Thursday, 28 February 2013

JALANG CEMAR NAMA BAIK UKM !!! BERTUDUNG LABUH !!!



Tindakan sekumpulan mahasiswi UKM yang membuat ‘Perhimpunan Aman’ di perkarangan Dewan Canselor Tun Abdul Razak petang tadi semata-mata untuk menunjukkan betapa besar kepalanya mereka yang baru setahun jagung dalam dunia politik negara.


Lebih memalukan, kira-kira 10 orang mahasiswi terbabit yang menggelarkan diri sebagai kumpulan AKSIS UKM kononnya cuba meraikan kedatangan Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang datang ke institusi berkenaan bagi menghadiri Majlis Legacies of Women Forum dengan cara yang amat biadap.

Inilah masalahnya apabila wujudnya sesetengah golongan mahasiswi yang hanya pandai bercakap tetapi tidak tahu berfikir. 

Menuduh pihak lain dengan 1001 macam fitnah dan meminta pihak itu untuk memberi jawapan mengikut acuan mereka sahaja.

Kedengaran mahasiswi ini meminta Rosmah supaya menjawab persoalan mengenai isu pembelian cincin serta barangan jenama yang digunakan oleh isteri pemimpin nombor satu negara itu sedangkan perkara itu telah lama dilakukan oleh Rosmah.


Selepas isu berkaitan pembelian cincin berlian serta barangan jenama lain, bukankah Rosmah sudah menjawab persoalan ini berulang-ulang kali dalam ucapannya. 

Nampaknya pelajar-pelajar ini tidak membuat sebarang persediaan sebelum melontarkan suara.

Salah seorang mahasiswi berkenaan yang difahamkan ketua kepada perhimpunan aman tersebut kemudiannya membuat laungan kononnya kumpulan itu hanya berhimpun untuk melontarkan pandangan mereka.

Namun, apa yang peliknya apabila salah seorang pensyarah institut terbabit mencadangkan mereka mengadakan pertemuan bersama Rosmah selepas majlis yang dihadirinya lantas lain pula yang dijawab.


“Isu ini sudah lama, mengapa baru sekarang Rosmah nak jawab.
“Kami mahu Rosmah turun ke perkarangan dewan ini untuk berjumpa kami dan membuat sidang media,” kata salah seorang wakil Aksis UKM.

Tidakkah permintaan ini menunjukkan kebiadapan seorang pelajar terhadap seseorang yang boleh dianggap sebagai ibu apatah lagi wanita itu adalah isteri pemimpin negara.

Kalaupun tidak mahu menghormati Rosmah sebagai isteri Perdana Menteri maka hormatilah wanita itu sebagai orang yang lebih berumur.

Dimanakah hilangnya adab menghormati orang tua di kalangan pelajar-pelajar ini.

Sudahlah tidak ada adab dengan orang tua, bertambah teruk mahasisiwi ini menambah lagi keangkuhan mereka terhadap Rosmah dengan membuat fitnah kononnya beliau lari dari menemui pelajar itu melalui pintu belakang.

Berikut adalah antara artikel dari AKSIS UKM yang PerakToday.com temui:


" Isteri PM Terpaksa Keluar Pintu Belakang Elak Jumpa Mahasiswi "
" Tahniah kepada Gerakan Mahasiswi UKM yang tampil menyatakan protes kepada DS Rosmah hari ini di UKM. 
Selepas Najib minggu lepas dikepung mahasiswa di Terengganu, hari ini Rosmah terpaksa melarikan diri melalui pintu belakang dengan kereta yang lain untuk tidak bertemu mahasiswi.
Sekali lagi, hasrat mahasiswa/i dikecewakan orang penting negara. 
Mereka terlalu takut. 
Kalau tak salah, kenapa mahu lari ? "

Sejauhmanakah kebenaran kenyataan mahasiswi ini yang menyatakan Rosmah lari dari pintu belakang kerana enggan menemui mereka.

Disaksikan puluhan manusia di kalangan wartawan, anggota polis yang bertugas, kakitangan serta pensyarah UKM dan beberapa pelajar yang kebetulan melalui dewan berkenaan yang melihat keberangkatan pulang Rosmah ketika perhimpunan AKSIS itu berlangsung melalui pintu hadapan UKM.

Nak dikatakan buta, tetapi pelajar-pelajar ini sudah sah kecelikannya. 

Namun masih membuat onar terhadap orang lain.

Apa gunanya bertudung labuh, apa gunanya memakai purdah sekiranya sibuk membuat tuduhan terhadap orang lain tanpa sebarang bukti.

Ketika wakil mahasiswi berkenaan sibuk menyatakan tuntutan mereka terhadap Rosmah, kedengaran pelajar lain yang menuntut supaya Aksis mengemukakan bukti dalam setiap tuntutan mereka.

Mendengar laungan tuntutan bukti tersebut, lantas wakil mahasiswi berkenaan menyatakan pelajar-pelajar berkenaan tidak membuka fikiran mereka seluas-luasnya.

Keadaan itu menimbulkan suasana yang agak aneh dimana para pelajar UKM lain yang kurang bersetuju dengan tindakan Aksis mentertawakan wakil mahasiswi terbabit kerana pada pandangan mereka golongan berkenaan sebenarnya sengaja mencari publisiti.

Dari jauh mereka berkata:


"Jangan cakap kosong… cakap dengan bukti, kami pun mahasiswi dan mahasiswa UKM. Kami nak BUKTI tentang tuntutan Aksis."
"Jangan malukan UKM kalau nak cakap tak ada bukti."
"Kalau berani nak buat tuntutan kenapa semua tutup muka.. berani kerana benar, wajah atau muka kita bukan aurat,” kata mereka.

Perhimpunan itu kemudiannya bersurai setelah pengawal keselamatan UKM meminta peserta yang terlibat untuk menunjukkan kad pelajar masing-masing.

Difahamkan terdapat kemungkinan sebahagian besar mahasiswi yang terlibat bukan pelajar UKM. 

- PerakToday.com -


3 comments:

  1. kebanyakkan Jalang tidak berpendidikan tinggi, oleh itu tak hairanlah jika mereka berhujah dengan memakai nafsu dan bukannya menggunakan akal yang bijak... mereka ini hanya layak digelar JALANG REFORMASI

    ReplyDelete
  2. jalang mangkok ayun kena main dgn macai haram jadah . tak tahu hormat orang. tak tahu protokol....mampus cepat sikit ...

    ReplyDelete
  3. Admin, minta perbetulkan. Diorang bukan siswi UKM, mereka tu org luar.

    ReplyDelete