Saturday, 12 January 2013

LAGI NGO BUAT LAPORAN POLIS ISU KALIMAH ALLAH !!! TAHNIAH MJMM DAN GMPN !!!


Satu demi satu...

Semakin banyak NGO yang tampil membuat bantahan dan report police berkaitan isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam hari ini.

Apa lagi kalau bukan isu Kalimah Allah yang ingin dihadiahkan oleh Pakatan Haram kepada penganut Kristian.

Semalam, NGO Islam iaitu Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) telah pun membuat laporan polis ke atas isu ini untuk menunjukkan bantahan penggunaan Kalimah Allah untuk gereja dan Bible penganut Kristian.

Photo: Tahniah pada ngo GMPN yang telah membuat aduan tentang isu agama.biar membujur lalu melintang patah.akan tetap berjuang.allahu akbar

Turut sama membuat laporan polis semalam berkaitan isu Kalimah Allah ini juga adalah NGO GMPN.

Semakin ramai yang membuat laporan polis tanda membantah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah bagi menggantikan perkataan God di gereja dan juga Bible.

Namun, puak Pakatan Haram ni macam tak reti bahasa je.

Dimana peranan PAS sebagai parti politik yang kononnya berdasarkan Islam ???

Sesuatu yang amat ironi apabila sebuah parti politik yang mendabik dada kononnya mereka ini lebih Islam dari orang lain malah mereka mendakwa umat Islam yang bersama UMNO itu 'kafir', tetapi puak PAS ini jugalah pula yang menjadi pendokong kepada DAP dan menghadiahkan pula kalimah Allah ini kepada gereja dan bible buat penganut Kristian !!!

Kepada semua NGO-NGO yang telah membuat laporan polis, I4TT mengucapkan tahniah.

Semoga kesucian agama Islam terus dijaga dan dipertahankan.

Isu yang sebegini amat menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia dan semua umat Islam seharusnya peka akan hal ini.

Janganlah pula kerana ketaksuban kepada politik dan ingin mempunyai kuasa duniawi lantas agama Islam yang suci ini digadai dan diinjak-injak !!!


No comments:

Post a Comment