Friday, 7 December 2012

PAU2012 - MANFAAT BUKAN HANYA UNTUK AHLI UMNO !!!



Acap kali apabila Perhimpunan Agung UMNO 2012 (PAU 2012) berlangsung banyak perkara dibahaskan dan pelbagai saranan dimajukan untuk pertimbangan pucuk pimpinan parti.

Kebiasaannya sebahagian besar daripada usul atau saranan yang dibahaskan akan diaplikasikan dalam pentadbiran Kerajaan Pusat dalam tempoh terdekat atau selang masa tertentu selepas kajian lanjut di peringkat pentadbiran dilakukan.

Namun segala macam kebaikan dan manfaat dari PAU 2012 atau sebelumnya jarang mendapat perhatian ramai disebabkan fokus masing-masing lebih menjurus pada pendedahan dan kupasan isu-isu politik semasa.

Untuk itu, dikesempatan ini agak elok untuk kita sama-sama perhalusi pelbagai saranan bermanfaat dan faedah yang bakal diperolehi rakyat hasil dari kesepakatan yang dibincangkan semasa PAU 2012 yang baru sahaja selesai beberapa hari lepas.

1) Had pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dinaikkan dari RM50,000.00 kepada RM100,000.00 sebagai menghargai ketekunan dan kecekalan golongan wanita dalam bidang perniagaan.

2) Sebahagian daripada lebih 240,000 rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis atau bankrap bakal mendapat peluang kedua apabila Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967.

3) Briged Orang Kurang Upaya (OKU) ditubuhkan untuk membela nasib golongan tersebut serta sebagai pemudahcara dalam memperjuangkan kebajikan mereka dalam isu perumahan, pekerjaan dan latihan. 

4) Cadangan menubuhkan Yayasan Tanah Wakaf 1Malaysia untuk menyeragamkan pentadbiran tanah wakaf di seluruh negara.

5) Saranan penubuhan Madrasah 1Malaysia yang di urus tadbir oleh Kementerian Pelajaran dan Jabatan Perdana Menteri dengan menumpukan pengajaran Al-Quran dan asas-asas agama Islam.

6) Mempraktikkan perubatan mukjizat al-Quran sebagai perubatan altenatif di hospital kerajaan.

7) Memperhebatkan program dakwah dan keagamaan melalui segenap media bagi mengubah persepsi buruk terhadap Islam serta meningkatkan pembabitan golongan agama dalam UMNO.

8) Pelan transformasi ekonomi wanita termasuk mewujudkan mempertingkatkan keberkesanan Teman 1Azam bagi membantu para pesertanya keluar dari kancah kemiskinan.

9) Menggesa persatuan yang terbabit langsung dengan golongan artis menegur dan lebih peka dengan penampilan segelintir artis.

10) Gesaan supaya GLC mempercepatkan penjualan anak syarikat yang tidak kritikal untuk dimajukan oleh usahawan Bumiputera yang berdaya saing dan berkemampuan.

11) Cadangan untuk menubuhkan pusat setempat sebagai pemudah cara serta memberi khidmat nasihat dalam bidang pembiayaan, pemasaran serta pengurusan syarikat.

12) Memperkasa dan menambah peruntukan untuk Skim Pinjaman Mikro termasuk Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) bagi membantu usahawan kecil di luar bandar.

13) Cadangan menubuhkan Wakaf Korporat bagi menambah penyertaan pihak korporat sebagai instrumen baharu untuk menjana ekonomi negara.

14) Pengumuman penghantaran misi ke Gaza menerusi Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) bermula 5 Disember 2012. Di masa yang sama sepanjang perhimpunan tersebut sejumlah RM44,270.80 wang derma Tabung Gaza berjaya dikutip.

15) Penubuhan institusi UMNO untuk memperkukuhkan pemahaman sejarah perjuangan parti.

16) cadangan membuka Kelab Francais di Universiti untuk membantu melahirkan usahawan baru.

Masih banyak lagi sebenarnya usul dan saranan yang dikemukakan dan dibincangkan sepanjang perhimpunan berlangsung, yang pastinya segala saranan dan usul tersebut membuktikan keprihatinan UMNO dalam memperjuangkan kebajikan rakyat.

Jelas jauh berbeda dengan penumpuan parti-parti pembangkang yang hanya terhad pada retorik dan matlamat politik kepartian semata-mata tanpa mengambil kira perihal kehidupan rakyat yang menuntut perhatian susulan.


No comments:

Post a Comment