Wednesday, 2 January 2013

AKHIRNYA AZIZAN AKUI KEGAGALANNYA - SILA LETAK JAWATAN !!!



Kerajaan PAS Kedah mengakui gagal menarik pelaburan dalam sektor pembuatan yang menurun dengan drastik pada 2012 berbanding tahun sebelumnya. 

Bagaimanapun, Menteri Besarnya, Azizan Abdul Razak enggan memberitahu jumlah pelaburan sektor pembuatan yang direkodkan pada 2012. 

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Sains dan Teknologi negeri, Amiruddin Hamzah, berkata kemasukan pelaburan yang perlahan menyebabkan negeri itu berada di kedudukan kesembilan berbanding kelima pada 2011 dalam sektor pelaburan pembuatan. 


Tangga kesembilan 

“Biasanya Kedah berada di tangga keempat, kelima atau keenam, tetapi untuk 2012 Kedah jatuh ke tangga kesembilan disebabkan pelaburan yang lembap dalam sektor pembuatan. 

“Penurunan pelaburan dalam sektor itu berlaku di semua bahagian di Kedah termasuk Taman Teknologi Tinggi Kulim,” katanya pada sidang media sempena majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) dengan dua penyewa barunya di sini, kelmarin. 

Pada majlis itu, dua penyewa baru iaitu Aspion Sdn Bhd and CTR Setia (M) Sdn Bhd bersetuju melabur sehingga RM400 juta dan RM60 juta bagi membina kilang baru di Taman Teknologi Tinggi Kulim. 

Disember lalu, Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir mendedahkan, Pulau Pinang yang ditadbir DAP bakal hilang kedudukan selaku destinasi utama pelaburan negara bagi sektor pembuatan. 


Kerjasama dengan MIDA 

Beliau dipetik berkata, Pulau Pinang mencatat jumlah pelaburan sebanyak RM1.8 bilion saja untuk tempoh separuh tahun lalu, menyebabkan ia jatuh di bawah Selangor, Sabah, Sarawak, Johor, Terengganu, Kuala Lumpur dan Perak. 

Dalam perkembangan sama, Amiruddin berkata, penurunan jumlah pelaburan dalam sektor pembuatan di Kedah diseimbangkan dengan peningkatan pelaburan dalam sektor lain seperti pertanian dan perkhidmatan. 

Amiruddin yang juga Pengerusi KPTC berkata, untuk mengatasi masalah itu, kerajaan negeri bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA). - BHarian


1 comment:

  1. Dah ada masalah baru teringat nak bekerjasama dgn agensi krjn persekutuan.

    ReplyDelete