Friday 14 December 2012

HARAKAH VS MALAYSIAKINI - DUA-DUA TAK BOLEH PAKAI !!! MEDIA FITNAH !!!


Nama Deepak Jaikishan tiba-tiba menghiasi akhbar-akhbar bagaikan seorang artis Bollywood yang baru muncul dengan sebuah filem kontroversi. 

Nama ini pernah disebut-sebut suatu ketika dahulu oleh Raja Petra Kamaruddin, seorang penulis pro-pembangkang yang mempunyai sejarah sakit jiwa ketika muda, sering mengaku sebagai seorang yang berani dan berprinsip tetapi kemudiannya melarikan diri apabila tidak dapat membuktikan tuduhannya terhadap Perdana Menteri konon terlibat dalam pembunuhan Altantuya. 

Raja Petra sebelum ini menuduh Deepak sebagai ‘pengantara’ yang memperkenalkan penyiasat persendirian, Balasundram kepada pihak Perdana Menteri. 

Bala kemudiannya turut menjadi pelarian setelah membuat U-Turn dalam Akuan Bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya.

Sebagai respon kepada tulisan Raja Petra itu, Deepak membuat penafian tegas di dalam Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com/news/161382).


Mungkin tidak perlu disebut di sini bahawa Raja Petra juga kemudiannya membuat U-Turn  tanpa mengaku salah, bahawa beliau membuat tuduhan tersebut atas ‘suruhan’ orang tertentu dan bahawa segala apa yang dituduhnya adalah palsu dan ianya dilakukan semata-mata untuk memburukkan dan menjatuhkan Perdana Menteri.  

Pendedahan Raja Petra itu mematikan terus langkah pembangkang dalam isu ini.  

Namun, apabila keadaan semakin buruk bagi mereka di mana segala usaha untuk menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri tidak berjaya dengan demonstrasi-demonstrasi yang gagal dan memakan diri serta Anwar pula tidak ke penjara, maka pembangkang memutuskan bahawa isu Altantuya adalah satu-satunya isu yang cukup besar yang jika dimainkan dengan baik pasti mampu membantu mereka mencapai Putrajaya.  

Justeru, SUARAM pun digunakan untuk memainkan lagi isu ini sehingga ke peringkat antarabangsa iaitu Perancis.  

Pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan dijadikan sandaran kes yang tiada kes pun.  

Harapan pembangkang, memandangkan ia melibatkan negara lain maka penyokong mereka tidak akan tahu penipuan mereka, sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya.  

Malang bagi mereka apabila pilihanraya tidak berlangsung secepat yang dijangka sehingga akhirnya penipuan SUARAM terbongkar apabila pihak Perancis sendiri mendedahkan bahawa mahkamah negara itu telah menolak aduan SUARAM sejak awal tahun lagi, kerana tidak berasas sama sekali.  

Dengan RPK mengaku kalah, SUARAM pula kantoi, isu Altantuya secara rasminya ditutup.  

Pakatan Rakyat pula semakin huru-hara dengan masalah-masalah dalaman yang semakin hari semakin parah manakala BN pula semakin kukuh dengan rekod ekonomi negara yang memberangsangkan.  

Justeru, pembangkang begitu terdesak perlukan isu yang cukup besar untuk menutup segala kelemahan mereka sekaligus mengalihkan pandangan rakyat dari melihat rekod cemerlang kerajaan BN.  

Ini, ditambah dengan ketandusan isu serta dendam akibat keegoan yang tercalar dalam isu Altantuya, maka pembangkang memilih untuk meneruskan isu yang sama sebagai senjata utama menghadapi pilihanraya.  

Bukan satu kebetulan nampaknya apabila ketika UMNO sedang bersidang dengan penuh semangat di sini, SUARAM pula membuat sidang akhbar di Singapura berkenaan isu kapal selam dan Altantuya.  

Lalu, sejurus kemudiannya, isu Deepak yang juga dari Singapura, bermula.  

Isu Deepak yang sedang berjalan di mahkamah sekarang adalah berkisar kepada tuntutan Deepak ke atas projek perniagaan yang tidak menjadi yang kebetulannya memperolehi nota tangan ‘tiada halangan’ dari Perdana Menteri.  

Bagaimanapun, yang menimbulkan tandatanya, apakah hak Deepak untuk menuntut wang atas alasan pengaruh beliau yang membolehkan projek tersebut mendapat pinjaman bank ???  

Atas alasan apa kita dapat membuktikan elemen ‘pengaruh’ ???  

Dan di manakah tertulisnya hak peribadi Deepak ke atas pinjaman yang diluluskan untuk projek tersebut ???
  
Persoalan ini terjelas sendiri apabila media pembangkang memetik kes Deepak di mahkamah dari sudut yang langsung tiada kena mengena dengan kes.  

Sebaliknya, kisah Altantuya dan nama Balasundram pula yang menjadi tumpuan laporan mereka.   

Dalam wawancara dengan Harakah Deepak telah membuat kenyataan yang bertentangan terus dari apa yang dinyatakannya sendiri di dalam Malaysiakini sebelum ini.  

Kes perniagaan Deepak sebenarnya telah pun dijelaskan oleh Deepak sendiri sepertimana yang terakam kemas dalam kenyataannya sendiri dalam Malaysiakini pada tahun 2011 di atas.  

Katanya, pinjaman RM600 juta yang diperolehi dari Kuwait Finance House adalah untuk sebuah pelaburan hartanah dan dijamin oleh pengarah dan pemegang saham serta bank itu sendiri.  

Beliau juga menjelaskan bahawa kontrak hiasan dalaman istana baru di Jalan Duta adalah diperolehi dari kontraktor utama dan bukannya dari kerajaan.  

Pendek kata, beliau adalah ahli pernigaan yang tulen dan tidak terlibat dalam politik.  

Deepak juga menafikan sekeras-kerasnya yang beliau mengenali Balasundram di dalam kenyataan di Malaysiakini tersebut.  

Namun, kini beliau nampaknya telah membuat kenyataan yang bertentangan pula kepada Harakahdaily.  

Dengan membawa kes perniagaan yang kabur dan mengaitkannya dengan isu lain yang tidak berkaitan, maka jelaslah sudah bahawa Deepak telah ditugaskan untuk meneruskan kerja-kerja yang sebelum ini gagal dibuat oleh RPK dan juga SUARAM, bagi pihak pembangkang.  

Untuk itu, Harakahdaily dan Malaysiakini mungkin perlu duduk semeja terlebih dahulu untuk mencari kata putus, siapakah di antara mereka yang berbohong, atau kenyataan Deepak yang manakah yang akan dilaporkan sebagai pembohongan selepas ini.  

Nampaknya, bukan RPK seorang sahaja yang terlalu banyak menonton filem Hindustan, seperti sindirian Deepak di dalam kenyataannya di Malaysiakini.  

Sesiapa juga yang menulis skrip untuk RPK ataupun Bala, dan mungkin juga Deepak, jelas tidak dapat menilai sebuah penceritaan yang baik.  

Kisah pembunuhan yang berkait dengan pembelian kapal selam serta perniagaan yang tak menjadi yang berbelit sesama sendiri, tidak konsisten, berpusing dan U-turn dua tiga kali tentu menarik untuk ditonton di panggung, tetapi amatlah memualkan jika cuba disampaikan sebagai satu kisah benar.    

Mungkin Pakatan Rakyat serta rangkaian NGO atau individu yang menjadi alat mereka, termasuk para ‘penaja’ mereka perlu memikirkan cara lain untuk menjatuhkan BN atau Perdana Menteri.  

Tidakkah mereka belajar dari kesilapan bahawa strategi menulis skrip fitnah untuk dilakonkan oleh pelakon-pelakon upahan bukanlah strategi yang baik. 

Ia mungkin boleh membuatkan penyokong-penyokong jumud lagi tegar mereka teruja, tetapi lebih dari itu ia hanya membuatkan penyokong-penyokong yang masih mampu berfikir, serta mereka yang berada di atas pagar terus lari meninggalkan mereka.   



No comments:

Post a Comment