Wednesday, 23 January 2013

APAKAH DOSA RAKYAT PALESTINE KEPADA PAS ?!!



APA dosa rakyat Palestin terhadap NGO 'mesra' PAS, Mampat dan "R" sehingga Pengerusinya, Fauzi Abu Samah sanggup keluarkan kenyataan yang menggambarkan hatinya cukup busuk ! 

Jika Israel 'hadiahkan' kepada Palestin bom, peluru dan kekejaman, apa salahnya Malaysia tawarkan biasiswa kepada pelajar Pelestin yang mahu lanjutkan pelajaran di Malaysia peringkat ijazah Sarjana Pertama dan Sarjana.

Harapan rakyat Malaysia, pelajar Palestin yang bertuah itu pulang ke negara mereka sebagai pemimpin atau sumber manusia yang bakal membangunkan rakyat dan negara mereka. 

Pada saya, ia merupakan bantuan jangka panjang.

Mungkin bagi PAS, Mampat atau R, tawaran Najib Razak tidak menguntungkan mereka kerana kumpulan itu tidak mengundi PAS pada pilihan raya dan sukar untuk diheret ke jalan raya sekiranya ada demontrasi atau perhimpunan. 

Fauzi Abu Samah mungkin sudah lupa, ramai pelajar Malaysia yang terpilih telah menerima BIASISWA daripada pihak kerajaan mahupun swasta seperti JPA, MARA dan Yayasan Terengganu. 

Jika Fauzi Abu Samah tidak mampu menyumbang, tidak perlulah beliau pertikaikan sumbangan Malaysia kepada Palestin. 

Jangan sampai Israel dan Zionis 'bertepuk tangan' dengan kenyataan pemimpin NGO parti PAS ini.

- Fauzi Mohd -


2 comments:

  1. Sapa kata anak Mlaysia x dpt biasiswa, moron. Saya belajar zaman 80an dpt biasiswa, duduk hostel asrama penuh, krj tanggung. Tpi kenala rajin, smua nk tanggung, bangkrapla, foolish n selfish. Smua nk komplen. Bangang betul. Sekolah skrg smua free, smpai murid miskin dpt mkn free. Stupid fellow si fauzi x sedar diuntung

    ReplyDelete
  2. Si fauzi ni seorang pendengki, busuk hati ntah apa nk dkata. Ni pengganti anuwar ni. Haprak. Sapa yg cemerlang bolehla biasiswa. Nk bagi smua, krj muflis mula la ckp membazir. Anak saya pun buat pinjaman tpi x kisahla sb x layak biasiswa. Bukan smua plajar palestin bleh biasiswa. Bersyukurla Malaysia masih mampu berdiri teguh d dunia negara Islam.

    ReplyDelete