Thursday, 21 February 2013

2 ANGGOTA POLIS KANTOI TERIMA RASUAH DALAM BERTUGAS ?!!



Polis diserang lagi. 


Kali ini gambar ini pula tersebar diseluruh medium internet kononnya dua anggota Polis sedang menerima wang suapan atau rasuah dari seseorang di tepi jalan yang agak sunyi.


rasuah

Dalam blog pakatan haram gambar ini digunakan sebagai 'bukti' bahawa dua anggota Polis tersebut tanpa segan silu melakukan jenayah rasuah. 

Blog upahan pakatan haram dengan mudah menyebarkan gambar ini bagi mengekalkan momentum seranga bertali arus semata-mata ingin menjatuhkan nama baik PDRM di mata rakyat Malaysia, sesuai dengan gelaran yang mereka berikan pada PDRM, Anjing Kerajaan BN !

Secara logiknya MI melihat gambar ini kabur atau sengaja dikaburkan dan bagi penglihatan kita, betulkah apa yang ada dalam tangan pemandu van itu duit atau beliau menghulurkan dokumen yang diminta oleh anggota Polis tersebut ? 

Adalah amalan biasa anggota Polis, bila mengsyaki sesebuah kenderaan yang berupa van dan ada penumpang yang mencurigakan maka tugas Polis adalah menahan dan memeriksa dokumen yang sepatutnya seperti Lesen Memandu yang sah dan masih laku tempoh.

Terlalu mudah penulis upahan pakatan haram menuduh anggota tersebut minta duit untuk lepaskan kesalahan. 

Kenapa tidak di "zoom"kan saja gambar tersebut dan buat aduan rasmi ke balai polis atau ke pihak pencegah rasuah ?

Niat 'serangan fitnah' penulis pakatan haram hanyalah bersifat memfitnah dan merosakkan integriti anggota PDRM yang bersusah payah menjaga keamanan negara.

Strategi hancurkan kepercayaan rakyat pada PDRM adalah bertujuan untuk jadikan Polis sebagai kambing hitam bila mereka kalah teruk di PRU13 nanti. 

Mereka akan laungkan bahawa PDRM bersekongkol dengan Kerajaan BN maka mereka kalah teruk.

Apapun MI harap perkara ini disiasat. 

Salah tetap salah dan yang salah wajar menerima hukuman. 

Kalau siasatan mendapati ini unsur fitnah yang khusus maka MI mohon PDRM tangkap dan bicarakan penulis blog pakatan haram yang menyebarkan berita palsu ini.

MI akan beri kerjasama dengan PDRM dalam usaha mendedahkan blog mana yang terlibat.

Sumber : MI

Pada hemat I4TT, pemandu van tersebut berkemungkinan menyerahkan passport/visa sebab 2 orang lagi yang berdiri depan mereka tu nampak macam pendatang asing je....


No comments:

Post a Comment