Friday, 25 January 2013

DEMI KUASA PAS SERAH JIWA RAGA BAKUL KEPADA KAPIR HARBI DAN ISLAM DIBUANG !!!


PAS BODO 003 

SEJARAH telah membuktikan bahawa dibawah situasi tertentu yang membabitkan hal ehwal Islam, PAS dan UMNO pernah bersatu hati dan sepakat.

Kita boleh mengimbas semula sejarah kebangkitan Natrah pada 12 Disember 1950 di Singapura, yang mana memperlihatkan umat Islam di Tanah Melayu (peristiwa ini sebelum kemerdekaan) bersatu hati tanpa mengira fahaman politik telah ke Singapura demi mempertahankan seorang gadis bernama Natrah dari dimurtadkan.

Bagi yang mungkin tidak arif akan peristiwa kebangkitan Natrah ini, penulis akan ceritakan serba ringkas sahaja dan selebihnya boleh dibuat melalui carian google.

Natrah atau nama sebenarnya Bertha Hertogh telah dibesarkan oleh Che Aminah Mohamed selepas diserahkan oleh neneknya, Natrah dibesarkan dengan budaya Melayu dan diberikan pendidikan Islam selama lebih kurang 8 tahun.

Selepas pengunduran Jepun, bapa Natrah dibebaskan dari tahanan dan mula mencari anaknya semula.

Maka bermulalah episod perebutan hak penjagaan terhadap Natrah.

Pada awalnya keputusan mahkamah memihak kepada Che Aminah tetapi selepas Natrah dikahwinkan ketika berusia 14 tahun, bapa kandung Natrah membuat tuntutan semula kerana perkahwinan Natrah itu melanggar undang-undang Belanda yang tidak membenarkan remaja bawah 18 tahun berkahwin.

Memandangkan perkahwinan dilangsungkan di Singapura, maka keputusan mahkamah memihak kepada keluarga kandung Natrah pada 12 Disember 1950.

Natrah dimurtadkan semula ke agama asalnya Kristian !

Apa yang ingin penulis sampaikan bukanlah kisah Natrah sebenarnya, tetapi semangat kebangkitan Umat Islam ketika itu yang mempertahankan Syahadah seorang umat Islam yang dipaksa untuk murtad.

Ketika itu, umat Islam dari seluruh Tanah Melayu telah pergi ke Singapura semata-mata untuk berhimpun menunjukkan bantahan dan mempertahankan Syahadah seorang gadis bernama Natrah.

Mereka sanggup berbasikal dari Kelantan, Terengganu dan ada yang berjalan kaki dari Johor.

Ketika itu, tanpa mengira ‘kulit’ politik, semua bersatu untuk mempertahankan Syahadah yang pernah dilafazkan oleh Natrah.

18 terkorban manakala 178 lain cedera didalam tragedi tersebut semata-mata mempertahankan Syahadah seorang gadis Islam.

Kemanakah semangat kebangkitan itu pergi pada hari ini ?

Pada Krismas lalu, Lim Guan Eng dalam perutusannya telah menyatakan bahawa kalimah ‘Allah’ mesti dibenarkan untuk penganut Kristian.

PAS pula tanpa berfikir panjang bersetuju penggunaan kalimah ‘Allah’ untuk Bible Versi Melayu dan juga Gereja penganut Kristian.

Tidak tahukah PAS sekiranya kalimah ‘Allah’ digunakan oleh penganut agama lain, agama Islam bakal terancam dan seolahnya ‘pintu’ untuk umat Islam menjadi murtad sedang dibuka oleh PAS seluas-luasnya ?

Jika 12 Disember 1950, umat Islam menentang isu murtad keatas Natrah, kenapa hari ini PAS membuka jalan kepada pemurtadan umat Islam ?

Apa relevannya Bible mahu diterbitkan didalam bahasa Melayu ?

Apakah kaum Cina didalam DAP itu fasih berbahasa Melayu ?

Tidak keterlaluan jika penulis katakan bahawa ramai penyokong DAP yang berbangsa Cina yang sudah ‘dihujung nyawa’ tetapi masih tidak boleh berbahasa Melayu.

Malah ada juga remaja Cina yang tidak boleh bertutur bahasa Melayu.

Situasi ini pernah penulis hadapi dan amat menghairankan bila ada persetujuan dari PAS mahu Bible diterbitkan dalam Bahasa Melayu malah kalimah ‘Allah’ juga dibenarkan dalam Bible berkenaan.

Apa relevannya kalimah ‘Allah’ untuk dibenarkan penggunaannya kepada penganut Kristian, sedangkan mereka tidak mempercayai akan Ke-EsaaNya.

Mereka tidak percaya akan rukun Iman dan mereka tidak mengamalkan rukun Islam.

Jadi, apakah relevannya kalimah ‘Allah’ dihadiahkan kepada penganut Kristian ?

Bukankah sepatutnya PAS bangkitkan semula semangat perjuangan Natrah ini ketika agama Islam cuba dinodai dan umat Islam cuba diajak untuk murtad ?

Bukankah jelas isu kalimah ‘Allah’ dan Bible Versi Melayu ini hanyalah satu propaganda dan agenda Kristianisasi terhadap umat Islam di Malaysia ini.

Amat pelik bila sebuah parti yang mendabik dada kononnya merekalah yang lebih Islam dari umat Islam yang lain malah mengkafirkan sesama Islam, menyerahkan jiwa dan raga mereka kepada kehendak kafir.

Mungkinkah kini PAS telah menukar agamanya kepada Kristian dan kerana itu perjuangan dan kelebihan diberikan kepada agama Kristian ?

Umat Islam seluruh Malaysia sepatutnya membuka mata dan hati dalam menilai isu ini.

Janganlah kita dibiarkan terus celaru gara-gara permainan ahli politik yang mengejar kuasa, nama, pangkat dan Putrajaya.

Sama-sama kita berdoa agar PAS hentikan segala kesesatan dan kembali ke  pangkal jalan !

Sumber : SGB


No comments:

Post a Comment