Thursday, 28 February 2013

ANWAR KINI DITINGGAL DENGAN ANAK BINI - MANA YANG LAIN ?!!


liwat3

Menjelang PRU ke-13 ini, ramai rakyat Malaysia berdebar-debar menantikan pengumuman tarikh pembubaran Parlimen apabila dikatakan bahawa pilihanraya kali ini dijangka sengit apabila BN kembali bangkit sejak tsunami politik pada tahun 2008.


Pada PRU ke-13 ini juga bakal menentukan nasib Anwar Ibrahim, sama ada dia akan meneruskan kariernya sebagai ahli politik atau bertukar profesyen sebagai “guru”

Risau juga kalau dia jadi guru, takut habis pelajar-pelajar jambu “disebatnya”

Menanti kelibat tarikh pembubaran Parlimen Malaysia, saya agak kasihan pada Anwar yang kini dilihat sebagai liabiliti atau “biawak hidup” yang perlu digalas oleh anak isterinya serta rakan-rakan opportunis yang mengejar kuasa sepertinya.

Pada penglihatan saya, tidak seorang pun yang benar-benar tulen memperjuangkan keadilan sebagaimana perjuangan asal kelompok kumpulan “Reformasi” yang sanggup mati membela Anwar atas tuduhan liwat I di mahkamah pada tahun 1997-1998 dulu.

Ketika itu, Zulkifli Noordin, Ruslan Kasim dan Ezam Mohd Noor merupakan “trio” yang paling diberikan perhatian oleh pihak PDRM yang mengawal keadaan dari sebarang kekacauan yang cuba dicetus oleh ketiga-tiga sahabat paling rapat Anwar itu.

Biar berdepan dengan cota, belantan, rotan atau “water cannon” sekalipun, mereka tidak akan berganjak dari jalanraya dan melaungkan “reformasi” sekuat dan sebanyak mungkin. 

Perkataan “reformasi” bagaikan zikir bagi mereka…

Ketika itu, Chandra Muzzaffar yang berkerusi roda pun sanggup berada di tengah jalan demi Anwar. 

Begitu juga dengan nama-nama seperti Zahrain, Zainur Zakaria, Zahid Mat Arip, Lokman Adam, Marina Yusof dan Nallakaruppan. 

Mereka ini berada di barisan hadapan demi menyokong Anwar.

Masa silih berganti. 

Anwar dilepaskan oleh Tun Pak Lah dan dia bebas bagai “peliwat bersiri yang mencari mangsa”

Bertindak sebagai “sesumpah” di luar negara dan meraih sokongan dari sahabat-sahabat Yahudinya, Anwar menyusun strategi dari jauh.

Dia kembali ke Malaysia dengan niat mahu menjadi Perdana Menteri. 

Dia buat kacau sana sini, namun dia mungkin tidak lupa untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya sebagai “haiwan dua alam”

Dia rakus terhadap mangsa, walaupun sopan pada mulanya…

Bila terkantoi berkali-kali, ramai sahabat-sahabatnya yang menjauhkan diri dan meninggalkan terus pemimpin kesayangan rejim Zionis Yahudi Isreal itu.

Zaid Ibrahim, Wee Choo Keong, Tan Tee Beng, Badrul Hisyam Abdullah, Anuar Shaari, Gobalakrishnan, Sulaiman Abdullah, Hamdan Taha dan Azwandin juga meninggalkan PKR. 

Malah ramai blogger “die hardcore” yang menyokong Anwar pula bertindak meninggalkan Anwar.

Keluarnya tokoh-tokoh tersebut dari PKR meninggalkan Anwar bererti mereka turut membawa ribuan pengikut mereka meninggalkan kem “peliwat tegar” yang tidak bermoral itu. 

Mereka terus-terang mendedahkan bahawa mereka sudah hilang keyakinan pada Anwar.

Kini, tinggallah Anwar dengan anak isterinya yang terpaksa menebalkan muka memperjuangkan cita-cita Anwar menjadi PM. 

Dia hanya ditemani oleh opportunis seperti Azmin Ali, Rafizi Ramli, Zuraida “Mak Lampir”, “Sam Ketot” dan beberapa muka baru yang berjaya dikelentongnya…

Selain itu, PKR yang dipimpin Anwar dilihat sebagai sebuah parti yang paling lemah berbanding sekutunya PAS dan DAP. 

PAS punya kekuatan sokongan akar umbi manakala DAP pula punya kelebihan mendapatkan sokongan kaum Cina. 

Anwar ada apa ? 

Habuk pun tiada…

Namun berbekalkan kelebihan Anwar yang pandai menabur auta di pentas ceramah, Anwar cuba menonjolkan diri mahu menjadi PM sekaligus menafikan peluang Hadi dan Dinasti Lim. 

Masing-masing nak jadi PM, tapi takut nak beritahu. 

Mungkin takut “dicantas” awal. 

Hanya Anwar yang muka tak malu mempromosi diri…

Persoalannya, apakah Anwar akan berjaya menempelkan diri sebagai PM negara ini pada PRU ke-13 ini ? 

Secara rasionalnya, saya tidak nampak dia akan berjaya. 

Dia tiada kekuatan “team reformasi” seperti dulu dan banyak terpalit dengan skandal serta salah laku moral yang “luar biasa”.

Sehingga kini Anwar masih gagal untuk menjelaskan mengapa rakan-rakan “reformasi”nya itu meninggalkannya. 

Begitu juga dengan hal seperti “rakaman video China Doll”, jam tangan Omega, “air mani di dalam dubur Saiful” dan banyak lagi persoalan “ajaib” yang belum dijawab.

Orang seperti itukah yang mahu diangkat menjadi PM ? 

Rasanya kalau dia berkarier sebagai ahli politik di US atau di negara-negara maju, sudah lama Anwar jadi guru, kan ? 

- MyKMU.net -


1 comment:

  1. tolong betulkan v arumugam masih bersama dengan pakatan rakyat...minta tolong pebetulan jgn suka2 hati buat cerita

    ReplyDelete