Sunday, 10 February 2013

NIK AJIZ LEBIH RELA DAP YANG ANJUR KONSERT PSY !!!

PKR & PAS pun nak ikut sekali Gangnam Stlye?

Sebelum ini, DAP melancarkan video “Ubah Rocket Style”

Parodi kepada Video Klip Oppa Gangnam Style yang menjadi fenomena dunia dan digilai ramai. 

Pelancaran “Ubah Rocket Style” oleh DAP menunjukkan Gangnam Stlye sangat diminati oleh kaum Cina dan tidak kurang juga orang Melayu dan bangsa-bangsa lain.

Dalam video klip yang diterbitkan oleh Tony Pua itu, DAP memuatkan isu-isu yang mereka bangkitkan seperti harga barangan, tawaran ‘percuma’ dan termasuk juga ‘menghina’ Dato' Seri Najib dan Rosmah Mansor dengan menunjukkan gambar Altantuya dan wanita perwatakan Rosmah.

Sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina ini, Barisan Nasional Pulau Pinang khususnya parti Gerakan dan MCA akan menjemput penyanyi terkenal, PSY ke majlis sambutan tersebut.

Satu isu yang timbul. 

Pembangkang terutamanya DAP mempertikaikan wang yang digunakan oleh BN untuk membayar PSY dan mengatakan BN menggunakan wang rakyat untuk konsert tersebut. 

Ya ! Memang benar, BN mengumumkan bahawa bayaran persembahan dibayar oleh ‘rakyat’ iaitu sebuah syarikat event yang bernama Mega Ultimate.

Soal bayaran ini, ianya adalah mengikut persepsi. 

BN sudah mengumumkan sumber bayaran tersebut tetapi Pakatan Pembangkang masih mempolitikkan isu tersebut yang dikatakan menipu dan sebagainya. 

Itu terpulang kepada mereka kerana biasalah parti lawan akan timbulkan persepsi yang tidak baik kepada parti satu lagi. 

Itu lumrah.

Ahli Politik khasnya daripada golongan ‘agama’ mempertikaikan penganjuran konsert itu adalah suatu pembaziran. 

Wang tersebut katanya boleh digunakan untuk kepentingan rakyat. 

Apabila difikir memang membazir, tetapi duit itu adalah duit syarikat dan bukannnya duit kerajaan, kita tidak mempunyai hak untuk memaksa di pemilik wang memberi kepada kita.

ITU BUKAN ISUNYA

Bayaran, lagha, membazir bagi saya bukan isunya.

Isunya adalah kerana Barisan Nasional yang anjurkan konsert itu. 

Bagaimana pula jika DAP pula yang menganjurkan konsert itu ? 

Apakah komen Nik Aziz dan politikus pembangkang yang lain ?

Adakah jawapannya : “Tak apa, kita nak tarik orang Cina, biarkan mereka berhibur ikut cara mereka. Bayar mahal pun tak apa, bukan duit kita!”.



Jangan hanya kerana BN yang buat, heboh semuanya salah dan keluar hukum hakam. 

Apabila diri sendiri yang lakukan, semuanya boleh dan keluar hukum-hakam Tahaluf Siyasi ?

Pembangkang kata BN adalah UMNO, ketuanya Najib Razak dan BN buat konsert yang seperti itu. 

Tapi bagaimana pula jika Pakatan Rakyat yang buat konsert ? 

Bukankah Anwar Ibrahim ketuanya ? 

Bukankah Anwar Ibrahim juga sekarang heboh berjoget di atas pentas ‘dakwah’nya ?

PENDIRIAN SAYA TENTANG GANGNAM STYLE

Saya bukannya mempertahankan Barisan Nasional 100%, tetapi berasa jelek dengan sikap pembangkang yang mempertikaikan perkara yang mereka sendiri lakukan.

Gangnam Style ? 

Saya tidak minat. 

Saya juga tidak pernah pergi ke konsert-konsert seperti itu. 

Dan saya berpendapat, jika DAP sekalipun yang menjemput PSY, itu adalah hak mereka sebagai orang bukan Islam.

Jika kita rasa program itu lagha dan sia-sia, kita tak perlu pergi pun.

Bagi pendapat saya, DAP mungkin berasa terugat dengan ‘PSY Sebenar’ yang mungkin boleh melenyapkan terus “Ubah Rocket Style” 

Mungkin juga DAP berasa tergugat dengan Gerakan yang dilihat dengan adanya konsert ini dapat menarik kaum Cina seramai 60,000 orang Cina ke konsert itu dan memberi publisiti kepada BN ?

Itu adalah pendapat saya. Terpulang kepada anda.

Kaum Melayu Islam ! 

Jangan pula kita bergaduh lagi dengan isu DAP-GERAKAN-MCA ini. 

Mereka gaduh-gaduh, tiba-tiba mereka sama-sama tengok konsert, kita pula yang berkelahi dengan politik kepartian yang melampau !

Akhirnya, kaum lain yang untung, umat Melayu yang rugi ! Nauzubillah !

“Jangan main-main”, kata Karpal Singh.

Sumber : Jamal Rafaie



No comments:

Post a Comment