Sunday, 17 February 2013

79 PESERTA SELURUH DUNIA MEREBUT PIALA PABM 2013 !!!


KESEMUA 79 peserta dari seluruh dunia telah pun ‘berkampung’ di Kuala Lumpur bagi merebut piala berprestij Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2013 yang menjadi rebutan itu.


Pagi tadi kesemua mereka tiba di Residence Hotel, Uniten, Bangi untuk mendengar taklimat tentang aturcara yang akan berlangsung sepanjang 12 hari mereka berada di sini.

Mereka yang datang dari dari pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Argentina, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand, United Kingdom, Jerman, Belanda dan Rusia terlibat pada sesi tersebut.

Apa yang menarik mengenai pertandingan ini, ia adalah salah satu cara bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu memartabatkan Bahasa Melayu sehingga ke peringkat antarabangsa.

Jika pada tahun lalu, Sebghatullah Qazizada, daripada Afghanistan telah merangkul johan bagi kategori Antarabangsa dan ditempat kedua oleh peserta daripada Rusia, Polina Matveycheva, siapa pula akan bergelar juara pada tahun ini ?

Kita lihat nanti.

Berikut adalah gelagat para peserta yang sempat dirakamkan oleh lensa kami pagi tadi.

Jangan lupa untuk menyaksikan pertandingan itu yang akan bermula pada 19 hingga 22 Februari ini Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya.

photo
1
2
3
4
5
6
7
8
Sumber : mynewshub


No comments:

Post a Comment