Wednesday, 9 January 2013

ISU KALIMAH ALLAH UNTUK PENGANUT KRISTIAN - HADI WARNING AHLI PAS TUTUP MULUT !!!



Presiden Pas, Hadi Awang didakwa mengarahkan pemimpin kanan parti itu supaya 'menutup mulut' berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu.

Arahan itu dikatakan dikeluarkan pada mesyuarat Dewan Harian Pas Pusat di sini malam kelmarin, dipercayai untuk meredakan ketidaksepakatan pemimpin Pas berhubung isu berkenaan.

Difahamkan, arahan itu ada kaitan kenyataan bercanggah Ketua Dewan Ulama Pas, Harun Taib dengan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mujahid Rawa.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar pada sidang media berasingan di Ibu Pejabat Pas, disini semalam, turut keberatan mengulas kenyataan Harun bahawa penggunaan kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam.

Salahuddin pada sidang media mengenai tindakan undang-undang bakal diambil terhadap projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor, berkata Abdul Hadi yang mempengerusikan mesyuarat itu akan menyatakan pendirian Pas mengenai kalimah Allah tidak lama lagi.

"Malam tadi (kelmarin) kami ada mesyuarat. Hanya Presiden akan bercakap mengenai hal ini. Presiden akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi. Anda tunggulah beliau membuat kenyataan itu," katanya. 

BH semalam  memetik Harun sebagai berkata, agama lain termasuk Kristian tidak berhak menggunakan Kalimah Allah, manakala Mohamad berkata Hadi sudah memberi kenyataan pada 2010 untuk tidak melarang agama lain menggunakan kalimah suci itu. 

Mujahid pula dalam sesi dialog di sebuah gereja di Prai, Pulau Pinang, dua tahun lalau turut dilaporkan berkata, beliau tiada masalah dengan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana Allah membenarkan ia digunakan orang bukan Islam.

Sementara itu Mahfuz ketika diminta mengulas berkata, isu berkenaan hanya boleh diulas Hadi sejajar keputusan mesyuarat malam kelmarin.

Terdahulu, Salahuddin berkata PAS akan membantu penduduk 10 kampung di pengerang yang terbabit dalam pengambilan tanah projek RAPID untuk memohon semakan kehakiman bagi menghentikan sementara projek itu esok. 

Beliau mendakwa projek itu menyebabkan 249 kubur orang Islam di empat kampung sekitar Penggerang yang dipindahkan selama 7 hari mulai 21 Disember lalu, tidak memenuhi syarak.

Bagaimanapun, Kadi Daerah Kota Tinggi, Mohd Taufik Shamsuddin menafikan dakwaan itu. - Berita Harian


1 comment:

  1. . Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelajar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarnya telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam universiti. 9 daripada 10 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan kaya.

    2. Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?

    Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?

    3. Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:

    "Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes." Rujuk link pada komen saya dibawah.

    " Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

    4. Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Kita perlu bayar untuk sesuatu yang percuma.

    5. Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya. Dan Malaysia hanya mengenakan 10% bayaran untuk pendidikan tertiaty (universiti, kolej) dengan 90% disubsidi kerajaan.

    6. Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?

    Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi?

    ReplyDelete