Wednesday, 27 February 2013

PASANGAN LGBT PALING SERASI DAN SEHALUAN BERCITA-CITA HANCURKAN MALAYSIA !!!


Ketua Umum PKR melenting apabila pihak Jabatan Imigresen menahan kawan baiknya dari Australia, Nick Xenophon daripada memasuki Malaysia setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL baru-baru ini.


Ahli Dewan Senat Bebas itu kemudiannya dihantar pulang atas alasan cuba mencampuri urusan dalaman berhubung perjalanan proses pilihan raya di negara ini.

Ini bukanlah pertama kali Xenophon yang dipergunakan oleh Anwar Ibrahim cuba berlagak hero di Malaysia kononnya untuk menjadi pemantau bebas pada Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.

Bagaimana ahli politik politik itu menganggap dirinya bebas dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak apabila beliau jelas menyokong Pakatan Rakyat dan kerap bersama progrom pemimpin-pemimpin pembangkang samada yang dianjurkan di negara ini atau di Australia.

Mengatakan statusnya adalah pemantau bebas adalah seperti bersuluh di siang hari.

Lagi pun, memang lumrah mana-mana negara di dunia ini samada negara itu anggota Komanwel atau tidak, setiap negara hendaklah menghormati dasar serta pentabdbiran negara lain dan tidak mencampuri urusan dalaman negara tersebut.

Ini adalah protokol diplomasi yang telah diamalkan sejak berzaman apatah lagi semua negara di seluruh dunia sudah mengiktiraf dan mengakui prinsip hubungan antarabangsa ini.

Apa yang dilakukan oleh Xenophon telah melanggar prinsip suci ini.

Contoh jelas ialah apabila Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan dan Anwar cuba mendesak kerajaan Australia supaya menjadi sebahagian daripada kumpulan pemantau bebas antarabangsa pada PRU13 nanti tetapi ditolak mentah-mentah atas alasan itu bukan tugas negara tersebut.

Australia sedar bahawa seperti juga negara itu, Malaysia juga mempunyai Suruhanjaya Pilihan Raya yang telah dipertanggungjawab untuk mengurus serta melaksana proses pilihan raya di negara ini sejak Merdeka lagi.

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Malah sebagai anggota Komanwel sebahagian besar daripada perundangan berkaitan pilihan raya di negara ini berdasarkan kepada undang-undang Inggeris, sebagaimana negara-negara bekas jajahan yang lain.

Ini termasuklah Australia yang juga berpandukan kepada undang-undang yang sama walaupun dalam peredaran masa setiap negara Komanwel telah membuat pindaan yang bersesuaian dengan keadaan sosio-politik negara masing-masing.

Jadi di manakah logik Anwar dan pihak pembangkang melontar SPR dengan bermacam-macam tuduhan liar yang tidak berasas dan lebih merupakan fitnah padahal undang-undang pilihan raya di Malaysia, Australia dan mana-mana negara Komanwel adalah hampir sama ???

Tindakan Anwar yang pada mulanya mengeksplotasi Bersih untuk menumbangkan kerajaan tetapi gagal telah beralih pula dengan cuba membawa masuk pemantau asing.

Mengapa Xenophon seorang sahaja yang amat rapat dengan Anwar dan pembangkang di Malaysia sehingga sanggup menjadi jurucakap bagi pihak Pakatan Rakyat.

Cadangan Xenophon untuk dengan menteri kabinet dan mengadakan perbincangan dengan SPR hanyalah lakonan sahaja kerana tujuan beliau bukan untuk mendapat maklumat sebenar mengenai proses pilihan raya di negara tetapi untuk memutar belit fakta.

Seolah-olah penahanan beliau di KLIA sudah dirancang terlebih dahulu dan disengajakan oleh beliau sendiri.

Xenophon kemudian boleh mempolitikkan tindakan Jabatan Imigresen Malaysia terhadap dengan mengatakan kerajaan bertindak zalim, tidak demokratik, mahu menyembunyikan sesuatu dan sebagainya.

Ini adalah taktik Anwar yang mudah dihidu sejak dari dahulu bak kata peribahasa Inggeris seseorang boleh menipu seorang lain pada satu ketika tetapi tidak boleh menipu berpanjangan semua orang pada setiap masa.

Adakah persamaan Anwar dan Xenophon berkaitan isu LBGT merupakan ikatan yang kuat antara mereka berdua.

Jika Anwar menyokong LBGT dan mengata undang-undang berhubung perlakuan homoseksual di Malaysia sudah ketinggalan zaman, apa bezanya dengan Xenophon ???

Bukankah Xenophon merupakan salah seorang anggota Senat Australia yang menyokong undang-undang yang membenarkan perkahwinan sejenis ???

Mungkin ini merupakan faktor penting yang dikongsi bersama oleh Anwar dan sahabatnya dari negara Kangaroo itu menyebabkan Xenophon rela menjadi balaci dan pencacai Ketua Pembangkang itu ??? 

Apapun Anwar kini sudah amat terdesak atau 'desperate' tahap gila kerana semakin dekat PRU13 semakin jelas sokongan rakyat terhadapnya semakin terhakis.

Langkah menggunakan pengaruh asing seperti Xenophon akan mempercepatkan lagi berkuburnya Anwar bersama Pakatan Rakyatnya.


No comments:

Post a Comment