dan gila publisiti.  

Sedangkan, dalam hal ini juga Zaid telah menunjukkan betapa tidak bijaknya dia dengan memperlekehkan Hadi Awang sedangkan ‘orang tua’ itu sudah beria-ia menunjukkan keyakinan untuk bertanding di kawasan Dato’ Seri Najib.   

Pernahkah Zaid terfikir yang Hadi Awang akan merasa terhina atau kecil hati kerana Zaid tidak yakin terhadap pengaruhnya ???

Tindakan Zaid ini juga, dipandang sinis di kalangan rakyat yang telah faham benar dengan sikapnya yang sanggup melompat dan mengemis meminta nyawa politik kepada sesiapa saja.   

Tetapi apapun, jika Zaid serius ingin bertanding juga di Pekan, apa salahnya……. asalkan dia bahagia



No comments:

Post a Comment