Thursday 7 February 2013

PADAN MUKA GUAN ENG !!! MENTAL BREAKDOWN TERUS CINA KIASU NI !!!


Apabila ego yang terlalu tinggi bertembung dengan perasaan bimbang, dan keadaan terdesak, anda bolehlah menjangkakan kekecohan, di mana minda menolak untuk memahami potensi untuk kalah, jauh sekali menerima kekalahan. 

Inilah puncanya kekecohan terjadi apabila Guan Eng telah terpaksa menangani fakta bahawa tema kempen DAP, iaitu ‘Ubah-Rocket Style’ yang diilhamkan dari lagu Korea nyanyian Psy yang kini menjadi fenomena, bertukar menjadi ‘lawan’ apabila MCA menjemput penyanyi tersebut untuk membuat persembahan di Pulau Pinang sempena meraikan Tahun Baru Cina. 

Guan Eng jelas tidak dapat mengawal diri sejurus mendengar berita tersebut lalu menyeru mereka yang merancang untuk menghadiri persembahan itu pada Februari 11 agar memakai baju merah (sebagai menyokong DAP), kuning (sebagai menyokong BERSIH) dan hijau (sebagai membantah Lynas).  

Seperti yang dijangka, Guan Eng telah ditempelak oleh ‘orang-orangnya sendiri’ sehingga ada yang mula mempersoalkan kewarasannya.  

Masalahnya, merah adalah warna ‘bertuah’ dalam kepercayaan kaum Cina dan sudah menjadi tradisi warna ini dipakai pada Tahun Baru Cina.  

Tetapi, kalaupun itu bukan masalahnya, siapakah yang akan memikirkan politik ketika menghadiri persembahan hiburan ???  

Dan lagi, bukankah Guan Eng, sebagai seorang Ketua Menteri sepatutnya menyeru rakyat agar bersatu dan mengenepikan sentimen politik dalam menyambut Tahun Baru Cina ???

Kita faham bahawa DAP telah bersusah payah melancarkan kempen bertemakan Gangnam.  

Parti itu juga telah berusaha membuat rakaman video, siap dengan pelakon yang meniru gaya Datin Seri Rosmah.  

Ianya dirakamkan sekitar KL termasuk stesen LRT dan telah melalui berbagai ‘kesusahan’ ketika pembikinan, antaranya, diarahkan berhenti oleh pihak berkuasa.   

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua, yang menerbitkan video tersebut begitu bangga memberitahu media bahawa video itu telah mendapat lebih 100 juta penonton dalam masa sebulan.  

Jelas, mereka begitu bangga dengan diri mereka sendiri kerana mampu mempermainkan orang lain dan merakamkannya ke dalam video serta memuat-naik ke internet untuk tontonan seluruh dunia.  

Bagi DAP, video kempen bertemakan Gangnam itu bagaikan sebuah ‘karya hebat’, atau kempen politik paling bijak yang pernah difikirkan oleh sebuah parti politik.  

Ini mengingatkan kita kepada sang Namewee, mungkin dia juga layak menjadi Ketua Menteri.

Setelah ditempelak, kita menyangka yang Guan Eng akan bertenang dan berfikir semula dengan waras.  

Tetapi, sebaliknya, beliau menunjukkan tanda-tanda histeria.  

Siapa yang menyangka beliau boleh mengarahkan sesuatu yang paling bahlol iaitu supaya semua tentera sibernya memberi tekanan kepada Psy melalui facebook artis itu agar membatalkan persembahan di Pulau Pinang ???

Psy adalah seorang penyanyi, seorang artis, selebriti dari negara asing, tidak perlulah mengaitkan beliau dalam kegilaan politik DAP.  

Tidak cukupkah Guan Eng memalukan partinya, perlukah beliau memalukan seluruh rakyat Malaysia juga ???

Mungkin Guan Eng perlu menjalani pemeriksaan jiwa.  

Mungkin semua kuasa yang ada itu tidak tertanggung oleh dirinya sehingga ego semulajadinya yang sedia menjulang telah mencapai tahap tertinggi dan mula menimbulkan masalah.  

Lihat saja sikap dan tindakan Guan Eng akhir-akhir ini.  

Mula-mula Guan Eng menyangka yang Pulau Pinang itu adalah miliknya seorang, di mana sesiapa sahaja yang ingin menggunakan nama Pulau Pinang perlu mendapat kelulusannya.  

Adakah ini bermakna Penang Char Koey Teow, Penang laksa, Penang Run dan Penang Swimming Club semua miliknya ???  

Tentulah tidak.  

Sesetengah nama itu telah pun digunakan sebelum Merdeka lagi dan sebelum Guan Eng berpindah dan bermastautin di Pulau Pinang.  

Nama sebuah negeri bukan, dan tidak boleh sama sekali menjadi milik sesiapa.  

Justeru, Guan Eng tidak dan tidak boleh memiliki Pulau Pinang, tetapi beliau hanya diletakkan di tempatnya oleh rakyat Pulau Pinang untuk bekerja untuk mereka.  

Jika kita mengambil logik Guan Eng, maka setiap kamus dan laman web di dunia haruslah mendapatkan kelulusannya sebelum mencetak perkataan ‘Penang’.  

Bagaimana jika nama USA atau China atau Malaysia juga perlu diluluskan setiap kali kita ingin menggunakannya ???  

Apa lagi yang boleh ditafsirkan dengan logik Guan Eng ini selain dari percubaan mengenakan, menunjukkan dan melaksanakan kuasa diktatornya, termasuk ke atas sesuatu yang melangkaui kuasanya.  

Namun, kita tidak dapat mengelak dari merasakan ada sesuatu yang lebih lagi dari sekadar masalah tekanan ego berlebihan seorang diktator apabila Guan Eng menyatakan bahawa sesiapa yang memakai warna merah pada Tahun Baru Cina bermakna mereka menyokong DAP.  

Merah hanyalah warna, ia tidak dimiliki oleh sesiapa atau mana-mana parti.  

Sekurang-kurangnya, Guan Eng boleh membeli Pulau Pinang jika teringin sangat menjadikan pulau itu sebagai milik persendirian, tetapi Guan Eng tidak mungkin boleh membeli hak ke atas ‘warna merah’.   

Apakah Psy telah menyebabkan Guan Eng menjadi gila ???


1 comment:

  1. wah Hijau, KUNING ,MERAH tue ... MAU KENA SOAL DGN AYAHANDA ker aper tue ???

    ReplyDelete