Tuesday, 11 December 2012

PAS BARU NAK AMBIL LANGKAH JAGA TINGKAH LAKU GANAS PENGIKUT !!!



Disebalik momokan propaganda PAS dan PR yang giat menuduh UMNO dan BN sebagai punca wujudnya kegiatan samseng dalam dunia politik, tak semena-mena PAS melancarkan taklimat khas untuk menasihatkan ahli dan penyokongnya supaya berkelakuan baik dan menjauhi gengsterisme.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man mungkin berniat baik mahu mengekang kegiatan samseng politik namun secara tersiratnya ia menunjukkan kepada umum perintis sebenar budaya samseng politik ini dipelopori oleh PAS dan PR.

Lihat sajalah kelakuan ahli dan penyokong PAS sewaktu peristiwa berdarah Memali dulu di mana mereka berhimpun beramai-ramai dengan pedang, keris dan parang hanya untuk mencapai cita-cita negara Islam ala PAS yang akhirnya diakui oleh Presiden PAS, Hadi Awang sebenarnya tidak wujud pun dalam Al-Quran.

Akibat kegelojohan sikap dan tingkap laku samseng itu berbelas orang isteri menjadi balu dan berpuluh anak kecil menjadi yatim. 

Malah tabung Memali yang mengumpul pungutan berjuta RM juga lesap sedangkan tujuan asal kewujudan tabung itu untuk menjaga kebajikan balu dan anak yatim tersebut.

Begitu juga semasa peristiwa berdarah Lubuk Merbau yang menyaksikan beberapa nyawa melayang gara-gara sikap keras dan kurang ajar penyokong PAS dari luar kawasan yang berlagak samseng dengan bersenjatakan berpuluh bilah parang.

Jika dua peristiwa besar di atas tidak cukup untuk gambarkan kegagalan PAS dalam mentarbiah ahli dan penyokongnya supaya berkelakuan baik dan berjiwa Islamik, barangkali lakonan mati hidup semula berkali-kali yang dijayakan oleh penyokong PAS sewaktu demonstrasi Bersih 2.0 boleh dijadikan sempadan pengajaran.

Atau mungkin juga kegagalan PAS mengawal tingkah laku Unit Amal PAS yang memulakan rempuhan hadangan polis di KLCC semasa demonstrasi Bersih 3.0 beberapa bulan dulu lebih daripada mencukupi untuk membuktikan betapa kelakuan samseng sudah lama mendarah daging dalam perangai pengikut PAS.

Andainya itu belum cukup untuk membuktikan kelakuan ganas sudah sinonim dengan PAS dan PR, apa kata kita toleh semula kejadian ganas peserta Bersih 3.0 yang sengaja membaling kon dan objek keras sehingga kereta polis terbabas dan mencederakan pemandunya.

Tidak cukup dengan balingan dan kekasaran itu, peserta Bersih 3.0 yang terdiri dari penyokong PAS, DAP dan PKR serta NGO proksi mereka melompat-lompat pula di atas kenderaan polis seterusnya menterbalikkan kenderaan peronda itu. 

Tidakkah ini satu kelakuan ganas dan luar tabie ???

Kemudian lihat pula kelakuan jelik dan kurang ajar penyokong PR semasa sambutan ambang malam merdeka tempohari yang dengan biadapnya berbogel menunjukkan punggung di khalayak ramai. 

Memalukan dan menjelikkan.

Lantaran itu, walaupun dengan wujudnya taklimat anti samseng yang diwar-warkan oleh Ketua Penerangan PAS pusat ini cukup melegakan kami rakyat Malaysia, namun diharapkan biarlah ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Cukup-cukuplah segala macam kelakuan ganas, jelik dan samseng yang sudah mendarah daging dikalangan penyokong PAS dan PR itu dipertontonkan pada khalayak ramai. 

Apapun tahniahlah pada Tuan Ibrahim kerana telah menyedari sikap biadap dan samseng yang sinonim dengan penyokong PAS dan PR ini langsung tidak membawa kebaikan sebaliknya mengundang pula imej buruk. 

Semoga Tuan Ibrahim berjaya dengan misi nasihat baiknya itu.


No comments:

Post a Comment