Wednesday, 23 January 2013

TRAGEDI PIMPINAN SYAITAN LAKNATULLAH !!!



Isu Kalimah Allah yang menggelegak di dalam Pakatan Rakyat nampaknya masih belum menunjukkan tanda-tanda akan sejuk.    

Sifat kiasu semulajadi DAP tidak memungkinkan parti tersebut berganjak walau seinci.   

Manakala, PAS pula terdesak ingin meyakinkan penyokong mereka bahawa mereka mampu mempertahan Islam.    

Sementara PKR  mengambil pendirian serupa dengan DAP atas alasan ianya telah dipersetujui lebih awal di dalam pakatan mereka termasuk oleh PAS.   

Justeru, U-turn yang dibuat PAS berdasarkan keputusan Majlis Syura adalah tidak boleh dipakai atas alasan kesilapan PAS tidak merujuk kepada Majlis Syura terlebih dahulu sebelum bersetuju, tidak harus dibebankan kepada PR.   

Akhirnya, yang perlu menanggung akibat dari kesilapan PAS tersebut adalah Islam dan umat Islam.   

Namun, sebagai umat Islam, kita telah diajar agar melihat hikmah di sebalik sesuatu.  

Hikmahnya dari ‘tragedi’ ini ialah kita diperlihatkan dengan jelas gambaran corak pemerintahan Pakatan Rakyat yang haru biru.   

Lihat saja bagaimana walaupun setelah beberapa minggu berlalu, isu ini masih juga belum selesai.   

DAP dan PKR sepakat berpegang kepada keputusan awal dan membakul sampahkan saja PAS dan Majlis Syuranya.  

PAS pula masih ingin bertahan, mungkin sebahagiannya atas keinsafan dan sebahagian lagi atas keperluan kepada sokongan umat Melayu.  

Apa pun faktornya, kita tidak melihat kesungguhan dan kekuatan PAS kerana di dalam laporan media rasmi mereka seperti Harakah mahupun Harakahdaily, PAS masih menafikan yang keputusan Majlis Syura tersebut adalah U-turn, tetapi konon konsisten untuk tidak membenarkan Kalimah Allah diguna bukan Islam.  

Harakah menipu pembacanya bahawa U-turn itu hanyalah putar-belit media UMNO.  

Sedangkan yang bangun menempelak pendirian U-turn PAS adalah DAP dan PKR dan bukan hanya UMNO.   

Tetapi, malang sekali, Harakah terlalu takut untuk menempelak DAP atau PKR, dan hanya berani menempelak UMNO.    

Jelas di sini  bahawa kuasa tertinggi tidak wujud di dalam PR melainkan secara ilusi.  

Jika tidak sudah tentu kuasa tertinggi akan meletakkan noktah kepada isu ini hanya dengan satu arahan.  

Tetapi ini tidak berlaku kerana Anwar Ibrahim, yang sepatutnya memainkan peranan sebagai Ketua Umum, hanyalah simbol kepimpinan Melayu semata-mata.  

Sedangkan hakikatnya, kedudukan Anwar adalah jauh lebih rendah dari pegawai biasa parti DAP seperti Zairil yang memakai nama Melayu tetapi bukan Melayu.   

Anwar hanya boleh membuat kenyataan, tetapi kenyataan Anwar samalah seperti kenyataan Majlis Syura, iaitu tiada bernilai walau satu sen jua.  

Di dalam Barisan Nasional, semua parti-parti komponen menerima Pengerusi BN sebagai Ketua di mana walaupun semua keputusan dibuat secara kolektif dan demokrasi tetapi kuasa tertinggi tetap berada di tangan Pengerusi.  

Jika terjadi pertelagahan pendapat yang berlarutan, Pengerusi mampu mengarahkan pihak  yang terbabit agar menghentikannya dengan memberi kata pemutus kepada mereka.  

Dengan itu, parti kekal stabil untuk membolehkan ia bergerak seiring dengan kerajaan dalam berkhidmat kepada rakyat serta menguruskan negara.  

Kesetiaan dan semangat setiakawan seperti yang diamalkan BN ini tidak wujud di dalam PR.  

Kita sedia maklum bahawa DAP tidak akan sekali-kali akur dengan perintah Anwar atau perintah sesiapa jua.  

Dan PAS pula sudah ‘tawar hati’ dengan Anwar tetapi takut kepada DAP.   

Apabila ketua tidak dihormati dan kuasanya tidak diiktiraf maka apa akan terjadi jika parti ini menjadi pemerintah ???   

Apa akan terjadi kepada isu Kalimah Allah ini di bawah pemerintahan PR ???  

Kita dapat menggambarkan bagaimana sementara Karpal Singh melayan PAS bertekak di media, injil berbahasa Melayu dengan menggunakan Kalimah Allah secara syirik terus diedar kepada anak-anak sekolah.   

Apabila UMNO mengkritik, PAS pula membela DAP sebagai tidak bersalah kerana tidak faham Islam.  

Maka, perselisihan semakin parah sedangkan ‘Perdana Menteri Anwar Ibrahim’ pula hanya memerhatikannya sahaja sambil menjegil-jegilkan mata kepada PAS sebagai isyarat untuk mengalah.   

Mungkin akan ada seorang dua pemimpin PAS mengalah, tetapi dua tiga orang yang lain enggan pula mengalah.   

Lalu berterusanlah mereka bertekak sesama sendiri sedang Injil berbahasa Melayu sudah sampai ke seluruh pelusuk tanah air mengelirukan dan menggoyahkan akidah umat Islam.  

Justeru, bagi mereka yang berfikir, tentu dapat melihat bahawa isu kalimah Allah ini adalah sebenarnya petunjuk langsung dari Allah SWT berkenaan kedudukan Islam dan umat Islam di bawah Pakatan Rakyat.   

Gambarannya tampak begitu jelas bahawa kita akan berada sebuah neraka jika diperintah oleh syaitan berkepala tiga.  


1 comment:

  1. salam mohom dipautkan blog saya Uruk di halaman blog tuan/puan/cik/. Disini saya tinggalkan Link saya mediauruk.blogspot.com ,terima kasih.

    ReplyDelete