Thursday, 31 January 2013

WARTAWAN MEDIA PRIMA MENYAMUN DI SEREMBAN !!!


Perghhh... Giler...!!!

Sekarang ni, sedang circulated info pasal mamat dalam foto diatas ni.

Syarikat Media Prima guna pass/kad media berwarna putih ke ???

Setahu I4TT lah, kad media untuk syarikat adalah berwarna biru manakala kad media  bagi petugas media jabatan kerajaan pula berwarna hijau.

Sorrylah, I4TT tak boleh nak letak contoh kat sini, nanti lagi banyak kad palsu yang keluar.

Anyway, berbalik semula kisah mamat ni la, mamat ni sedang dicari untuk dihantar ke balai polis kerana menyamar untuk menyamun.

Dikhabarkan mamat ni memang aktif gila buat kerja penipuan dan penyamaran dengan menyamar sebagai wartawan/petugas media di syarikat Media Prima (TV3, TV9, NTV7).

I4TT diberitahu oleh sumber, mamat ni sedang giat memperdayakan ramai remaja yang berumur antara 17 hingga 25 tahun. 

Juga dikatakan dia menggunakan ilmu hitam atau orang selalu sebut 'ilmu pukau' untuk memperdayakan mangsa.

'Modus Operandi' Mamat ni adalah dengan menyamar sebagai wartawan dan mendekati mangsa dengan alasan kononnya untuk menjalankan interview dan diwawancara sebagai bahan berita.

Setakat ini, 8 telefon bimbit dan sebuah kamera DSLR Nikon berjaya disamun.

Mamat ni aktif menjalankan kerja-kerja haram ni di area Seremban, Negeri Sembilan.

Mangsa-mangsanya juga 'terkena' di Terminal One.

I4TT difahamkan laporan polis telah dibuat oleh mangsa di Balai Polis Seremban 2.

So, kalau korang ada ternampak mamat ni, jangan kasi lepas.

Pakat-pakat lah hantar mamat ni ke balai polis berdekatan ok.

Jangan lupa share info ni pada kawan-kawan dan saudara-mara, dengan ini dapat mengelakkan mereka jadi mangsa pukau dan samun macam ni.


1 comment: