Tuesday, 22 January 2013

GEMPA BUMI DI ACHEH - PELAJAR MALAYSIA SELAMAT !!!



Lebih 120 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Aceh selamat dalam kejadian gempa bumi berkekuatan 6.0 pada skala Richter awal hari ini.

Pengarah Education Malaysia (EM) Indonesia Prof Madya Dr Juzhar Jusoh berkata kesemua pelajar berkenaan menuntut di Aceh dan mereka tinggal di Banda Aceh.

"Pihak kami telah menghubungi para pelajar kita di Aceh dan diberitahu bahawa mereka turut merasakan gegaran, namun semuanya selamat," katanya ketika dihubungi di sini.

Gempa bumi itu, yang berlaku di dalam laut sekitar Pulau Penasi iaitu antara Banda Aceh dan Pulau Breureh, 15 km ke barat daya kota Banda Aceh, telah mengakibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut dan sekurang-kurangnya tujuh penduduk cedera.

Kesemua mangsa itu adalah dari tiga buah kampung di daerah Pidie, Aceh.

Gempa bumi yang berlaku pada pukul 5.22 pagi itu menyebabkan beberapa buah rumah penduduk di daerah Pidie hancur dan sejumlah rumah lain rosak.- Bernama


No comments:

Post a Comment