Tuesday 25 December 2012

VIDEO SEKS - ANWAR BUAT LAPORAN POLIS ?!!



Skandal dan ahli politik bagaikan aur dengan tebing, iaitu tidak boleh dipisahkan.  

Sama ada skandal tersebut benar atau tidak, itu adalah cerita lain sama sekali.  

Sekiranya skandal tersebut tidak benar, maka ia akan hilang sendiri.  

Tetapi sekiranya benar, maka ia mungkin bermakna berakhirnya nyawa politik mereka.  

Namun, di dalam politik, semuanya mungkin sehinggakan seorang yang telah terbukti meliwat dan video seksnya tersebar juga mampu bertahan, asalkan tahu caranya.  

Antara ahli politik yang berkenaan tidak lain dan tidak bukan ialah Anwar Ibrahim dan juga Azmin Ali.  

Dan kita juga telah pun melihat bagaimana ada pemimpin politik yang terus ‘bernyawa’ walaupun memilih untuk mengaku salah.   

Keikhlasan beliau memohon maaf serta menelan malu akibat skandal tersebut adalah sesuatu yang luar biasa, sehinggakan akhirnya dipuji sebagai tindakan berani, jujur dan ikhlas.   

Beliau kini dimaafkan dan diterima baik oleh keluarga dan juga orang ramai.  

Lalu, skandal tersebut pun habis setakat itu sahaja dan hari ini, skandal mengenai ahli politik lain pula mendapat tempat di media.  

Skandal terbaru ialah mengenai video seks yang melibatkan ahli politik ialah kes Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk R Ganesan.   

Terdahulu, Adun Tronoh, V Sivakumar pada sidang media mendakwa pihaknya menerima sampul surat yang mengandungi video cakera padat (VCD) salah laku dengan tertera gambar Ganesan dengan seorang wanita dalam keadaan mengaibkan selain satu salinan artikel online yang telah dicetak.

R. Ganesan pantas menafikan sekeras-kerasnya yang beliau terlibat dalam skandal seperti itu dan mendakwa pembangkang sebagai tidak bertanggungjawab kerana menyebarkan berita palsu.   

Beliau kemudiannya membuat laporan polis bagi menyangkal fitnah terbabit untuk membersihkan namanya.  

Tindakan pantas beliau wajar diambilkira bagi menggambarkan kesungguhan beliau.  

Ini kerana dalam kebanyakan kes yang melibatkan video seks, jarang sekali mereka yang dituduh membuat laporan polis dengan pantas tanpa terlebih dahulu berdolak dalih di akhbar.  

Dalam kes Anwar, misalnya, beliau memilih untuk terus mempolitikkan video seksnya dengan china-doll dengan cara menafi dan menuding jari ke serata arah mendakwa difitnah.  

Kenyataan demi kenyataan akhbar dibuat dengan penuh aksi termasuk drama air mata Wan Azizah.  

Akhirnya, setelah puas orang menontonnya, setelah muak kita melihat Wan Azizah menangis, dan setelah kantoi dengan jam omega, barulah Anwar membuat laporan polis.  

Namun, laporannya juga menimbulkan kemusykilan kerana ia bukan bertujuan untuk menyangkal bahawa orang yang di dalam video tersebut adalah dirinya tetapi bertujuan supaya polis menyiasat tindakan menyebarkan video tersebut kepada orang ramai.   

Ertinya, beliau tidak menafikan secara undang-undang bahawa beliau terlibat dalam video tersebut tetapi hanya mempersoalkan perlakuan jenayah pihak yang menyebarkan video lucah yang ‘mungkin menampilkan dirinya’ itu kepada orang ramai.  

Begitu juga apabila video Azmin beraksi di dalam bilik air bersama seorang wanita terdedah luas.  

Azmin tidak meminta siasatan dijalankan untuk mengesahkan siapakah lelaki di dalam video tersebut bagi membersihkan namanya tetapi hanya membuat penafian demi penafian di media sambil menuding jari ke sana sini.  

Melihat dari kedua-dua situasi yang hampir sama di pihak pemimpin pembangkang ini dan MIC ini, maka  tindakan Datuk Ganesan membuat laporan harus dilihat sebagai satu cabaran oleh Anwar dan juga Azmin.   

Sedarkah mereka bahawa berbeza dengan Datuk Ganesan, cara mereka berdua menangani isu ini amatlah meragukan bagi seorang yang mengaku tidak bersalah.   

Kita dapat melihat kesungguhan Datuk Ganesan untuk membela diri dan menebus malu keluarganya dengan pantas membuat laporan polis, tetapi sebaliknya kita dapat melihat betapa Anwar dan Azmin tegar mengheret anak isteri ke dalam skandal seks mereka tanpa bersungguh-sungguh membersihkan nama mereka.  

Malah, Azmin lebih teruk lagi di mana selain dari video seksnya sendiri, beliau sehingga kini juga langsung tidak mengambil tindakan apa-apa untuk menebus nama baik dan maruah isterinya yang turut dikaitkan dengan skandal seks Anwar.  

Tidak ada sebab bagi seseorang yang benar-benar tidak bersalah untuk tidak membuat laporan polis bagi menafikan penglibatan mereka, melainkan mereka sememangnya bersalah.  

Begitu juga tidak ada sebab bagi seorang suami untuk membiarkan maruah isterinya dipijak-pijak dan dihina melainkan beliau seorang dayus tulen atau isterinya sememangnya layak diperlakukan sedemikian.  

Oleh itu, salahkan kita jika mempunyai persepsi bahawa mereka ini bersalah walaupun belum terbukti bersalah di mahkamah ???  

Sedangkan, menunggu ia dibuktikan di mahkamah adalah sesuatu yang mustahil jika laporan polis tidak dibuat oleh mereka berdasarkan tuduhan sebenarnya.  


No comments:

Post a Comment