Tuesday, 29 January 2013

PERGHHH PANAS !!! LEBIH 5,000 MASYARAKAT CINA PULAU PINANG IKRAR MENYOKONG BN DAN MCA !!!


Tadi malam (28/01/2013), bermula jam 7 malam telah menyaksikan sejarah paling besar sepanjang pemerintahan Tokong@Joseph Lim Guan Eng !!!

Lebih 5,000 masyarakat kaum Cina bersama MCA hari ini dan nampaknya era Tokong@Joseph Lim Guan Eng akan berkahir menjelang PRU-13.

Malam tadi MCA Negeri Pulau Pinang menganjurkan sebuah makan malam yang dinamakan "MCA Mega Dinner".

Diulangi ye... MCA dan bukan DAP !!!

500 meja yang ada didalam dewan penuh dan masih ada yang berdiri menanti kerusi tambahan dan ada yang menunggu meja.

Makan malam yang dianjurkan MCA itu diadakan di Dewan Sekolah Menengah Cina Han Chiang, Georgetown, Pulau Pinang.

Bayangkan 500 meja penuh beb !!!

Kalau 1 meja 10 orang, korang darab la dengan 500 meja... Bukankah jumlahnya 5,000 orang ?!!

Malah ada yang berdiri dan menunggu meja.

Jelas sekali nampaknya kaum Cina sendiri menolak DAP di Pulau Pinang.

Ye la kan, agama Islam dan Hindu dah pun diganggu-gugat dan diancam, sikit masa lagi agama Buddha pula.

Bukan semua kaum Cina ni beragama Kristian.

Dan bukan semua kaum Cina ni rasis macam Tokong@Joseph Lim Guan Eng dan konco-konconya.

Rata-rata pengundi kaum Cina di Pulau Pinang memilih kesejahteraan ekonomi dan juga kestabilan pendapatan mereka.

Bukan semua kaum Cina ni suka DAP.

Mereka yang tidak sukakan DAP ini adalah kaum Cina yang tahu menghormati masyarakat yang majmuk dan berbilang kaum.

Mereka ini mahukan keamanan dan kesenangan !!!

Kalau negara huru hara, macam mana kaum Cina ni nak berniaga, rata-rata kaum Cina ni memonopoli ekonomi di Pulau Pinang dan kerana itu mereka menolak DAP yang selalu mencetuskan kekacauan.

Ada antara mereka yang turut meluahkan rasa kesal akibat peralihan kerajaan negeri.

Sememangnya kuasa ekonomi ditangan kaum Cina di Pulau Pinang tu, tetapi kuasa beli ditangan Melayu.

Bila Tokong@Joseph Lim Guan Eng ni cuit isu perkauman, maka hilanglah kuasa beli yang sedia ada.

Hanya kerana politik bangang yang dimainkan DAP telah membuka mata kaum Cina untuk memberikan sokongan kepada BN khususnya MCA.

Bukan semua kaum Cina ni kisah pasal Kristian pun, yang penting bagi kaum Cina adalah periuk nasi dan kekayaan mereka tidak terjejas.

Namun, bukan semua kaum Cina ni kaya raya, ada juga yang sederhana.

Eloklah kalau DAP nak teruskan main isu perkauman dan agama, sekurang-kurangnya boleh membuka mata masyarakat terutama kaum Cina untuk menilai kesenangan yang dikecapi hari ini.

Pasti mereka tidak mahu ekonomi negeri dan negara merudum kerana kesan langsungnya terpalit juga kepada kaum Cina.

Baguslah kerana keyakinan mereka terhadap BN telah kembali !!!


No comments:

Post a Comment